2 Set Burger McDonald’s Dengan Harga Serendah RM15

Pasti ramai peminat setia rangkaian makanan segera McDonald’s di sini, bukan? Berita baik untuk kalian semua di mana McDonald’s telah menawarkan diskaun sehingga 60% untuk 7 set hidangan McValue.

Anda semua boleh menikmati tawaran Crazy Hour McDelivery ini bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac 2019. Promosi ini akan berlangsung pada setiap hari bermula jam 3 petang hingga 6 petang.

Namun begitu, terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan anda menikmati promosi ini. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Promosi Crazy Hour ini hanya sah untuk 7 set McValue Meals (Medium) sahaja
  • Set promo hanya untuk air Coke (Medium) dan kentang goreng (Medium) sahaja
  • Dengan pembelian minimum RM18 melalui McDelivery
  • Tidak sah untuk sebarang promosi McDelivery yang lain
  • Tidak sah untuk penghantaran melalui GrabFood atau Food Panda

Nampaknya dengan diskaun yang diberikan ini, anda dapat berjimat dari segi wang ringgit dan masa. Bukan sahaja murah malah makanan akan dihantar di depan pintu. Jadi, apa anda tunggu lagi? Nikmati 2 set burger dengan harga serendah RM15 sekarang!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca