28 Orang Anak Dan 4 Orang Isteri Tinggal Sebumbung Dalam Kesempitan

28 orang anak

Baru baru ini tular satu posting Facebook mengenai sebuah keluarga yang mempunyai 28 orang anak dan empat orang isteri tinggal sebumbung hidup dalam kesempitan.

Posting Facebook dari seorang sukarelawan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tersebut tular di Twitter serta mengundang pelbagai reaksi warganet. 

Menurut sukarelawan tersebut, keluarga di Klang ini terpaksa menyewa dua buah rumah disebabkan ahli keluarganya yang terlalu ramai.

Bahkan, sewa rumahnya pula ditanggung oleh pihak zakat. Menurut Astro Awani, LZS telah menyalurkan bantuan kepada keluarga ini sejak tahun 2010 lagi.

Difahamkan, anak sulung dalam 20-an telah melarikan diri dari rumah sehingga tidak dapat dijejak, manakala yang paling bongsu berumur setahun.

“Isteri ke-4 kini sedang mengandung lagi! Menyewa dua buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa.

Satu rumah ada dua bilik. Satu bilik, milik satu isteri. Anak-anak tidur mana?” tulis sukarelawan berkenaan di Facebook.

Kata ketua keluarga itu, menjelang malam anak perempuan akan tidur dalam bilik, manakala yang lelaki tidur berselerakan di dalam rumah.

Lebih mengejutkan lagi, didapati anak-anak mereka tidak bersekolah. Alasan bapanya adalah kerana dia tidak mempunyai kenderaan untuk hantar ke sekolah. 

Apabila ditawarkan bantuan untuk bantu anak-anaknya bersekolah, bapa ini menolak kerana mahukan anaknya bersekolah di sebuah tahfiz di Kelantan.

Sukarelawan tersebut menanyakan jika beliau kenal sesiapa di sana untuk uruskan perihal anaknya namun jawapan yang diterima membuatkan dia terpana.

“… Itu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Sudah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. 

Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo,” kata bapa kepada 28 orang anak itu.

Apabila ditanya mengenai persediaannya, beliau melepaskan tanggungjawab tersebut kepada isteri-isterinya.

Sukarelawan tersebut meluahkan rasa sedih kerana dia berpendapat sekiranya anak-anak keluarga itu ditempatkan di madrasah, sudah pasti hidup mereka terjaga.

“Maaf, saya tidak berniat untuk post benda-benda negatif terutamanya di bulan Ramadan”

Sumber: Twitter (@nabilfikran10)

“Kalau anda ada cara sesuai untuk bantu anak-anak ini dapat pendidikan dan nilai hidup yang lebih baik, bantulah. Sedih melihat wajah mereka,” ujar beliau.

“Saya sangat sedih dengan sikap seorang bapa. Yang membawa pengaruh besar dalam hidup anak-anak. Anak-anak dia comel-comel belaka. 

Memang sayu sungguh fikirkan anak-anak itu semua hidup dalam keadaan sempit, kotor dan sikap ibu bapa mereka pula begitu. 

… Bukan niat saya nak mengundang kata-kata tidak baik dari orang lain. 

Cumanya kalau asbab posting sis itu dapat buat Ustaz Ebit Lew atau orang-orang hebat yang lain, ada kepakaran untuk menangani kes sedemikian, rasa bersyukur sangat-sangat,” tulisnya lagi.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca