2 Pangsapuri Dijilat Api, Warga Emas Ditemui Rentung

Sepasang warga emas ditemukan rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di sebuah apartment di Taman Meru Impiana, Jelapang hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki dan wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di bahagian ruang tamu dan koridor rumah berkenaan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada 3.40 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua unit pangsapuri yang dijadikan satu kediaman dan mangsa ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu dan koridor di dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri.”

“Kami dapat mengawal kebakaran pada jam 4.15 pagi dan operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bercham dan Pekan Baharu,” katanya.

Menurutnya, usaha sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca