3,611 Kes Rogol Dituduh Di Mahkamah Sejak 2014, Majoriti Daripadanya Tidak Dikenakan Tindakan Lanjut

Sejak 2014 hingga Ogos tahun ini, sebanyak 3,611 kes rogol sudah dituduh di mahkamah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong, daripada jumlah itu, sebanyak 3,138 kes tidak dikenakan tindakan lanjut (NFA).

Tambahnya lagi, bagi kes cabul pula, sebanyak 3,066 kes telah dituduh di mahkamah dalam tempoh yang sama dengan 1,632 kes adalah NFA.

Selain itu, sebanyak 572 kes luar tabii dituduh di mahkamah dan 461 daripada jumlah itu adalah NFA.

Kes gangguan seksual pula mencatatkan jumlah sebanyak 410 kes dan 237 adalah NFA manakala bagi kes sumbang mahram pula, terdapat 194 kes dituduh di mahkamah dan 56 daripadanya adalah NFA.

Kenyataan itu merupakan jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Isnin lepas.

Menurut laporan Berita Harian, Kasthuriraani meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan kes seksual rogol, sumbang mahram, pencabulan, liwat, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga dari 2014 hingga kini yang NFA, pelaku dituduh di mahkamah, pertuduhan ditarik balik, pelaku dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh dan pelaku mengaku salah dan dihukum.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca