30 Tahun Berkahwin, Pasangan Ini Terpaksa Bercerai Setelah Tahu Mereka Adik-Beradik

Pembaca pasti sering dijamukan dengan berita tentang kisah percintaan yang tidak kesampaian.

Sadisnya perkongsian kali ini melibatkan pasangan yang hampir 30 tahun mendirikan rumah tangga terpaksa meleraikan hubungan mereka sejurus selepas mengetahui bahawa suami dan isteri ini merupakan adik beradik kandung.

Perkongsian ini diceritakan sendiri oleh salah seorang pengguna Twitter. Menurut pemuda ini, cerita tersebut dikongsikan oleh guru sekolahnya.

Pasangan tersebut dikenali sebagai loving couple dan hampir 30 tahun berumah tangga. Bahkan, mereka telah dikurniakan 5 orang anak dan sudah bercucu.

Namun, apakan daya, mereka terpaksa berpisah setelah mengetahui status sebenar diri mereka.

Kisah bermula apabila bapa kepada pasangan suami isteri ini merupakan seorang pemandu lori dan sering bekerja sehingga ke luar negeri dalam semenanjung untuk menghantar barang.

Sebagai makluman pembaca, isteri kepada pemandu lori tersebut berasal dari Terengganu, manakala si suami pula dari Johor.

Sewaktu si suami bekerja jauh, dia telah berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain.

Bagaimanapun, bapa kepada pasangan ini telah ditakdirkan meninggal dunia sewaktu mereka masih bersekolah rendah.

Bagaimana segalanya terbongkar? Setelah hampir 30 tahun bersama, ibu si suami telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka, ibu si isteri pun hadir ke majlis tahlil untuk membantu keluarga besannya. Bagaiaman segalanya terbongkar? Setelah hampir 30 tahun bersama, ibu si suami telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sewaktu si suami sedang sibuk mengemaskan katil ibunya, dia terjumpa sekeping gambar yang terselit di bawah katil.

Keterujaan yang dirasakan membuatkan si suami segera mendapatkan isterinya untuk berkongsi rasa gembira itu.

Sejurus ibu mertuanya melihat gambar yang ditunjukkan oleh menantunya sendiri, serta merta, wanita lanjut usia itu terduduk menangis kerana lelaki dalam foto berkenaan merupakan suaminya sendiri.

Setelah disiasat, pasangan suami isteri ini ternyata merupakan adik beradik sebapa. Kesannya, mereka terpaksa berpisah.

Pengajarannya, diingatkan kepada semua kaum lelaki agar tidak berkahwin secara senyap-senyap supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Untuk membaca artikel yang menyentuh isu rumah tangga, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca