4 Bahan Ini Berkesan Menghilangkan Masalah Ketuat

Ketuat ataupun kutil merupakan kawasan kulit yang dijangkiti virus jenis Human Papillomavirus (HPV) yang mana area tersebut akan menjadi keras serta timbul bintik-bintik kecil. Ketuat ini sering tumbuh di bahagian tubuh seseorang atas faktor keturunan, pemakanan, gaya hidup, tahap kebersihan atau persekitaran.

Namun pada zaman moden kini, rawatan menghilangkan ketuat boleh dilakukan melalui rawatan laser malangnya tidak akan berkekalan pada jangka masa yang masa. Oleh itu, rata-rata individu akan memilih kaedah untuk menghilangkan ketuat atau kutil melalui bahan-bahan organik yang senang didapati.

Berikut adalah empat yang boleh digunakan dalam merawat ketuat:

1.Cuka Epal

Sumber: Healthline

Cuka epal merupakan bahan asid yang membantu menangani HPV sekali gus menghilangkan kutil. Cara menggunakan cuka epal adalah dengan mencampurkannya bersama air dan kemudiannya disapu di bahagian jangkitan dengan menggunakan bebola kapas.

Kaedah ini boleh diulangi 3 kali sehari dan secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang pantas. Perlu diingati bahawa cuka epal ini seharusnya dicampurkan dengan air bagi mengelakkan keradangan.

2. Bawang Putih

Sumber: Kompas Lifestyle

Bawang putih terbukti berkesan dalam menghilangkan jangkitan bakteria, kulat dan virus. Anda hanya perlu menumbuk bawang putih dan mencampurkannya dengan sedikit air sebelum disapu ke kawasan ketuat. Cara ini dikaji berkesan dan pengulangan setiap hari sehingga tiga ke empat minggu mampu menghilangkan ketuat sepenuhnya.

3. Nanas

Sumber: Keluarga

Buah nanas dipercayai mempunyai bromelain yang mampu menghilangkan ketuat. Cara penggunaannya adalah amat mudah dengan menyapu jus nanas ke atas ketuat atau terus meletakkan isi nanas di atas ketuat setiap hari. Keberkesanan kaedah ini masih lagi dikaji namun terdapat beberapa orang yang mendapati ianya berhasil. 

4. Buah Lemon

Sumber: Healthline

Jus lemon sejak azalinya amat bagus sebagai detox dan membantu kulit yang cantik selain didapati berkesan dalam menghilangkan ketuat dan kutil di kulit. Jus lemon bertindak mengeringkan sel ketuat dan caranya adalah dengan menyapu bebola kapas yang telah dititikkan jus lemon ke atas ketuat. Cara ini didapati berkesan boleh menghilangkan ketuat jika dilakukan setiap hari.

Ketuat ataupun kutil adalah satu perkara yang normal tetapi mampu mengurangkan keyakinan seseorang dan jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ketuat ini mampu menjangkiti kawasan kulit yang lain. Semoga tips di atas bermanfaat buat pembaca semua.

Penulis:

  • Nurul Izzah Binti Mohamad Khairudin ialah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA)UiTM.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca