3 Filem Animasi Makoto Shinkai Ini Wajib Anda Tonton

Siapa antara anda yang merupakan penonton setia filem animasi dari Jepun? Kami akan kongsikan tiga filem animasi karya Makoto Shinkai yang mendapat tempat tinggi dalam hati para peminat menerusi artikel ini:

1. Weathering with You

Weathering with You mengisahkan seorang pelajar sekolah, Hodaka Morishima telah melarikan diri dari rumahnya di pulau terpencil ke Tokyo. Ketika berada di Tokyo, Hodaka berjumpa dengan heroin iaitu Hina Amano.

Namun, apa yang paling menarik ialah Hina mempunyai kelebihan luar biasa yang boleh mengubah hujan lebat ke cuaca panas.

Dengan kelebihan tersebut, Hodaka dan Hina serta adiknya iaitu Nagi mula membantu ramai orang yang memerlukan cuaca panas pada hari istimewa. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga perkara itu menjadi tidak terkawal. Apa pula yang berlaku seterusnya?

2. Your Name

Lebih dikenali sebagai Kimi no Nawa, Your Name ialah salah satu filem terkenal dari Jepun dan telah ditayangkan di lebih 120 buah negara. Taki Tachibana ialah seorang remaja lelaki yang tinggal di Tokyo manakala Mitsuha Miyamizu merupakan seorang remaja perempuan menetap di kawasan pedalaman.

Walaupun Taki dan Mitsuha hidup dalam garis masa berbeza sebanyak tiga tahun, mereka tiba-tiba tertukar badan pada suatu hari dan ia berlaku secara kerap. Taki dan Mitsuha pun mula mengenali antara satu sama lain walaupun sedikit keliru tentang apa yang berlaku kepada mereka.

3. 5 Centimeters per Second

Sumber: Zerochan

Filem ini mempunyai tiga bahagian iaitu Cherry Blossom, Cosmonaut dan 5 Centimeters per Second. Pada bahagian pertama, seorang pelajar sekolah bernama Takaki Tono menjadi rapat dengan rakan sekelasnya iaitu Akari Shinohara. Mereka mula jatuh cinta tetapi terpaksa berpisah selepas Akari berpindah ke tempat lain.

Takaki pula berpindah ke Kagoshima dalam bahagian kedua dan kemudiannya berjumpa dengan Kanae Sumida yang menyimpan perasaan terhadapnya. Cinta itu bagaimanapun tidak berbalas.

Pada bahagian terakhir, Takaki dan Akari sudah menjadi orang dewasa dan ia mencapai klimaks yang sangat memuaskan hati penonton. Apa klimaks filem ini?

Adakah filem kegemaran anda daripada Makoto Shinkai berada dalam senarai di atas?

Penulis:

  • Nurul Izzah Zakaria adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca