Pada masa kini seolah-olah menjadi trend lelaki perihatin terhadap penjagaan bentuk badan mereka. Mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk memastikan mereka mendapat bentuk badan yang diingini. Mereka beranggapan bahawa mempunyai six pack akan menjadikan mereka lebih macho, segak dan berketerampilan berbanding dengan lelaki berbadan kurus atau gemuk.

Namun, janganlah terlalu obses ingin memiliki bentuk badan yang sasa kerana tidak semua wanita menarik perhatian sesetengah wanita. 3 sebab ini membuatkan ada kelumpuk wanita berasa ‘geli’ melihat lelaki seperti ini:

Badan Macam Raksasa Dan Berjalan Macam Angsa

Pernah tak korang berkenalan dengan lelaki seperti ini? Dengan bentuk badannya yang berketak-ketak macam ‘raksasa’ dan lenggangnya pula ibarat itik. Sebenarnya, lelaki seperti ini mempunyai konflik dalam diri mereka sendiri.

Lelaki yang mempunyai gaya acah-acah ‘macho’ ni sebenarnya tidak kelihatan macho pun. Bahkan, gaya yang ditonjolkan akan membuat sesetengah wanita berasa ‘geli’ melihatnya. Jadi, korang semua tidak perlu menunjukkan gaya yang sedemikian kerana pada hakikatnya banyak kekurangan lain yang lebih jelas terlihat.

Dada Lelaki Seperti Payudara

Jika mereka memakai pakaian ketat, antara kawasan yang paling menonjol adalah dada. Hal ini kerana bonjolan itu kelihatan seperti payudara wanita. Sesetengah wanita berasa ‘geli’ untuk melihatnya kerana mereka merasakan payudara mereka lebih kecil berbanding bonjolan itu.

Perasan Dan Kuat Berangan

Seperti yang anda ketahui, wanita sukakan perhatian terutamanya daripada pasangan mereka ketika keluar bersama. Namun, jika pasangan korang seorang lelaki kacak tentu ia boleh mendatangkan perasaan cemburu pada pasangan.

Mereka sering berfikir bahawa dengan raut wajah dan bentuk badan yang sasa, pasti mata manusia memandang mereka. Oleh itu, segala pergerakan perlu dikawal seperti ketika berjalan, semasa makan dan bercakap dengan kekasih sendiri. Kadangkala mereka sering berangan mempunyai ‘saham’ tinggi, sebenarnya sikap ini merimaskan sesetengah golongan wanita.

3 sebab di atas bukanlah mewakili semua wanita ada segelintir sahaja. So, apa pendapat korang tentang lelaki ‘sado’?

Sumber: mStar