3 Kaedah Cetak Rompak Terbaru Di Malaysia

Kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kita sebagai pengguna menyokong produk asli, terutamanya permainan video, cakera padat serta perisian komputer semakin lama semakin berkembang di Malaysia. Namun, perubahan teknologi kepada format digital membuatkan permintaan cetak rompak ini turut berubah.

Berikut kami kongsikan tiga kaedah cetak rompak yang paling popular dalam era digital:

1.Penjual semua ‘CD key’ aplikasi dan permainan video

Sumber: Iluminasi

Seperti yang tidak diketahui ramai, sistem penjualan kunci digital untuk permainan video atau perisian kebiasaannya didalangi oleh pihak-pihak tertentu melalui penipuan kad kredit atau penyeludupan wang.

Modus operandi mereka selalunya menggunakan penipuan kad kredit dengan membeli kunci digital produk melalui kad kredit curi sebelum dijual semula kepada pengguna yang mahukan perisian murah. Oleh kerana itu, pembeli diminta menggunakan akaun pengguna yang baru sebagai syarat transaksi untuk menyembunyikan bahawa ia adalah perisian curi.

Manakala sindiket penyeludupan wang pula, mereka akan menggunakan dana-dana gelap untuk membeli kunci digital lalu dijual semula kepada pembeli melalui laman web membolehkan duit yang awalnya haram telah menjadi ‘bersih’.

2. Syarikat pengendali TV internet haram

Sumber: Iluminasi

Set-top box‘ (STB) merupakan salah satu jenis cetak rompak yang kurang disedari ramai dan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang kurang pasti asal usulnya. Ini kerana, anda akan ditawarkan pelbagai saluran televisyen untuk sekali bayaran sahaja seumur hidup.

Pakej STB akan dilengkapi dengan semua filem dan drama terbaru namun diambil tanpa kebenaran pelesennya yang sah. Pakej ini juga sebenarnya adalah pakej yang murah dengan spesifikasi lemah berbanding pakej lain yang dijual.

3. Memori USB

Sumber: Iluminasi

Harga USB kini sangat murah jika dibandingkan ketika dulu. Oleh itu, ramai peniaga mengambil kesempatan dengan mula menjual semula peranti yang telah diisi dengan beribu episod drama dan filem untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, penjual juga menawarkan kepada pembeli untuk memesan apa sahaja yang diinginkan mereka lengkap beserta pakej-pakej tertentu yang dimasukkan ke dalam USB.

Diharapkan anda dapat menghentikan penjualan cetak rompak ini dan terus membeli produk tempatan.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca