3 Kali Mahu Berhenti Running Man, Ini Penjelasan Daripada Ji Suk Jin

Ji Suk Jin pernah cuba untuk menarik diri sebanyak tiga kali daripada Running Man.

Menerusi satu video di saluran YouTube Jeeseokjin World, Suk Jin tampil berkongsi pendapat tentang deskripsi dirinya di laman web Namuwiki.

Salah satu deskripsi itu berbunyi, “Suk Jin telah membuktikan bakat pengacaraannya menerusi beberapa program dan menjadi rebutan ramai produser tetapi satu demi satu rancangan yang dikemudinya hilang.

Suk Jin sebaliknya menerima tawaran untuk menyertai Running Man apabila kerjayanya sebagai seorang pengacara sudah berada di hujung tanduk. Namun, Suk Jin pula menganggap rancangan yang dirakam di luar ini kurang sesuai dengan dirinya.”

“Watak sebagai seorang pengacara ini sangat berbeza daripada pemain. Sebagai seorang pemain, anda perlu memberi komen yang betul dan membuat jenaka pada masa yang tepat,” ujar Suk Jin.

Seterusnya, Suk Jin turut membuat pengakuan pernah berjumpa pengarah Jo Hyo Jin sebanyak tiga kali untuk menarik diri daripada Running Man.

“Saya mahu berhenti. Saya tidak rasa saya membantu rancangan ini dan begitu juga sebaliknya. Saya rasa ia lebih baik untuk kita berdua sekiranya saya undur diri sahaja,” jelasnya.

Berkat dorongan daripada Hyo Jin dan Yoo Jae Suk, Suk Jin pun membuat keputusan untuk tidak menarik diri daripada Running Man.

Apa-apa pun, kami gembira Suk Jin membuat keputusan untuk berada dalam Running Man sehingga ke hari ini. Anda boleh tonton video penuh di bawah:

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Running Man, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca