3 Cara Berjabat Tangan Yang Perlu Anda Elakkan

Berjabat tangan atau bersalam adalah satu budaya yang tidak asing lagi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Berjabat tangan adalah cara kita menunjukkan rasa hormat atau memulakan perkenalan dengan orang sekeliling.

Tetapi, sejauh manakah pengetahuan kita mengenai cara berjabat tangan yang memberikan pengalaman buruk kepada penerima? Berikut adalah contoh yang kita patut elak apabila kita melakukan sesi berjabat tangan atau bersalam:

1. Berjabat tangan gaya Wet Fish

Gaya ini adalah ketika pemberi atau penerima berjabat tangan dalam keadaan melekit atau berpeluh. Mungkin kita pernah mengalami pengalaman berjabat tangan dengan golongan seperti ini atau kita sendiri yang mempunyai masalah ini.

Mungkin mempunyai masalah ini mengalami penyakit Hiperhidrosis di mana seseorang individu itu mengalami pengeluaran peluh yang berlebihan terutama sekali di tapak tangan. Cara terbaik jika kita menghidap penyakit ini adalah dengan membawa tisu atau sapu tangan untuk digunakan sebelum berjabat tangan.

2. Berjabat tangan gaya Bone Crusher

Gaya ini adalah gaya yang tidak disukai oleh penerima kerana mereka akan berasa sakit ketika berjabat tangan. Gaya ini dilakukan oleh golongan yang memiliki personaliti agresif yang melampau.

3. Berjabat tangan gaya Stiff-Arm Thrust

Cara ini terlihat seperti biasa tetapi ia menunjukkan seseorang itu memiliki personaliti agresif. Pemberi salam akan memendekkan tangannya ketika memberi salam agar penerima terpaksa melangkah untuk mendekati pemberi salam. Jika kita berhadapan dengan golongan seperti ini, kita harus tenang dan menghadapi situasi itu dengan cara yang bijak.

Kesimpulannya, ramai yang menyangka mereka telah berjabat tangan dengan cara yang betul tetapi hakikatnya, mereka tergolong dalam golongan yang disenaraikan di atas. Semoga selepas ini, mereka yang pernah berbuat demikian tidak lagi mengulangi kesilapan itu.

Penulis

  • Muhammad Hanif Bin Junaidi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca