Trevor James iaitu seorang YouTuber yang dikenali ramai melalui saluran YouTube beliau iaitu The Food Ranger membuat keputusan untuk pindah ke Dubai selepas menetap di Malaysia selama kira-kira dua tahun. Trevor yang berasal dari Kanada itu berpindah ke Malaysia secara rasminya pada November 2019.
Trevor telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia bersama pasangannya iaitu Ting sebelum ini kerana keunikan makanan yang ada di sini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Trevor berkata, “Selepas berbincang dengan Ting, kami telah membuat keputusan untuk berpindah ke Dubai.
Kami memilih Dubai kerana ia merupakan lokasi strategik untuk melancong. Kami juga berasa teruja untuk cuba semua makanan yang ada di Dubai dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Selepas semuanya kembali normal, kami akan kembali melancong untuk mencari makanan lain di seluruh dunia. Saya percaya Dubai adalah lokasi terbaik untuk melakukan perkara itu.
Berat hati untuk kami tinggalkan Malaysia kerana sangat sukakan negara ini. Apa-apa pun, ini bukanlah ucapan selamat tinggal kerana kami akan kembali ke Malaysia. Malaysia ialah my favourite place in the world!” jelas Trevor.

Sepanjang menetap di sini, Trevor telah mengembara ke seluruh Malaysia dan merakam tempat makan terbaik yang ada di dalam negara ini dalam video beliau.
Video Trevor juga telah menarik perhatian ramai pelancong dari luar negara yang tidak sabar untuk datang ke Malaysia kerana mahu mencuba makanan yang beliau sarankan.
Adakah anda pernah menonton video Trevor sebelum ini? Anda boleh tonton video-video reviu makanan Trevor di laman YouTube beliau.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: