Search
Close this search box.

20 Jenis Penyakit Yang Tak Boleh Disebut Dalam Jualan Produk

Lambakan produk-produk yang kononnya dikatakan boleh mencegah atau merawat penyakit kronik semakin membimbangkan pakar perubatan di Malaysia kerana kesahihannya masih belum terbukti dan mungkin hanya akan lebih memudaratkan.

Melalui akaun Twitter milik Dr. Rafidah Abdullah berkongsi kebimbangannya berkaitan pengeluaran produk yang semakin berleluasa ini.Beliau yang sedar akan tanggungjawabnya kepada orang ramai turut menyenaraikan  20  jenis penyakit yang tidak boleh sama sekali disebut  dalam iklan produk.

20 Jenis Penyakit Yang Dilarang Bagi Tujuan Pengiklanan:

1. Penyakit/kerosakan buah pinggang

2. Penyakit/kerosakan jantung

3. Kencing manis/Diabetes

4. Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma/Lelah

8. Pekak

9. Ketagihan dadah

10. Sakit mental

11. Kemandulan

12. Frigiditi

13. Lemah fungsi seks

14. Penyakit venerus

15. Kelemahan urat saraf berkaitan perhubungan seks

16. Darah tinggi

17. Kanser

18. Kusta

19. Hernia

20. Penyakit mata

Kanser adalah salah satu tersenarai. Kalau sebut, anda telah melanggar akta ubat & iklan 1956.

Dr. Rafidah juga memohon kepada semua individu ternama, terutamanya di Instagram supaya patuh kepada akta ini kerana bimbang jika ada golongan yang mungkin naif tentang perkara-perkara seperti ini.

Kalau nak iklankan penyakit, perlu dapat kelulusan iklan perkhidmatan perubatan. Kena ada nombor KKLIU dan tak boleh suka-suka hati letak penyakit di iklan tersebut.

Foto: KKLIU

Jika anda terlihat iklan yang menyatakan produk mereka dapat merawat penyakit-penyakit seperti kanser, buah pinggang dan lain-lain anda boleh membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

 

Jadilah pengguna yang bijak!

Artikel Lain Untuk Di Baca