3 Sebab Kenapa Produk Kosmetik Lokal Yang Berlesen Adalah Lebih Baik

Ketaksuban wanita di Malaysia untuk tampil cerah dan berkulit putih menyebabkan ramai yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi memperoleh kecantikan yang diimpikan. Golongan ini tidak kisah melaburkan wang ringgit untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan ketara.

Namun begitu, semua pengguna disarankan untuk memilih produk kosmetik lokal yang berlesen. Berikut adalah 3 sebab kenapa produk kosmetik lokal yang berlesen adalah lebih baik:

1. Ia selamat untuk digunakan

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap produk kosmetik yang berada di pasaran perlu mempunyai notifikasi daripada Biro Farmaseutikal Kebangsaan (BFK).

2. Harga mampu milik

Harga produk lokal di Malaysia adalah mampu milik dan berpatutan. Pelajar juga mampu untuk membeli produk kosmetik lokal yang berlesen.

3. Status halalnya diyakini

Tiada keraguan dalam memiliki produk lokal di Malaysia kerana kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik lokal adalah halal.

Sememangnya kualiti produk antarabangsa lebih tinggi berbanding produk lokal kerana produk antarabangsa dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang canggih. Namun, kandungan yang terkandung dalam produk antarabangsa adalah kabur.

Pengguna perlu bijak dalam memilih produk kosmetik lokal yang telah berdaftar kerana ia lebih selamat untuk digunakan seiring dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Penulis

  • Nurul Nazurah Azhar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca