2 Watak Dalam Drama XO, Kitty Ini Sebenarnya Adik-Beradik

Selepas sekian lama menanti, siri spinoff To All The Boys iaitu XO, Kitty akhirnya menemui para penonton pada 18 Mei lalu.

Memetik laporan Teen Vogue, drama ini mengikuti kisah anak bongsu keluarga Song Covey iaitu Kitty (Anna Cathcart) yang mengembara ke Korea Selatan untuk bertemu dengan teman lelakinya.

Anda mungkin fikir plot twist dalam drama itu dikhaskan untuk skrin sahaja tetapi rupa-rupanya dua watak dalam XO, Kitty adalah adik-beradik dalam kehidupan sebenar.

Sumber: Instagram @thisisgiakim

Gia Kim dan Sang Heon Lee yang memainkan watak Yuri dan Min Ho dalam rancangan itu sebenarnya adalah adik-beradik. Sekiranya anda tidak tahu Gia dan Sang Heon adalah adik-beradik, jangan risau kerana pelakon-pelakon lain juga tidak tahu pada awal penggambaran.

Choi Minyeong yang membawa watak Dae menceritakan semula kisah itu kepada Sara Delgado dari Teen Vogue dalam temu bual baharu tentang bagaimana mereka mengetahui perkara itu.

Sebaik sahaja barisan pelakon XO, Kitty telah dimuktamadkan dan selepas menghabiskan beberapa minggu melakukan ujian chemistry dan pelbagai latihan lain melalui aplikasi Zoom, Anna, Minyeong dan Sang Heon mencipta group chat untuk berbincang tentang butiran-butiran pertemuan pertama mereka di Seoul, Korea Selatan.

Semasa menambah ahli baharu, Sang Heon bertanya sama ada dia boleh memasukkan kakaknya dalam group chat itu.

“Saya seperti, ‘Apa? Sudah tentu, saya mahu bertemu ahli keluarga rakan pelakon saya juga tetapi bukan pada hari pertama dan semestinya bukan ketika pertemuan pertama kami.

(Kemudian) Sang Heon seperti, ‘Oh, sebenarnya dia (kakak) memegang watak Yuri.’ Dan kemudian saya seperti, ‘Apa?!'” ujar Minyeong.

Gia dan Sang Heon. Sumber: Twitter @odairhee

Walaupun Yuri dan Minho tidak berkongsi banyak screen time bersama di XO, Kitty, tetapi hubungan Gia dan Sang Heon tidak dapat dinafikan kukuh.

Anda boleh tonton video trailer di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan To All The Boys, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca