Untuk dapatkan badan dan minda yang berfungsi dengan baik anda haruslah mendapat waktu tidur selama 7- 8 jam setiap malam.seperti yang disarankan oleh pakar. Namun, gara-gara terlampau sibuk dengan kerja atau sibuk dengan pelajaran, ramai dalam kalangan kita yang mempunyai waktu tidur yang tidak cukup.
Tahukah anda, apabila tubuh badan tidak mendapat tidur yang cukup, terdapat berbagai penyakit yang akan menyerang! Berikut merupakan ancaman yang akan dihadapi oleh tubuh badan sekiranya kurang tidur.
- Kulit mengalami penuaan dengan cepat
Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, anda akan kelihatan lebih tua kerana ia akan jelas terpancar di wajah anda seperti sembab di bawah mata dan muka yang kusam.
- Masalah ingatan
Ini adalah perkara yang akan selalu terjadi apabila anda tidak mempunyai waktu tidur yang cukup. Bukan sahaja untuk dalam tempoh yang dekat, jika penjagaan waktu tidur tidak dilakukan secara teratur ia dapat menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa yang panjang.
- Terdedah kepada risiko kanser
Menurut satu kajian yang dijalankan di luar negara, kurangnya tidur sebenarnya dapat mendedahkan kita dengan risiko penyakit kanser. Kanser yang terlibat adalah kanser kolon dan kanser payudara.
- Sistem imunisasi tubuh menjadi lemah
Setiap tubuh kita mempunyai sistem imunisasi untuk mencegah tubuh kita dari sebarang jenis penyakit. Salah satu cara untuk menguatkan sistem imunisasi kita adalah dengan mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti.
Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap malam agar badan anda dapat berfungsi dengan baik.