25 Hari Belayar, Pasangan Ini Tidak Sedar Dunia Diserang COVID-19

Percaya atau tidak sekiranya masih ada lagi yang tidak sedar akan penularan COVID-19 dan kesannya terhadap kehidupan seharian kita?

Walaupun hampir setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita dan maklumat terkini mengenai wabak tersebut, berbeza pula buat pasangan suami isteri ini kerana mereka sedang belayar merentasi Lautan Atlantik pada Februari lalu.

Memetik laporan BBC, Elena Manighetti dan Ryan Osborne tidak tahu COVID-19 kini merupakan satu ancaman kepada seluruh dunia.

Mereka tidak mempunyai banyak informasi tentang wabak tersebut selepas meninggalkan Kepulauan Canaria di Sepanyol pada akhir Februari lalu untuk belayar ke pulau Saint Vincent.

Tidak berhenti di situ, Elena dan Ryan meminta ahli keluarga untuk tidak memberi apa-apa berita buruk sepanjang pelayaran mereka.

Walau bagaimanapun, pasangan ini mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila banyak pulau di Laut Caribbean menutup sempadan bagi membendung penularan wabak meragut nyawa tersebut.

Tuah menyebelahi pasangan ini kerana menyimpan sejarah perjalanan dengan sistem GPS. Dengan bantuan GPS yang membuktikan Elena dan Ryan telah mengasingkan diri selama 25 hari, pasangan ini dibenarkan untuk berlabuh di Bequia, Saint Vincent.

Sementara itu, Elena dan Ryan sedar akan kewujudan COVID-19 di China sebelum bertolak meninggalkan Kepulauan Canaria tetapi mereka tidak sangka ia tersebar ke seluruh dunia sehingga ia memberi kesan kepada pelayaran mereka.

Sebagai peringatan, rakyat Malaysia diminta untuk patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca