21 Tahun Tidur Dengan Buaya, Lelaki Ini Akhirnya Terpaksa Berpisah Dengan Haiwan Peliharaannya Itu

Pasti ramai pembaca di sini yang mempunyai haiwan peliharaan. Ada yang memilih untuk membela kucing, ikan mahupun burung. Memelihara binatang-binatang ini merupakan hal biasa buat mereka yang cintakan haiwan kerana ia dianggap manja.

Berlainan pula dengan seorang lelaki ini yang bernama Irwan di mana dia memilih untuk memelihara seekor buaya. Apabila bela ular pun dianggap sebagai sesuatu yang menggelikan, apa pula reaksi anda semua apabila seseorang itu memilih untuk bela seekor buaya?

Irwan bukan sahaja menganggap buaya yang dinamakan Kojek itu sebagai haiwan peliharaannya, malah dia menganggap Kojek yang berukuran 2.7 meter dengan berat 200kg itu sebagai ahli keluarganya sendiri. Dia membelai buaya tersebut tanpa sebarang perasaan takut. Bukan itu sahaja, gigi Kojek pun digosok oleh Irwan. Betul-betul berani si Irwan ini!

Menurut Irwan, dia mula membela Kojek setelah menyaksikan sendiri buaya tersebut hampir dibunuh oleh salah seorang nelayan yang berjaya menangkapnya. Dia mengatakan bahawa dia tersentuh hati melihat nyawa buaya yang kini menjadi haiwan kesayangannya itu hampir kecundang.

Lalu, dia menawarkan Rp20 ribu (bersamaan RM6) kepada nelayan tersebut dan membawanya pulang ke rumah. Sejak itu, dia mula memelihara Kojek di mana ia selalu didukung dan dibawa berjalan-berjalan bersama dengan Irwan. Malah, Irwan juga memberitahu bawa dia sudah biasa dan tiada perasaan gentar untuk tidur bersama-sama dengan buaya itu.

Kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat akrab di mana Irwan juga selalu memandikan Kojek serta memberus giginya. Buaya itu seolah-olah faham bahawa tuannya itu bukanlah ancaman. Kojek dengan selambanya membuka mulut dan membiarkan giginya diberus. Kalau buaya lain, pasti sudah dibaham orang yang pandai-pandai pegang giginya itu!

Siapa sangka reptilia ganas ini boleh memahami siapa tuannya dan siapa lawannya. Namun begitu, kehidupan domestik Kojek yang dimanjakan itu berakhir pada awal tahun lepas.

Kisah Kojek ini yang tular ketika itu akhirnya sampai ke telinga pegawai di Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) di Jawa Barat, Indonesia. Kojek telah dibawa ke Taman Safari kerana ia diklasifikasikan sebagai haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang Indonesia dan tidak boleh dijadikan binatang peliharaan.

Berita tentang pemindahan Kojek ini turut disiarkan di saluran nasional Indonesia dan buaya tersebut kelihatan sangat sedih ketika para pegawai cuba untuk memindahkannya. Pada hari tersebut, ramai yang mengalirkan air mata terutama sekali ibu Irwan yang telah menganggap buaya itu sebagai cucunya sendiri.

Laporan yang disiarkan oleh berita saluran nasional Indonesia itu menunjukkan betapa sukarnya para pegawai mencuba untuk memindahkan Kojek. Kojek kelihatan seperti sedih dan enggan meninggalkan rumahnya selama 21 tahun itu. Ramai juga yang mengalirkan air mata terutama sekali ibu Irwan yang telah menganggap Kojek sebagai cucunya sendiri.

Kojek yang kini berada di Taman Safari dikenakan diet yang sangat ketat kerana ia didapati mengalami obesiti. Pihak Taman Safari pernah memuat naik gambar Irwan yang datang melawat Kojek di laman Instagram. Mereka turut memuji tindakan Irwan yang rela melepaskan buaya yang pernah menjadi haiwan peliharaannya itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca