Di media massa, kita mungkin melihat dunia Hollywood ini hanyalah mengenai kekayaan, kemewahan dan populariti semata-mata. Namun realitinya, dunia hiburan Hollywood ini penuh dengan sisi gelap yang mungkin tidak diketahui orang ramai.
Hari ini, kami kongsikan 3 sisi gelap dunia hiburan Hollywood yang benar-benar wujud. Perkara-perkara ini telah didedahkan sendiri oleh selebriti-selebriti dan orang-orang dalaman industri yang sudah berada lama dalam industri ini.
1. Dadah Disediakan Di Set Penggambaran
Bagi sebahagian kecil selebriti Hollywood, ketagihan terhadap minuman alkohol dan dadah adalah perkara biasa. Kebanyakan mereka melakukannya sebagai cara untuk mengurangkan stress. Malah, ada artis yang mengambilnya untuk kelihatan lebih bertenaga ketika melakukan penggambaran.
Seorang bekas pelakon popular, Dennis Quaid pernah mendedahkan kepada media bahawa beliau mempunyai ketagihan terhadap kokain sebelum menjadi pelakon lagi. Paling mengejutkan, beliau mendedahkan sesetengah syarikat filem turut menyediakan bajet khas peruntukan membeli dadah untuk pelakon mereka.
2. Tawaran Berlakon Dengan Tukaran Seks
Terdapat desas-desus mengatakan terdapat orang-orang atasan dalam industri ini yang menawarkan tawaran lakonan kepada pelakon-pelakon baru dengan tukaran seks.
Artis popular Megan Fox pernah membuat satu pendedahan mengejutkan dalam satu temuramah suatu ketika dahulu bahawa desas-desus tersebut adalah benar. Beliau mendedahkan, kebiasaannya seorang “orang atasan” dalam industri ini akan menjemput mana-mana artis untuk datang berjumpa mereka dengan alasan untuk berbincang mengenai tawaran berlakon.
Realitinya, itu hanyalah helah mereka untuk mendapat peluang meniduri artis-artis ini terutamanya yang masih baru dan terdesak mahukan tawaran lakonan.
3. Paparazzi Diupah
Tujuan mereka mengupah paparazzi ini adalah untuk memastikan gambar mereka sentiasa cantik walaupun didakwa diambil secara candid. Realitinya, mereka akan memastikan gambar yang diambil benar-benar cantik sebelum dihantar ke pihak media. Malah, ada gambar yang akan disunting terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang kecacatan pada gambar tersebut.
Jadi apa pendapat anda semua tentang perkara di atas?
Sumber: The Sun dan American Way Mag