17 Vaksin COVID-19 Kini Masuk Fasa Kedua Ujian – WHO

Memetik laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian ke atas 17 vaksin COVID-19 kini memasuki fasa kedua.

Sekiranya anda mahu tahu, vaksin yang dibangunkan oleh Universiti Oxford pula telah masuk fasa ketiga. Menurut WHO lagi, ia menyambut baik perkembangan vaksin terhadap wabak meragut nyawa itu.

Walau bagaimanapun, pihak WHO masih belum dapat mengesahkan tarikh sebenar pengumuman keputusan klinikal tersebut. Menurut laman sesawang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), fasa kedua ialah ujian ke atas individu yang memiliki ciri-ciri sama dengan subjek sasaran.

Seterusnya, fasa ketiga pula merangkumi ujian ke atas ribuan sampel untuk melihat tahap keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut.

Dalam pada itu, ketua saintis WHO, Dr. Soumya Swaminathan menganggap beberapa bulan mendatang sebagai cabaran besar untuk membangunkan kaedah rawatan dan vaksin yang mampu membendung penularan COVID-19.

Dr. Soumya Swaminathan

Menurut Dr. Soumya lagi, banyak ujian sedang dijalankan untuk melihat keberkesanan ubat antiviral Remdisivir di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kajian ke atas ubat antiviral itu di China menunjukkan bahawa ia tidak memberi sebarang manfaat dan tahap keberkesanannya masih kurang jelas.

Pada pendapat anda, adakah vaksin COVID-19 ini boleh ditemui dalam kadar segera? Sebagai peringatan, rakyat Malaysia dinasihati untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan vaksin COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca