4 Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’ Yang Anda Perlu Tahu

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja sebentar tadi mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara ‘one-off’ kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.

“Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kita sedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi.

“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.”

Jika anda terlepas untuk mendengar pengumuman secara langsung oleh Perdana Menteri sebentar tadi, berikut kami senaraikan empat pecahan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima.

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah

Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.

2. Berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

3. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah

Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.

4. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan

Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.

Sumber: Alamy

Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah 10 bilion ini, Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif lain yang turut melibatkan badan kerajaan dan perusahaan perniagaan.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca