22 Tahun Lesap Tanpa Berita, Mayat Lelaki Ini Akhirnya Ditemukan Melalui Google Maps

Penemuan sebuah kereta dalam tasik bertempat di Moon Bay Circle, Wellington membawa kepada pembongkaran kes kehilangan seorang lelaki bernama William Moldt yang telah hilang sejak 22 tahun yang lalu.

Menurut National Missing and Unidentified Persons System, William telah memaklumkan kepada teman wanitanya untuk pergi ke sebuah kelab malam. Namun, lelaki ini dikhabarkan hilang apabila dia gagal dikesan pada keesokan harinya.

22 tahun telah berlalu dan akhirnya mayat William dijumpai bersama-sama keretanya di dalam sebuah tasik. Ketika ditemui, kereta tersebut telah mengalami proses pereputan yang sangat teruk berikutan sudah lama berada di dalam air. Menurut Polis Palm Beach Country, kereta yang dipandu William dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam tasik.

Artikel Lain Untuk Di Baca