2 Pusat Beli-Belah Di Lembah Klang Disahkan Pernah Dilawati Individu Positif COVID-19

Sekurang-kurangnya dua pusat beli-belah di daerah Lembah Klang telah mengesahkan premis mereka telah dikunjungi pelanggan positif Koronavirus (COVID-19).

Premis yang diperkatakan adalah A-Saloon di Melawati Mall, Ampang, Kuala Lumpur dan Fitness First, IOI Mall Puchong.

Menurut laporan, langkah pencegahan kini sudah dilakukan pihak pengurusan kedua-dua pusat beli-belah berkenaan bagi mengelak penularan wabak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak A-Saloon, Melawati Mall, mereka mengesahkan terdapat seorang pelanggan yang memasuki premis berkenaan pada tanggal 2 Mac lalu disahkan positif wabak berbahaya yang kini sudah menjangkiti ribuan penduduk di serata dunia.

A-Saloon kemudiannya memaklumkan menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka bahawa premis kecantikan itu sudah dihentikan perkhidmatannya serta-merta usai pemaklumam tersebut.

Pihak pengurusan Melawati Mall juga memaklumkan menerusi laman sosial Facebook bahawa proses pensanitasi dan pembersihan terperinci sedang dijalankan di premis yang pernah dilawati pesakit.

Malah, beberapa kawasan umum seperti tandas dan lif juga sedang melalui proses pensanitasian sama yang dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, pihak A-Saloon juga menyatakan bahawa kesemua pekerja mereka sudah dihantar untuk menjalankan ujian kesihatan di institusi perubatan terpilih dan menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Laporan lain pula menunjukkan insiden sama turut terjadi di gimnasium Fitness First, IOI Mall Puchong.

Walau bagaimanapun, premis berkenaan sudah ditutup untuk proses pensanitasian pada Isnin, 9 Mac lalu selepas seorang ahli gimnasium yang telah disahkan positif COVID-19 mengunjungi pusat berkenaan dua minggu lalu.

Untuk kepastian, pihak Fitness First Malaysia sudah mengesahkan bahawa mereka sudah menjalankan proses pensanitasian di premis yang terlibat pada tanggal 6 Mac dan 9 Mac lalu. Kesemua pekerja dan ahli gimnasium itu juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya berasa kurang sihat.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca