30 Ungkapan Padu Menusuk Kalbu Daripada Buku-Buku Tulisan Nami Cob Nobbler

AWEK CHUCK TAYLOR

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS AWEK CHUCK TAYLOR DAN BELI ONLINE

1. Kau tak boleh marah orang yang tak percaya hantu hanya kerana kau percaya. Mungkin dia tak pernah jumpa hantu. Atau mungkin, dia sendiri adalah hantu.

2. You asked me what went wrong and want me to be strong. How can I be strong? Living without you is something wrong.

3. Saya bukan hidup dalam kotak awak. Saya hidup dalam dunia yang luas. Macam-macam jenis orang saya jumpa. Kalau awak nak simpan saya dalam kotak awak, maaf, saya tak boleh.

4. Manusia adalah makhluk pelanggar janji.

AWEK CHUCK TAYLOR: KAPSUL MASA

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS AWEK CHUCK TAYLOR: KAPSUL MASA DAN BELI ONLINE

1. Dunia tanpa kau tiada beza macam kau tahu selepas kewujudan kau. Tapi sangat berbeza bagi orang-orang yang sangat mengenali kau. Dunia tak kisah kewujudan kau, tapi bagi sesetengah orang, kau adalah dunia mereka.

2. Aku dah menyampah dengan perkataan ‘istimewa’ atau ‘special’. Bila semua orang kata burger ini burger ‘special’ misalnya, ia sudah menjadi ‘standard’ bagi burger ‘special’, lama-lama apa yang ‘special’nya burger ‘special’ tu? Tak ada yang ‘special’ bila semua orang buat burger macam tu – salut telur.

3. Apabila aku melihat gambar Miley Cyrus hanya menutup vaginanya dengan mangkuk dalam satu persembahan konsert, aku tahu, ketamadunan manusia kini sudah sampai ke penghujung.

LELAKI EKSISTENSIAL

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS LELAKI EKSISTENSIAL DAN BELI ONLINE

1. Aku tak suka minum teh dengan gula sebenarnya. Bagi aku gula tu membunuh rasa teh tu sendiri. Tujuan aku minum teh adalah untuk merasa teh, bukan nak bagi manis supaya senang telan minum. Macam tu baik aku makan gula-gula. Entahlah, itu aku.

2. Jika semua manusia di dunia ini diberi peluang untuk memenuhi nafsu ketamakan yang ada dalam diri mereka, nescaya tak cukup satu bumi ni.

3. Manusia yang lupakan sejarah adalah manusia yang bakal tidak tahu apa yang dia kena buat pada masa depan.

4. Duit — ia sangat abstrak dan subjektif. Lima puluh sen sangat berharga bagi si miskin, lima puluh ringgit hanya kertas helaian bila sudah berharta.

5. Orang muda macam kau ni, jangan serabut-serabut sangat. Karang kau dah tua, menyesal je hidup usia muda habis dengan serabut.

ROKOK NAN SEBATANG

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS ROKOK NAN SEBATANG DAN BELI ONLINE

1. True friends will forgive his friends even without apology. True friends will never judge and true friends will never regret for anything.

2. “Kau makan nasi sampai muntah pun mudarat juga. Kau ambil dadah untuk menyembuhkan penyakit, takpe. Tapi kalau sampai kau overdosed dan jadi tahi dadah, tu yang salah. Apa benda pun dalam dunia ni, kalau kau ambil banyak, jadi teruk.” – Wan.

3. Hidup di dunia ni hanya sementara, sementara ada di atas bumi Allah ni, elok kita sedar, jangan angkuh dengan Pencipta kita.”

4. Prestij. Kita suka benda yang prestij tanpa memikirkan benda yang kecil. Kita suka bila Petronas bina bangunan berkembar Petronas, yang ada jambatan skybridge di tengah-tengah. Nampak canggih dan terapung-apung di atas awan. Tapi gagal membina jambatan yang baik di kampung. Jangankan motosikal, kucing lalu pun patah.

5. Idea. Selalu nampak bodoh dan merepek. Tapi itulah sebenarnya genius. Siapa fikir satu hari nanti manusia akan bergerak menggunakan kapal terbang? Kalau kau sebut idea tu pada zaman Christopher Columbus, dah lama kau kena pancung sebab kau merepek.

6. Bila kau tak mengundi, kau juga membuat keputusan untuk mengundi. Mengundi untuk tidak percaya dengan sistem. Kau mengundi dengan tidak mengundi. Cuma yelah, tak masuk statistiklah.

7. Kalau kau rasa kau belajar untuk dapatkan sijil semata-mata, maknanya kau tak belajar apa-apa langsung. Kau hanya berhenti belajar bila kau berada dalam enam kaki bawah tanah.

8. Kau ni generasi yang semua nak senang je. Semua nak automatik. Nak senang, nak cepat, nak mudah. Sebab tu generasi kau tak mampu berfikir. Baru ada masalah sikit, komplen.

9. Cinta. Kalau orang tu di Pluto sekalipun, tetap boleh kekal kalau benar-benar cinta.

LELAKI DARI ENTAH MANA-MANA

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS LELAKI DARI ENTAH MANA-MANA DAN BELI ONLINE

1. Ala, biasalah. Singapore ni kau Melayu ke, Cina ke, India ke, kalau kau rajin berusaha, simpan duit, jimat cermat, bolehlah senang. Kalau kau pemalas, kau tak boleh tidur kat mana-mana. Tidur longkang pun kena halau polis.

2. Hidup ini takkan tenang kalau kau menggunakan orang dan bila kau dipergunakan orang.

3. Lebih baik gagal daripada tak buat langsung. Tak buat langsung bermakna kau adalah gagal, segagal-gagalnya. Tak buat apa-apa.

4. Adalah sangat biadap apabila melepak, masing-masing pegang phone.

5. Masa adalah guru sebenar kita.

TEH TARIK GELAS BESAR

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS TEH TARIK GELAS BESAR DAN BELI ONLINE

1. Tak ada orang senang sepenuhnya dalam dunia ini. Semuanya ada kesusahannya masing-masing.

2. Cinta agung adalah cinta yang menunggu.

3. Ternyata lelaki miang seperti kau meletakkan otak di antara dua kaki.

4. Maaf tak berguna kalau kau ulang salah yang sama.

Suka dengan petikan-petikan kata daripada buku-buku Nami di atas? Anda pasti akan turut suka dengan novel terbaru tulisan beliau – Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck yang sudah dibuka untuk tempahan awal dari 13 Februari hingga 28 Februari 2019.

Ada 3 pakej pra-tempahan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck tulisan Nami Cob Nobbler ini:

1. TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

2. KOMBO TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

3. KOMBO 3 BUKU: TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1) + SATU JUDUL BUKU NAMI YANG LAIN

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

Tarikh pra tempahan dengan harga super istimewa ini dibuka sehingga 28 Februari 2019 sahaja.

Jadilah 100 yang terawal mendapatkan buku ini!

SINOPSIS TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2):

Tahu tak cerita kapal van der Wijck yang popular tu? Betul ke ia berdasarkan kisah benar? Mesti ada sebab kenapa kapal itu tenggelam, adakah ia disengajakan?

Adli menjumpai sekeping peta lama yang menunjukkan lokasi kapal van der Wijck itu tenggelam. Dia dan rakan-rakan ke kampung Eleena di Melaka kerana kakak saudaranya, Merlina Hashim dikatakan mempunyai peta sambungan. Namun, mereka dikejar segerombolan pengganas yang mahu merampas peta tersebut.

Berbekalkan buku Hamka di tangan serta semangat setiakawan yang tinggi, Adli, Eleena dan rakan-rakan berusaha menyelamatkan peta harta karun mereka daripada terjatuh ke tangan pengganas.

Selain itu, anda mungkin juga akan meminati karya-karya Nami yang lain:

KLIK UNTUK BACA SINOPSIS BAU SEMANGAT ANAK MUDA DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS PENGEJAR BINTANG DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS ENAM DARJAH DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS NATALIA DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS NAMI DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS KOMIK AWEK CHUCK TAYLOR DAN BELI ONLINE
KLIK UNTUK BACA SINOPSIS DENDAM ANAK JAGOAN DAN BELI ONLINE

Artikel Lain Untuk Di Baca