2 Tangan Manusia Dijumpai Dalam Perut Jerung, Antaranya Masih ‘Pakai’ Gelang

Pasukan penyelidik yang memburu jerung di Lautan Hindi menjumpai dua tangan manusia dan seutas gelang di dalam perut seekor jerung harimau.

Menurut agensi berita (AFP), seorang lelaki warga emas telah hilang semasa turun ke laut pada 21 Disember yang lalu.

Seutas gelang di dalam perut jerung itu telah dikenal pasti dan ternyata milik kepada lelaki berkenaan.

Difahamkan bahawa lelaki tersebut dilaporkan hilang selepas menyertai satu aktiviti berkayak di perairan Saline- les- Bains di kepulauan Perancis, La Reunion.

Ikan pemangsa yang berukuran 11 kaki itu telah berjaya ditangkap pada Jumaat lalu. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan serangan terhadap pelancong di sekitar kepulauan Perancis itu.

Sembilan tahun yang lalu, sebanyak 11 serangan maut oleh ikan jerung di kawasan berkenaan.

Pada tahun ini, seorang nelayan dilaporkan telah menjadi mangsa pada bulan Mei yang lalu.

Selain itu, seorang pelancong berwarganegara Scotland ditemui maut pada November lalu bersama cincin kahwinnya yang masih terlekat pada sebatang jari.

Penemuan gelang itu sama seperti kejadian yang membabitkan warga Scotland di mana aksesori mangsa turut ditemui masih tersarung pada tangannya.

Media tempatan melaporkan bahawa tangan yang ditemui pada Jumaat lalu merupakan milik mangsa yang telah digigit atau diserang jerung selama lebih 48 jam.

Untuk membaca artikel yang berkaitan kes kematian akibat pemangsa jerung, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca