3 ‘Boy Band’ Korea Ini Sangat Popular Di Luar Negara Berbanding Di Negara Sendiri

Terdapat banyak boy band yang ditubuhkan sepanjang tahun. Kebanyakan boy band ini mula melebarkan sayap ke seluruh dunia dengan pelbagai genre lagu dan tidak kurang juga tarian yang sering dijadikan dance cover oleh peminat mereka.

Walaupun boy band ini bermula di Korea, tidak semua yang popular di luar negara. Lagu mereka memenangi pelbagai carta luar negara dan juga album mereka terjual dengan laris di luar negara. Lagu daripada mereka juga pernah menduduki carta Billboard Amerika selama beberapa minggu.

Kali ini kami kongsikan 3 boy band Korea yang popular di luar negara berbanding di Korea:

1. GOT7

GOT7 merupakan boy band yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment pada tahun 2014. GOT7 mempunyai 7 orang ahli iaitu Im Jaebum, Mark Tuan, Park Jinyoung, Jackson Wang, Choi Youngjae, BamBam dan Kim Yugyeom.

Setiap ahli kumpulan ini mempunyai kelebihan masing-masing daripada segi nyanyian dan juga peribadi mereka. Ahli kumpulan ini juga datang dari pelbagai negara seperti China iaitu Jackson Wang, Los Angeles iaitu Mark Tuan dan BamBam dari Thailand.

Peribadi mereka sangat disenangi oleh peminat dari luar negara dan sering mengadakan konsert jelajah dunia di Eropah dan Asia. GOT7 sangat popular di Thailand dan sering memenangi pelbagai anugerah muzik di negara itu.

Oleh kerana mereka mempunyai ahli yang boleh menggunakan pelbagai bahasa selain daripada bahasa Korea, mereka lebih mudah untuk berkomunikasi dengan peminat di luar negara. GOT7 mempunyai 8 album mini, 3 album studio, 3 album bahasa Jepun dan 24 muzik video.

Lagu GOT7 iaitu Just Right, A, Never Ever dan If You Do mendapat lebih 100 juta tontonan di YouTube. Peminat kumpulan GOT7 dikenali dengan nama IGOT7 ataupun Ahgase dalam bahasa Korea.

2. DAY6

DAY6 ditubuhkan oleh JYP Entertainment pada tahun 2015. DAY6 mempunyai 5 orang ahli iaitu Jae, Sungjin, Young K, Wonpil dan Dowoon. Mereka merupakan kumpulan pertama yang boleh bermain alat muzik di bawah syarikat JYP Entertainment. Setiap ahli kumpulan ini bermain alat muzik yang berlainan dan mereka juga tidak banyak menari seperti boy band yang lain.

Setiap ahli mempunyai bakat masing-masing seperti menulis lirik lagu dan juga bermain pelbagai alat muzik. Mereka sangat popular di Amerika Syarikat kerana banyak lagu mereka menjadi hit dan berada di carta lagu luar negara.

DAY6 mempunyai 5 album mini, 2 album penuh, 2 lagu dalam versi bahasa Jepun dan 17 muzik video. Lagu mereka yang paling popular adalah Shoot Me dan Congratulations dengan lebih kurang 22 juta tontonan di YouTube. Peminat kumpulan DAY6 dikenali dengan nama My Day.

3. MONSTA X

MONSTA X ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015 melalui rancangan realiti televisyen No. Mercy. Kumpulan ini mempunyai 7 orang ahli iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Jooheon dan I.M. Setiap ahli mempunyai kemahiran berbeza contohnya bermain alat muzik, menari dan juga mahir dalam taekwondo.

MONSTA X sangat popular di Jepun. Mereka sering menduduki carta lagu di luar negara selain daripada carta lagu di Korea. Album mereka juga terjual dalam masa yang singkat tidak kurang juga tiket konsert yang habis dalam masa 5 minit selepas jualan dibuka.

Boy band ini mempunyai 4 album mini, 1 album studio dan mereka menandatangani kontrak dengan Mercury Tokyo dan debut dengan lagu Hero. Antara lagu mereka yang mendapat tontonan tertinggi di YouTube adalah Shoot Out, DramaRama dan Beautiful.

Penulis

  • Noor Illia Mohd Noor adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca