3 Fakta Tentang Kucing Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana, kucing bersifat manja, bijak bermain dan keletahnya mampu menghilangkan tekanan si penjaga. Malahan ada juga yang menjadikan kucing mereka sebagai tempat meluahkan perasaan. Tetapi tahukah anda sepenuhnya mengenai seekor kucing?

Berikut adalah fakta mengenai kucing yang mungkin anda tidak ketahui:

1. Kucing tidak mempunyai deria rasa manis

Sumber: Unsplash

Rata-rata individu mengatakan bahawa kucing peliharaan mereka suka makanan yang manis seperti aiskrim, gula-gula kapas dan sebagainya. Hakikatnya, adakah anda tahu bahawa kucing tidak mempunyai deria rasa manis?

Sesetengah kucing mungkin menggemari makanan tersebut disebabkan oleh terkandung perisa lemak di dalamnya. Maka itu, hindarilah kucing anda dari makan makanan manis yang berlebihan agar tidak mudah dijangkiti diabetes atau penyakit lain.

2. Kucing bermimpi seperti manusia

Sumber: Unsplash

Kucing merupakan antara haiwan mamalia yang kerap tidur dan dianggar memerlukan 16 jam peruntukkan untuk mereka tidur. Tidur yang agak lena akan membuatkan si kucing bermimpi. Caranya, anda boleh cuba melihat mata, mulut dan kaki kucing secara dekat untuk mengenal pasti si manja sedang bermimpi ataupun tidak. Jika ia bergerak-gerak, kucing anda mungkin sedang dibuai mimpi.

3. Anak kucing tidak dapat mendengar dan melihat

Sumber: Unsplash

Tahukah anda bahawa sebaik sahaja anak kucing dilahirkan, mereka tidak dapat mendengar dan melihat. Mata anak kucing boleh terbuka seawal lima hari. Namun begitu, dianggarkan selepas dua minggu dilahirkan, barulah anak-anak kucing dapat mendengar dan melihat dengan baik dan mengenal pasti ibunya melalui cara menghidu.

Diharapkan fakta menarik mengenai si kucing ini dapat memberi manfaat terutama kepada sang pencinta kucing di luar sana.

Penulis:

  • Nur Syafiqah Binti Mat Arif adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Jalinan Industri (ICAN) dan Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca