3 Lagu Yang Dijangka Menjadi Juara AJL Ke-33

Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2018. Kesemua lagu yang berjaya mara ke AJL33 adalah lagu-lagu hits yang telah berjaya mendapat jumlah tontonan jutaan di saluran media sosial terutamanya.

Senarai lagu yang layak ke pentas akhir AJL ke-33:

1. Semakin (Siti Sarah)

2. Bunga (Ara Johari)

3. Kau Pun Sama (Syamel)

4. Sampai Bila (Misha Omar)

5. Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah)

6. Luluh (Khai Bahar)

7. Bunga (Altimet)

8. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra)

9. Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer)

10. Hajat (Hael Husaini)

11. Di Matamu (Sufian Suhaimi)

12. Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor)

Mengikut analisis kami di antara 12 lagu ini, kami menjangkakan 3 lagu yang akan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-33 kali ini adalah:

1. Sampai Bila nyanyian Misha Omar ini tersangatlah menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Terutamanya suara gemersik Misha dan kekuatan vokal, penekanan kepada perkataan perkataan tertentu, terus sampai maksudnya kepada sesiapa yang mendengar. Lagu ini juga menjadi terkenal selepas ia menjadi lagu tema untuk drama Jangan Benci Cintaku yang pernah ditayangkan di TV3.

2. Lagu Semakin yang dinyanyikan oleh Siti Sarah juga mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu ini dicipta oleh suaminya iaitu Shuib Sepahtu yang mempunyai nilai sentimental sehingga lagu ini melekat di jiwanya. Ditambah pula dengan suaranya yang mantap.

3. Haram yang dinyanyikan oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. Judul Haram itu hanya simbolik kepada keseluruhan kisah lagu ini. Ia lebih kepada menyuntik elemen dramatik. Cinta dalam gambaran lagu ini terlalu kuat, lalu mereka haramkan hati dan cinta itu untuk singgah kepada orang lain. Cinta itu hanya milik mereka.

Jadi lagu apa yang menjadi pilihan korang?

Sumber: Wikipedia dan Berita Harian

Artikel Lain Untuk Di Baca