Tarikan Pelancong Dan Pusat Pendidikan, Ini 4 Bandar Termahal Kos Sara Hidup

Gaya hidup dan kos sara hidup sering berkait antara satu sama lain. Ramai dalam kalangan masyarakat yang meminati gaya hidup setempat yang stabil dan kondusif. Namun, ada di antara kita yang suka mengelilingi bandar dan menjalani gaya hidup yang berbeza.

Setiap tempat dan kawasan baru yang kita temui menjanjikan pengalaman baru yang unik dan menarik untuk diterokai. Namun, sesetengah bandar dibeberapa negara mempunyai kos sara hidup yang lebih tinggi dan terlalu mahal.

  1. Vienna

Bandar ini kelihatan sangat cantik tetapi sangat mahal kos sara hidupnya untuk tinggal. Ibu negara Austria ini terkenal dengan hasil seni, sejarah seni bina dan pemandangan yang sangat indah. Namun, tidak ramai yang mengetahui yang kos sara hidup yang mahal di sini. Hal ini kerana rumah-rumah dan hartanah di Vienna dianggap sebagai yang termahal berbanding di negeri-negeri lain di Austria.

2. Beijing

Ramai yang berkira-kira untuk pergi berjalan-jalan atau tinggal di Beijing kerana kos sara hidupnya yang sangat mahal. Ini kerana bandar ini maju dan mempunyai teknologi yang tinggi. Tambahan pula, kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka dibina di bandar ini.

3. Singapore

Negara jiran ini juga termasuk dalam kos sara hidup yang termahal di dunia. Ini kerana gaya hidup yang tinggi dan kemodenan yang disediakan di bandar ini. Ia juga menjadi pusat tarikan pelancong dan pusat pendidikan serta penawaran peluang kerja yang tinggi.

4. Ashgabat

Bandar yang terletak di Turkmenistan ini sering tidak disedari kewujudannya. Jika anda tidak pernah mengunjungi bandar ini, semestinya anda tidak akan menyangka yang kadar inflasi dan harga makanan yang sangat mahal di sini.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca