3 Bukti New Zealand Adalah Negara Paling Cantik Di Dunia

Selalunya, orang yang ingin pergi melancong akan mencari tempat yang cantik ataupun menarik untuk dilawati. Tahukah anda bahawa negara New Zealand adalah negara yang paling cantik di dunia?

Berikut adalah tiga tempat yang boleh dijadikan bukti kenapa New Zealand dikatakan sebagai negara paling cantik dunia.

1. Queenstown Garden

Berada di Queenstown Garden seolah-olah anda sedang mengalami musim bunga dan musim luruh kerana di sini terdapat banyak bunga-bunga serta daun-daun yang cantik bertaburan di atas tanah. Bukan itu saja, tempat ini juga mempunyai tasik yang cantik. Kawasan ini sering kali dikunjungi oleh pelancong untuk berkelah kerana tempatnya yang menarik serta cantik.

2. Wai-O-Tapu

Tempat ini adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Wai-O-Tapu adalah kawasan aktif geoterma. Tempat ini terletak di Rotorua iaitu bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 tahun dahulu. Landskap di kawasan ini sangat mempersonakan dan ia kelihatan seperti di dalam sebuah lukisan.

Wai-O-Tapu adalah destinasi terbaik bagi anda yang sukakan aktiviti lasak. Nama Wai-O-Tapu adalah satu perkataan dalam bahasa Maori yang membawa maksud air suci.

3. Mount Victoria

Bukti tempat yang ketiga ialah Mount Victoria. Pemandangan daripada sekitar pantai downtown Aucland berdekatan dengan Devonport akan kelihatan biasa. Namun begitu, pemandangan akan kelihatan cantik sekiranya anda berjalan kaki di Victoria Road ke Mount Victoria. Anda akan lihat satu pemandangan yang sangat cantik. Untuk pengetahuan, Mount Victoria pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Lord of the Rings.

Terdapat banyak lagi tempat yang cantik dan menarik di negara New Zealand. Untuk mengetahuinya anda harus pergi ke New Zealand untuk melihatnya sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Penulis:

  • Juasneey Ambangau adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca