172 Juruterbang, 111 Kru, 50 Jurutera AirAsia Diberhentikan

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.

Ini merupakan sebuah berita yang mendukacitakan buat industri penerbangan tanah air.

Pengumuman penamatan perkhidmatan barisan pekerja AirAsia ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat menerusi sebuah sesi taklimat bersama kakitangan syarikat, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, difahamkan kesemua mereka yang terlibat bakal dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. Pihak AirAsia Berhad dilaporkan turut menjanjikan pampasan kepada para pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

Menurut Riad Asmat, situasi yang dihadapi AirAsia kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi.

Riad Asmat juga turut memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

AirAsia juga tidak mampu memberi jaminan tempoh syarikat berkenaan bakal kembali normal berdasarkan keadaan semasa.

Sementara itu, syarikat AirAsia X juga dilaporkan turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja yang melibatkan warga Malaysia serta warga luar. AirAsia X yang sebelum ini dilaporkan beroperasi melalui 32 pesawat kini dikecilkan operasi kepada 15 hingga 16 pesawat antarabangsa.

Diharapkan semua kru dan para pekerja yang diberhentikan tabah menghadapi situasi ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan AirAsia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca