CERPEN: Pari-Pari Patah Sayap

Penulis: Amira Atiya

“Sial, aku tak tahu macam mana aku boleh bertindak sejauh ini. Kenapa kau buat macam tu Zara!” Kepalanya ditepuk kuat menggunakan tapak tangan. Sebal. Sengal. Sumpah dia tahu apa dia buat itu salah. Tapi dia pilih untuk buat juga. Dia tak boleh tahan godaan. Dia masih duduk berteleku dihujung katil. Mengumam sendiri dan tak tahu adakah dia perlu menangis tanda menyesal sedangkan dia merelakan.

Zara pejam mata dia rapat-rapat. Satu persatu perbuatannya diulang tayang macam wayang percuma untuk dia lihat segala kesilapan dia. Menambahkan titik noda yang ada dalam diri dia. Dia nampak yang dia mula menyentuh tangan lelaki itu. Dia nampak saat lelaki mula sentuh tangan dia dalam ragu-ragu. Makin lama jari mula bertaut. Makin lama jari mula membelai. Makin lama makin asyik. Dan dia sendiri tak tahu syaitan apa merasuk, bibir mungil lelaki itu dia kucup. Tubuh dara sunti yang tidak pernah bersentuh, dibiarkan merasai sentuhan hangat lelaki itu. Sentuhan yang cukup untuk buat dia terkulai dalam pelukan. Lidah saling berpaut. Ciuman bikin dia ketagih. ‘Zara apa kau buat. Kau memang gila!’ Dia hanyut. Lelaki itu hanyut.

Tapi dia tidak akan bertindak lebih jauh dari itu. Lelaki itu juga tak mahu kerana terasa ada batasan yang perlu. Zara tidak tahu sama ada dia perlu menangis. Dia memang tahu dia jijik. Mak ayah sudah didik dia dengan baik. Jaga dia dengan rapi. Berikan dia dua ratus peratus kepercayaan tapi dia yang buat onar. Mak ayah tak perlu tahu semua ini. Dia perlu hadapi semuanya dengan sendiri. Dengan lelaki itu bukan sendiri. Dia tahu dia tak akan bersendiri. Lelaki itu yang akan menemaninya. Lelaki itu yang akan ada dengannya.

Dari kecil dia tak tahu nafsu serakah apa yang selalu menggila dalam diri dia. Acap kali dia melakukan masturbasi. Dia dapat nikmat tahap moksya dengan melakukan itu. Sumpah pada ketika itu sehingga masuk sekolah menengah dia tidak tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah. Salah disisi agama. Salah disisi perubatan. Pendek kata, dosa. Dia juga  sebenarnya tak tahu itu dipanggil masturbasi. Dari suka-suka menjadi ketagihan. Sampai dia tak bisa hendak mengawal rasa gersang yang ada.

Video lucah jadi peneman. Tangan jadi saksi kejadian. Dalam nafsu menggila Zara masih waras. Dia tak sanggup nak melakukan lebih dari itu. Dia tak akan buat kerja lagi gila dengan masukkan timun, atau terung atau mungkin test tube sampling ke dalam vagina macam apa budak-budak ketagih seks lakukan. Dia tahu kalau dia lakukannya, puff masa depan dia akan musnah begitu sahaja. Debu kecil bisa ghaib dari pandangan mata sebaik sahaja ditiup angin. Mungkin dia akan jadi seperti gadis liar bodoh di luar sana. Jadi bohsia yang beranak buang merata. Mungkin bonda dan ayahanda sudah tidak lagi menganggap dia darah daging jika dia melampaui batasan itu!

Semua itu menjadi rahsia kemas, tersimpul mati hingga kini. Dia tahu dia jijik. Dia kotor. Dia tertanya-tanya adakah perempuan lain seteruk dia. Adakah dia paling hina. Dia mencari kepuasan dengan cara dia sendiri dan adakah ini gila? Kalau ada manusia tahu ini, adakah dia dicemuh, dimaki dan dihina? Dia masih buntu. Kalau ada manusia tahu apa dia lakukan dengan lelaki itu, adakah dia akan punya lagi kawan atau semuanya akan lari bertempiaran?

Manusia tak akan faham apa yang dia tanggung. Manusia tak akan faham apa dia rasa. Bukan dia tak pernah cuba hindar dan tahan. Pernah! Cuma tak lama selepas itu dia tak boleh lagi tahan. Dia macam orang ketagihan dadah. Kalau tak dapat, dia menggigil. Tersiksa jiwa. Batin dia tersiksa! Dia malu nak cerita pada dunia. Dia takut semua orang akan adili dia seolah dia bodoh, jijik, kotor dan hina. Dia tak mahu dihukum dan diadili dengan cara manusia. Bukan dia tidak tersiksa dengan cara hidup dia. Jiwa dia hampir separuh rabak menanggung segalanya.

“Cuba kau cerita pada kawan baik kau.”

“Ah, celaka punya cadangan! Benda itu akan buat kau dimaki hamun, Zara! Jangan buat benda bodoh. Jangan pernah!”

**

Ciuman menjadi menu sarapan pagi. Entah kenapa bibir lelaki itu nampak menggoda setiap kali dipandang. Zara terasa dia merosakkan lelaki itu. Lelaki itu baginya suci. Terlalu suci. Dia yang telah mengubah lelaki itu 360 darjah. Sehari tanpa peluk dan cium buat dia kacau, sasau. Ya, dalam masa sama 26 kalori terbakar waktu bercium bukan? Bonus buat mereka berdua.

Teratak cinta, di tengah-tengah bandar asing. Tingkat 13. Ciuman, pelukan, belaian, seks oral menjadi aktiviti ruji di situ. Siang bertaburan mengerah keringat mencari sedikit wang dan ilmu, cukup untuk makan pakai yang sederhana dan sewa rumah. Di sini tiada yang peduli ikatan rasmi. Dia dan lelaki itu bebas. Bebas bermadu asmara tanpa limitasi sesiapa. Berada di kejauhan empat pasang mata tua membuat dia tiada rasa gentar.

Mereka bahagia begitu. Adakah pelik walaupun dia dan lelaki itu memuaskan nafsu seksual masing-masing tetapi tikar sejadah masih disentuh lima waktu. Al-Quran dibaca bila perlu. Apakah itu menunjukkan mereka bertambah jijik lagi hina?

“Aku terasa nak berhenti, Zara. Aku kena berhenti.” Zara merenung wajah sungul lelaki itu. Baru sahaja tangannya mahu menautkan jari jemarinya dicelah jari runcing lelaki itu, lelaki itu bingkas bangun menuju balkoni.

“Apa yang kau mahu berhenti sayang? Kerja?” Lelaki itu menggeleng perlahan. Zara diam. Perlahan tubuh jangkung lelaki itu dirangkul daripada belakang. Pipinya dilekapkan pada belakang badan lelaki itu. Hangat tubuh lelaki itu buat Zara tenang. Bau lelaki itu paling dia suka. Wangi.

“Aku nak berhenti dari sentuh kau. Aku tak nak usik kau langsung kalau boleh!” Zara terus melonggarkan pelukan. Tersentak dengan kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Adakah ini benar? Adakah lelaki itu mahu pergi setelah apa yang berlaku?

“Maksud kau? Aku tak faham. Cuba jelaskan.” Lelaki itu pusing menghadap wajah Zara. Tangan Zara dicapai dan dielus perlahan.  Nafas ditarik dalam. Mata Zara ditenung dalam. Sepenuh kekuatan diperlukan untuk mengatakan hal ini.

“Begini sayang, kau tahu kan minggu lepas aku balik kampung. Aku ada berborak dengan abah. Kata-kata abah betul-betul menghantui aku, sayang. Dia kata dia sudah beri apa yang termampu buat anak-anaknya dan dia harap anak-anaknya ini tidak akan merosakkan kasih sayang yang mereka beri. Aku takut. Aku dah kecewakan dia. Dia seolah tahu ada kemungkaran yang aku lakukan.” Wajah lelaki itu jelas menunjukkan dia benar-benar terkesan dengan kata-kata dari ayahandanya itu.

“Jadi kau tak akan sentuh aku lagi?” Lelaki itu menggeleng kepalanya perlahan. Badan Zara ditarik masuk ke dalam pelukkannya. Jelas kedengaran jantung lelaki itu berkerja keras saat itu. Entah berkerja keras kerana takut mengetahui reaksi Zara atau berkerja keras melawan nafsunya sendiri, Zara sendiri tak tahu.

“Bukan begitu maksud aku, aku masih mahu mencium bibir manismu sayang, aku masih akan merangkulmu sewaktu kau tidur tetapi organ vitalku ini tidak lagi akan singgah ke dalam organ vitalmu sayang. Kau masih ingat bukan, kelmarin aku hampir membuatkannya masuk meneroka. Dan aku tahu sayang kau tidak bersedia tapi kau merelakannya jua demi aku. Mengakulah sayang, betulkan?” Wajah Zara diangkat supaya bertentang dengan wajahnya. Dalam juraian air mata Zara mengangguk kepalanya perlahan.

“Nahh, sayang kita usaha kurangkan ya? Mana tahu bila kita makin berjaya kawal dan kurangkan, lepas ni kita boleh tak bersentuh langsung. Kita buat perlahan-lahan. Aku tak mahu itu selagi kita belum sah sebagai suami isteri. Aku masih menghormati kau. Aku sayang kau bukan sebab semua itu tapi sebab rasa kasih yang ada pada kau.

Kau janji juga pada aku yang kau jaga apa yang ada pada tubuh kau kerana itu akan menjadi hak aku. Jangan lagi cari kepuasan sendiri. Aku takut kalau kau selalu lakukannya sendiri deria kepuasan kau makin kurang. Aku janji, aku juga akan menjaga apa yang ada pada aku kerana itu hak kau. Okey?” Lelaki itu merenung wajah Zara lembut. Zara mengangguk perlahan sekali lagi. Lelaki itu mencempung tubuh genit Zara ke dalam bilik. Zara dipeluk erat sehingga subuh menjengah.

Zara bangun terpisat-pisat sebaik sahaja dikejut untuk solat subuh oleh lelaki itu. Lambat kakinya melangkah ke bilik air. Ya, dia sedar dia zalim. Hidup bagaikan suami isteri namun tanpa sekelumitpun rasa malu hendak bersujud di hadapan Illahi.

“Kita nikah.” Ujar Zara sewaktu menyediakan sarapan pagi. Lelaki itu merenung wajah Zara seketika. Sudah lima tahun mereka begini dan akhirnya Zara menyebutnya sekali lagi.

“Tapi ibu kau tak mahu kita bernikah selagi kau tak habis ijazah, Zara. Perkara ini dah kita bincang dari dulu lagikan sayang. Aku bukan tak nak menikahi kau tapi apa ibu kau cakap nanti. Aku tak boleh nak memandai, nanti aku yang akan dibenci mereka, sayang.” Nescafe panas disisip perlahan oleh lelaki kacukkan cina itu.

“Ah, mengaku sahaja kau tak nak kahwin dengan aku kerana ibu bapa kau masih menghalang. Masih lagi nak kau menikahi orang pilihan mereka! Aku sedar aku bukan seperti muslimah pilihan mereka! Aku tak berpendidikan agama tinggi seperti kau! Aku tak tahu kedudukan aku!” Zara menempik. Lantas ruangan pantri ditinggalkan begitu sahaja. Tubuh lesu dicampakkan ke atas tilam.

Lelaki itu mengeluh berat. Zara masih ambil hati tentang cadangan ibu bapa lelaki itu beberapa bulan lepas. Masakan Zara masih simpan semua itu dalam hati sedangkan lelaki itu sudah menolak cadangan ibu bapanya bulat-bulat. Langkah longlai diatur masuk ke dalam bilik. Zara sedang menangis teresak-esak. Kepala Zara diusap lelaki itu perlahan. Bahu Zara dicium lembut, kemudian menjalar ke leher. Badan Zara dipusingkan menghadap dirinya.

Zara merenung wajah lelaki itu dalam takungan air mata. Jiwanya rabak. Hatinya koyak. Dia sakit nak menanggung semua ini. Lelaki itu menyeka air mata yang tumpah dari tubir mata gadisnya itu. Zara menutup matanya. Dia tak mahu merasa sakit saat melihat wajah gusar lelaki itu. Perlahan kelopak mata Zara yang tertutup dikucup lelaki itu perlahan. Kanan, kemudian kiri. Beralih ke dahi.

“Sayang, aku akan usaha untuk kita secepatnya. Tolonglah jangan bersedih, sayang. Aku sakit tengok kau begini. Aku tak sanggup buat kau bersedih begini. Aku hanya ingin kau. Tak ada lain yang aku mahukan. Jangan fikir bukan-bukan. Tolonglah, aku merayu pada kau sayang. Jangan fikir begitu.” Perlahan Zara membuka matanya. Lama matanya merenung wajah lelaki itu. Lelaki itu meneruskan kata lagi.

“Sayang percayalah. Aku tak akan pilih dia. Aku dah cakap pada mereka yang aku dah punya kau. Kau yang terbaik untuk aku. Tolong ya jangan fikir begitu lagi, sayang?” Dia angguk kepalanya perlahan. Pantas bibir lelaki itu dia kucup. Tangan menjalar ke seluruh badan sasa lelaki itu seolah dahagakan sesuatu, namun hanya pelukan sahaja diberi lelaki itu. Nafas Zara yang tak terkawal diabaikan oleh lelaki itu. Dia hanya mampu berikan pelukan. Lama mereka berpelukan disitu.

“Sayang, aku nak pergi kerja sekarang. Nanti kalau terlampau lewat, jalan sesak.” Dalam terpaksa Zara meleraikan pelukan. Lelaki itu mengukir senyuman manis. Zara membalas senyuman dalam terpaksa.

“Hati-hati ya pergi kelas nanti? Apa-apa call aku. Okey baby. Take care. Got to go now, bye.” Tangan lelaki itu disalam lalu dikucup. Kepala Zara pula diusap dan dikucup. Pantas lelaki itu hilang dari ruangan rumah. Zara sendirian lagi.

**

“Tolong sayang, puaskan aku.” Zara merayu tetapi lelaki itu melakukannya dalam terpaksa. Zara nampak wajah itu. Dia tak mahu dipuaskan dalam terpaksa. Dia tak mahu merasa klimaks sendiri. Dia tahu lelaki itu serba salah. Serba tak kena. Segera dia larikan tangan lelaki itu. Tak mengapa dia perlu mengalah. Dia faham keadaan lelaki itu.

“Sayang dah?” Lelaki itu menyoal dalam nafas tersekat-sekat. Makin lama makin jelas wajah serba salah lelaki itu. Zara hilang rasa.

“Sudahlah. Aku sudah puas. Tidurlah. Aku tak mahu dah.” Zara terus mengiringkan badan ke kiri. Lelaki itu diam. Dia segera menarik tubuh Zara masuk dalam pelukkan. Zara hanya tidak mengendahkannya. Tiada pelukan mesra pada lengan lelaki itu untuk hari ini. Entah kenapa hatinya terasa sakit walaupun dia sendiri menghentikannya.

Air matanya mengalir. Kenapa dia betul-betul ketagih? Ini perkara yang paling dia takutkan. Kali ini ketagihnya betul-betul tahap kritikal. Lelaki itu sudah tak mahu memberi servis terbaiknya lagi. Dia tahu apa dia buat selama ini salah. Dia tahu semua hukumnya. Dia tahu mana hak dan batilnya. Dia tahu tapi dia tak mampu melawan gelodak nafsu yang menggila. Dia dah cuba.

Acap kali cuba tahan tapi tak berjaya.
Demi kepuasan diri Zara abaikan hak dan batil yang dia tahu. Dia abaikan mana yang halal dan haram demi melunaskan nafsu bergelojak. Yang buruk dia anggap baik demi kepuasan yang terbaik. Hati yang mati dibiarkan terus mati. Gila pun gilalah, kali ini memang dia tak sanggup lagi menahan. Dia harus turuti bahang nafsu yang menggila ini.

Perlahan kedengaran dengkuran halus lelaki itu. Kepenatan mungkin. Zara alihkan tangan yang melingkari pinggangnya. Hati-hati langkah diatur ke dalam bilik air, berharap yang lelaki itu tak akan terjaga. Dia harus lakukan itu. Dia benar-benar terdesak.

Dengan tangan sendiri dia mencari kepuasan. Desah nafas dikawal supaya tidak kedengaran. Sejam didalam bilik air buat dia betul-betul tenggelam dalam nafsu sendiri. Badan mula terasa kebas. Jari mula lenguh berkerja. Jam mungkin sudah menunjukkan pukul lima pagi. Pili air dibuka, tab mandi dipenuhkan dengan air suam. Sabun turut dituang. Biar berbuih.

Tubuh gadis itu direndam di dalam tab mandi. Hanya tinggal bahagian wajah dari hidung ke atas di permukaan air. Mata dia pejam rapat. Dia terasa mahu lagi, dalam tab mandi dia lakukannya lagi. Ah biar, dia sudah lama tidak merasa puas. Dia tak dapat nak tahan. Mungkin dia tak macam perempuan lain yang mahukan tujahan dalam vagina, tapi bagi dia cukup dengan ini buat masa ini. Dia tak bersedia.

“Sampai bila mahu begini..” Zara mengumam perlahan dalam nafas turun naik laju. Dia terlalu penat untuk memuaskan dirinya namun rasa puas tiada lagi bertandang. Terus seluruh kepalanya dimasukkan di dalam air. Dalam air itu dia lihat ada seseorang yang bersayap sedang membelai vaginanya. Perlahan-lahan. Zara hanyut dalam rasa. Pertama kali dia rasa lebih puas daripada melakukan sendiri. Setanding seperti lelaki kesayangannya lakukan. Tubuh Zara diteroka oleh mahluk bersayap itu. Enak. Inzal. Anehnya Zara dapat bertahan lama di dalam air dalam keadaan begitu. Mahluk bersayap itu mengangkat wajah. Wajah yang penuh ghairah, senyuman yang betul-betul menggoda. Mata Zara terus terbelalak. Dia segera mengeluarkan kepala daripada air. Tercungap-cungap mencari nafas.

Pantas dia terus berlari keluar daripada tab mandi dengan telanjang bulat. Air mata terus meluru keluar dari tubir mata. Teresak-esak. Dia sendiri tak tahu mengapa wujud bayangan itu. Bagaimana mahluk itu ada di dalam air itu tadi? Mengapa dia bersenggama dengan diri sendiri? Mengapa ada dua dia dalam versi berbeza? Mengapa dia bersayap? Dia takut. Dia keliru.

Tangisannya semakin kuat kedengaran. Entah kenapa tiba-tiba sahaja saat itu mata pisau cukur ada di tangannya. Ada suara seolah merasuknya untuk mengelar tubuhnya sendiri. “Kau pari-pari yang dititahkan turun ke bumi untuk memberi kebahagiaan syurga bukannya mencari dosa. Bukan mencari syurga sendiri.  Kau berdosa. Sayap kau sendiri sudah patah untuk kembali dengan kami! Kau tak layak kembali. Aku tak akan benarkan kau kembali. Kau pendosa! Pendosa! Mati lebih baik untuk kau pendosa!”

Lelaki yang sedang enak tidur terus terjaga. Meraba-raba sebelahnya, Zara tiada. Sayup-sayup tangisan Zara kedengaran membuatkan jiwa lelakinya gundah. Langkah pantas diatur menuju ke arah bunyi tangisan kedengaran. “Sayang kau dekat dalam ke?”

Tiada jawapan. Yang kedengaran tangisan makin menggila. Pantas pintu dirempuh. Matanya terus menangkap titis merah yang mencemar jubin putih. Pantas dia merangkul tubuh Zara daripada belakang. Mata pisau cukur dicampak ke dalam lubang tandas. Zara menggelupur mahu mengambil mata pisau cukur itu kembali. Kemas, tubuh Zara dipeluk lelaki itu. Zara menangis lemah. Menangis dan berterusan menangis. Tiba-tiba Zara ketawa mengilai. “Sial kau pari-pari.”

Lelaki itu kaget. Tuala yang tersangkut pada pintu bilik air dicapai, tubuh kecil gadis itu dibalutnya. Zara dicempung keluar. Jelas wajah lelaki itu risau. Zara diam. Hanya memerhati wajah lelaki itu yang sedang meletakkan tubuhnya diatas katil. Air matanya masih mengalir namun tiada lagi esakkan. Luka pada tubuh Zara disapukan dengan iodin. Sewajarnya Zara merasa pedih apabila lukanya dicuci namun dia tak rasa apa-apa. Sekelumit pun tidak terasa.

Lelaki itu menangis. Menangis sepanjang tubuh Zara yang luka disapu dengan iodin. Terkumat-kamit bibirnya seolah mengatakan sesuatu namun tidak jelas kedengaran. Yang lebih kedengaran esak tangisnya. Air mata lelaki itu jatuh terkena pada setiap lukanya.
“Argghh.” Zara pedih. Sumpah saat luka pada tubuhnya dicuci dan diletakkan iodin dia tak merasa pedih seperti mana saat air mata lelaki itu mengalir terkena pada lukanya. Sakit. Seolah ditoreh lebih dalam lagi setiap lukanya.

“Tolong jangan nangis. Aku sakit. Air mata kau menghiris aku lagi, bukan membaikkan aku. Tolong berhenti, sayang. Aku mohon sangat. Berhentilah.” Perlahan Zara menutur kata. Air mata lelaki itu diseka. Lagi banyak titis air mata yang terkena pada lukanya lagi terasa kulitnya disiat-siat, ditoreh-toreh lagi dalam.

“Kenapa kau buat macam ni, tolonglah jaga diri kau baik-baik. Tolong jaga diri kau untuk aku. Jangan buat benda gila. Kau buat aku sakit sekali faham tak?” Tubuh Zara digoncang. Zara diam.

Melihat wajah risau lelaki itu, membuatkan Zara mengoyakkan senyuman. “Kau sayang aku?”

“Berapa kali aku perlu cakap dengan kau, Zara! Aku sayang kau. Sayang sangat tahu tak! Dah tolonglah jangan buat macam ni lagi. Zara aku janji dengan kau, kita akan kahwin nanti. Sumpah sayang! Aku janji dengan kau kita akan kahwin nanti. Secepat mungkin pasti!  Tapi kau kena janji dengan aku yang kau tak akan buat benda bodoh macam ni lagi.” Lelaki itu meramas tangan Zara perlahan lalu dikucup.

“Kau takut kehilangan aku?”

“Ya! Aku tak nak kehilangan kau! Kau hidup aku. Kau sebahagian daripada aku. Macam mana aku nak hidup kalau tak ada kau. Tolonglah jangan mati dengan begini. Kau kata kita nak bahagia sampai tua. Biar ajal maut yang menarik kita sendiri. Sekarang kenapa kau lupa semua itu sayang? Tolonglah aku. Jangan begini. Jangan seksa aku begini, sayang.” Lelaki itu menangis teresak-esak. Zara mengusap kepala lelaki itu perlahan.

“Aku.. aku cari kepuasan sendiri tadi sayang.”

Lelaki itu berhenti menangis. Dia tenung wajah Zara yang mula kelihatan serba salah. Pegangan erat pada tangan gadis itu dilonggarkan segera. Entah tiba-tiba ada bayang marah wujud di dalam mata lelaki itu. Zara sedia mendengar habuan yang dia bakal terima.

“Kenapa mungkir janji Zara? Kau dah janji dengan aku yang kau tak akan lakukannya sendiri. Hanya aku. Kenapa kau tak cuba nak berhenti lakukan semua ini? Mana janji kau? Kau kata itu milik aku kenapa kau cemarnya dengan diri kau sendiri? Sumpah aku betul-betul kecewa dengan kau, Zara. Kecewa! Mulai hari ini aku tak akan sentuh kau lagi! Cukup dah Zara! Cukup. Aku nak kau tahan apa yang kau rasa kalau kau nak aku terus ada dengan kau!” Zara diam.

Azan subuh berkumandang. Lantas lelaki itu meninggalkan Zara sendirian di atas katil dengan air mata yang masih mencemari pipi. Pasti dia mahu menunaikan solat subuh fikir Zara.

“Kau tak akan mengerti apa aku rasa sayang.. aku pari-pari yang telah patah sayapnya sekarang.. aku gagal dalam tugas aku.. aku sudah gagal membawa kau ke syurga, aku telah bawa kau ke neraka sayang.. Maafkan aku.. Maafkan aku. Carilah syurgamu.. Syurgamu bukan bersama aku. Aku tak mahu tarik kau ke neraka lagi..” Zara menggumam sendiri dan akhirnya terlelap.

Saat Zara tiba-tiba tersedar dia telah berada di tengah gurun, tapi anehnya gurun itu sejuk. Walau matahari memacak sejengkal dari atas kepala. “Kenapa aku dekat sini?” Perlahan-lahan dia mengatur langkah. Mencari arah mana hendak dia tuju. Rasa sejuk terasa sampai ke tulang hitam. Tubuh yang telanjang menggigil menahan beku.

Babb, dia jatuh tersungkur. Darah mengalir laju dari lututnya yang luka. Makin lama makin banyak. Tak setimpal dengan lukanya. Darah yang mengalir keluar menjadi sungai darah dan dia puncanya.

Rasa sakit mencucuk-cucuk di celah kelengkang, dan dalam rahim seolah sakit sengugut. Tapi sakitnya lebih daripada senggugut biasa. Puas dia tekan menahan sakit. Saat itu juga lendir jernih mengalir dari farajnya. Diikuti dengan darah merah meleleh laju dari alat kelaminnya itu. Busuk. Hanyir. Zara merasakan sakitnya berganda apabila darah mengalir keluar. Berguling-guling dia di dalam sungai darah. Air mata menitis perlahan-lahan dari tubir mata. Sakit makin parah. Air mata makin murah. Paras sungai darah mula naik. Dia tenggelam dan dia tak kuat untuk naik ke permukaan. Darah hanyir dan air mata bersatu.

Zara terasa perit pada belikatnya. Terasa dihentak dengan benda keras. Kulit belakang badannya terasa terkoyak. Sakitnya lebih dalam. Saat itu sepasang sayap besar keluar dari belakang tubuhnya. Zara mengibas kepaknya dalam sungai darah. Perlahan-lahan tubuhnya berjaya dibawa naik ke permukaan. Zara terus mengoyakkan senyuman. Dia terbang makin tinggi. Prakk, sayapnya tiba-tiba sahaja patah. Zara terus jatuh menjunam ke dalam sungai darah semula.

Zara terjaga dari tidur. Nafasnya kencang. Badannya berpeluh. Pantas dia menghirup oksigen. Lega seolah berjaya hidup semula. Seolah berjaya keluar dari terus lemas di dalam sungai darah. Subuh itu sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji dengan teresak-esak. Lelaki itu. Zara dengar dengan teliti. Saat itu bibirnya menyebut terjemahan surah yang dibaca lelaki itu. “Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman.”
Itu adalah surah An-Nur ayat ke dua.

Zara menangis perlahan. Dia sendiri terkejut kenapa bibirnya laju menyebut terjemahan surah itu. Entah macam mana dia bisa ingat surah yang pastinya merobek-robek hatinya sendiri. Seolah-olah ada pukulan kuat terhenyak pada dada. Lagi sakit daripada saat sayap keluar daripada belakang tubuhnya itu.

**

“Sayang, kau okey ke tak ni?” Soal lelaki itu cemas. Zara hanya menjawab soalan itu dengan tangisan. Lelaki itu mula risau jikalau Zara buat kerja gila sekali lagi. Dia sedar Zara acap kali termenung sendiri. Menangis. Kemudian ketawa. Kemudian nangis semula. Mulut pula terkumat-kamit.

Sekali sekala Zara kelihatan sedang bercakap dengan seseorang. Dalam tidur pula merancau sendiri. Tiada lagi permintaan untuk memuaskan nafsu sendiri. Tiada lagi pujuk rayu. Tiada lagi gurauan manja. Tiada lagi belaian mengugah iman dan yang jelas tiada lagi senyuman manis dari bibir gadis kesayangannya itu. Senyuman yang selalu buat jiwa lelakinya bahagia kini sudah pudar. Seolah-olah tidak mahu mekar lagi pada wajah itu.

“Aku balik sekarang, kau tunggu di rumah. Jangan pergi mana-mana. Tolong jangan buat benda gila.” Talian diputuskan. Zara mengesat air matanya dengan menahan rasa perit pada hati. Lantas matanya menangkap susuk tubuh seseorang di balkoni. Mahluk yang bersayap itu lagi. Wajah sama seperti dia. Tapi kali ini pada wajah itu tiada lagi mimik muka yang mengghairahkan. Tiada juga senyuman menggoda. Yang ada wajah penuh rasa amarah dan benci. Senyum yang sinis terukir pada bibir mahluk itu.

Mata Zara tertancap pada sayap putih pada mahluk itu yang dicemari darah merah. Menitis-nitis darah hanyir jatuh ke atas jubin putih susu. Mahluk bersayap itu membuntangkan matanya. Merenung tepat pada wajah Zara. Jari telunjuk diarahkan kepada Zara.

“Kau pari-pari yang dititahkan turun ke bumi untuk memberi kebahagiaan syurga kepada manusia suci bukannya mencari dosa. Bukan mencari syurga sendiri.  Apakah kau lupa sabda rasulmu sendiri! Kau berdosa. Kau buat kita berdosa. Kau buat sayap kita patah. Kau pendosa! Pendosa! Mati lebih baik untuk kau pendosa! Mati kau! Kau patut mati!”

“Diammmm! Aku bukan pendosa. Aku solat. Aku mengaji!” Zara mula menjerit. Namun suara mahluk bersayap itu masih kedengaran. Makin lama makin lantang. Makin lama makin bingit kedengaran.

“Persetankan mengaji dan solat kau kalau kau masih mahu berzina. Kau tahu apa kau buat salah tapi kau masih lakukannya. Kau sememangnya pendosa! Kau pendosa! Neraka tempat kau pendosa! Neraka tempat kau selamanya! Biarkan dibakar api. Biar tubuh kau disalai. Itu tempat kau wahai pendosa! Tempat kau abadi!”

“Sial kau pari-pari! Diam! Diam kau! Kau yang ke neraka! Pergi! Jangan ganggu aku!”

“Kau yang tarik aku ke neraka sekali, Zara. Kau buat maksiat, dan kau boleh tanpa rasa malu menyembah tuhan? Bodoh atau apa kau, Zara? Kau pendosa, Zara. Pendosa!”

“Aku tak lakukan lebih dari tu sial! Kau ingat mudah lima tahun menahan dari tak lakukan lebih daripada oral seks? Aku bukan pendosa! Bukan! Aku ingat siapa tuhan!” Zara menangis menahan rasa yang dia sendiri tak pasti. Adakah rasa takut, malu, marah, benci, sedih?

“Mukadimah terhadap zina masih berdosa Zara. Dosa tetap dosa!” Mahluk itu bertempik. Terasa seluruh bangunan bergegar apabila suara mahluk itu melontar keluar.

“Diammm! Diamm kauuu!” Zara pantas berlari ke dapur mengambil pisau, pantas dia berlari meluru ke arah mahluk bersayap yang sudah berdiri mengembangkan sayap diatas besi penghadang balkoni.

“Pendosa! Kau patut mati pendosa. Lihat sahaja diri kau yang jijik. Kau kotor. Kau hina!” Mahluk bersayap itu ketawa berdekah-dekah saat melihat Zara meluru ke arahnya. Ya ini yang dia nantikan. Ini yang dia tunggu. Ini masanya.

“Aku bunuh kau sial! Aku bukan pendosa! Aku bukan macam tu! Mati kau sial! Mati kau. Kau yang patut mati!” Zara menjerit ke arah mahluk bersayap. Langkahnya makin laju. Matanya penuh dengan rasa benci, dan amarah. Dia betul-betul naik gila dengan mahluk gila tu!

“Pendosa, semoga kau berjaya terbang semula ke syurga.” Mahluk bersayap ghaib sekelip mata. Lantai licin dek darah merah. Zara hilang kawalan. Matanya terbelalak.

Artikel Lain Untuk Di Baca