3 Jenis Ubat Boleh Guna Rawat COVID-19 – Datuk Dr. Noor Hisham

Bekalan ubat Klorokuin, Hidrosiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain boleh digunakan dalam rawatan wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Menerusi kenyataan yang dikeluaran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Tambah beliau lagi, bekalan ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal Multicenter Adaptive Solidarity trial – Covid-19 yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan expedited review untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubatan tidak mencukupi, pihak KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca