4 Aksesori Bawah RM30 Ini Akan Menjadikan Anda Lebih Bergaya

Anda mahu kelihatan lebih bergaya tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Kami kongsikan empat aksesori yang akan meningkatkan keyakinan diri anda apabila berhadapan dengan orang ramai:

1. Pin enamel

Pin enamel kasar (kiri) dan pin enamel lembut (kanan)

Pin enamel merupakan pin besi ataupun lencana yang anda letakkan pada pakaian anda. Anda boleh letakkan pin tersebut di jaket, topi ataupun kolar baju anda untuk membuat anda nampak lebih bergaya.

Walaupun pin enamel lembut lebih murah harganya, tetapi imejnya lebih jelas dan terperinci.

Pin enamel kasar lebih mahal jika dibandingkan dengan pin enamel lembut, tetapi pin ini mempunyai permukaan yang rata dan berkilat.

2. Gelang infiniti

Sumber:GaGodeal

Sekiranya anda ingin kelihatan lebih kasual, pemakaian gelang infiniti merupakan aksesori terbaik. Anda tidak perlu bimbang sekiranya gelang tersebut terlalu longgar ataupun terlalu ketat kerana anda boleh melaraskan gelang tersebut mengikut saiz pergelangan tangan anda.

3. Jam tangan

Sumber: Excellently Dazzling Jewelry

Jam tangan ini bukan sahaja boleh menyerlahkan penampilan anda, tetapi jam tangan boleh mengubah aura anda yang sedia ada.

4. Beg tote

Sekiranya anda bukan penggemar warna hitam, anda boleh mendapatkan beg tote putih ini dengan harga RM30 sahaja. Anda boleh
menggayakan beg tersebut pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa dan tempat.

Walau bagaimanapun, jika anda penggemar beg hitam, anda boleh mendapatkan Tote-Ally Lejen yang cuma berharga RM25 sahaja.

Walaupun kelihatan kecil, ruang dalam beg ini sebenarnya luas. Buktinya, beg ini pernah diuji dengan memasukkan 30 buah buku terbitan Lejen Press Sdn Bhd ke dalamnya. Selain itu, beg ini juga tahan lasak dan mesra alam.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk kelihatan bergaya.

Artikel Lain Untuk Di Baca