3 Selebriti Ini Maut Di Tangan Peminat Taksub Mereka

Minat boleh berubah menjadi obsesi. Untuk sesetengah individu, ketaksuban terhadap idola mereka telah menyebabkan beberapa selebriti ini menghembuskan nafas terakhir di tangan peminat fanatik tersebut.

Kami akan kongsikan tiga selebriti yang meninggal dunia di tangan peminat taksub mereka menerusi artikel ini:

1. John Lennon

Sumber: BBC

Vokalis dan penulis lirik kumpulan terkenal The Beatles iaitu John Lennon telah ditembak oleh seorang peminatnya secara bertubi-tubi pada tahun 1980.

Mark David Chapman menunggu John di luar pangsapurinya dekat New York untuk mendapatkan autograf penyanyi tersebut. Selepas memberikan autograf kepada Mark, John keluar membuat urusannya dan pulang semula ke rumah pada jam 11 malam.

Walau bagaimanapun, Mark masih setia menanti penyanyi Mind Games itu di luar rumahnya walaupun sudah lewat malam. Mark kemudiannya terus menembak John sebanyak empat kali sebelum dia menamatkan riwayatnya sendiri. Ini kerana Mark mahu namanya sama naik dengan John di mana-mana sahaja. Gila kan?

2. Christina Grimmie

Sumber: Billboard

Lebih kurang sama dengan kes John Lennon, peminat Christina Grimmie iaitu Kevin James Loibl telah bergerak ke Orlando dari Florida dengan menaiki teksi. Dia membawa dua pucuk pistol dan sebilah pisau.

Selepas konsertnya tamat, Christina pun tandatangan autograf untuk peminatnya. Pada waktu itu, Kevin menembaknya sebanyak tiga kali sebelum dia berjaya ditangkap oleh abang penyanyi tersebut.

Akibat tidak boleh larikan diri, Kevin terus menembak dirinya sendiri. Christina pula meninggal dunia beberapa jam kemudian pada 10 Jun 2016.

3. Rebecca Schaeffer

Rebecca ialah seorang aktres yang membawa watak girl-next-door iaitu Patricia Russell dalam sitkom My Sister Sam pada tahun 1986. Rebecca menghembuskan nafas terakhir pada usia 21 tahun di tangan penghendapnya yang telah mengikuti pelakon tersebut selama tiga tahun.

Robert John Bardo pernah mengirimkan beratus-ratus pucuk surat kepada pelakon tersebut. Robert juga berulang kali hadir di set penggambaran untuk bertemu Rebecca tetapi kerap dihalang oleh pengawal keselamatan.

Pada tahun 1989, Rebecca telah melakonkan babak bersama seorang lelaki di atas katil untuk filem beliau dan itu membuatkan Robert naik angin. Bagi Robert, itu telah mencemarkan imej aktres tersebut yang terkenal dengan watak gadis baik.

Robert pun masuk ke dalam rumahnya tetapi berjaya dihalau oleh Rebecca. Walau bagaimanapun, dia kembali semula beberapa minit kemudian dengan sepucuk pistol lalu menembak Rebecca di bahagian dada. Rebecca meninggal dunia di hospital.

Sekiranya anda merupakan seorang peminat fanatik mana-mana artis sekali pun, jangan sampai perasaan taksub itu mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Penulis:

  • Nurul Syaziera Amiruddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca