Pernah dengar atau baca tentang narcissist? Narcissist bermaksud apabila seseorang itu mempunyai rasa kagum dan suka yang melampau pada diri sendiri. Ada beberapa tanda atau simptom yang boleh digunakan untuk mengenal pasti jika anda atau kenalan anda merupakan seorang narcissist.
Namun begitu, tanda-tanda ini tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan diagnosis. Anda perlu berjumpa dengan pakar untuk kepastian. Di sini kami kongsikan 3 tanda seseorang itu merupakan narcissist:
1. Rasa hanya diri dia seorang sahaja yang bagus dan hebat
Seperti dalam hierarki, golongan narcissist ini akan meletakkan dirinya sendiri di kedudukan paling atas sekali kerana berasakan di situ merupakan tempat paling selamat buat mereka.
Mereka perlu menjadi yang paling bagus, paling hebat dan sentiasa betul. Mereka juga berasakan diri mereka patut dan layak menerima sesuatu seperti kemaafan, membalas dendam atau pujukan.
2. Terlampau menginginkan perhatian
Narcissist memerlukan perhatian yang berterusan. Mereka akan sentiasa mengikut anda dan menyuruh anda melakukan sesuatu untuk mereka. Mereka juga sentiasa melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang di sekeliling mereka.
3. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengawal sesuatu
Narcissist akan buat apa sahaja untuk mengawal sesuatu perkara mengikut kehendak mereka. Mereka mahukan diri mereka menjadi seseorang yang berkuasa dan dalam fikiran mereka, mereka rasa mereka layak dan patut memegang kuasa.
Ada banyak lagi sebenarnya tanda seorang narcissist ini tapi 3 yang disenaraikan di atas paling biasa dilihat. Jika anda rasa ketiga-tiga ciri tersebut berkait dengan anda atau orang yang anda kenal, cepat-cepat dapatkan bantuan!
Penulis
- Farah Shahira Binti Norazman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.