Demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan dicirikan oleh demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah. Demam viral adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak dan orang tua kerana imuniti mereka lebih rendah. Demam dengan sendirinya bukan penyakit, tetapi ia adalah gejala penyebab utama, yang merupakan jangkitan virus. Jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, usus, paru-paru, saluran udara dan lain-lain. Demam selalunya diakibatkan oleh jangkitan. Demam yang tinggi biasanya merupakan tanda sistem imun badan memerangi virus yang mengganggunya.
Demam virus biasanya disebabkan oleh jangkitan virus melalui udara, walaupun ia boleh disebabkan oleh jangkitan melalui saluran air. Walaupun anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah jangkitan air, ia adalah hampir mustahil untuk mencegah jangkitan virus melalui udara. Hal ini kerana jangkitan tersebut menyebar melalui udara yang dinafas. Demam virus jarang menjadi kebimbangan dan dalam kebanyakan kes, ia boleh disembuh tanpa sebarang perubatan. Walau bagaimanapun, tidak mudah membezakan antara jangkitan bakteria dan demam virus kerana mereka berkongsi banyak gejala yang sama.
Oleh itu, adalah penting untuk berunding dengan doktor jika suhu badan anda mencapai 102 darjah Fahrenheit atau jika suhu badan anda tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan selepas 48 jam.
Antara tanda yang anda perlu perhatikan adalah termasuk
-Demam yang sangat tinggi
-Demam yang bersifat berselang-seli (berlaku secara berkala)
-Demam yang menggigil
-Demam yang tidak kurang dengan ubat-ubatan
-Demam yang berlarutan untuk masa yang lama
-Sakit sendi
-Keletihan
-Hidung tersumbat
-Batuk
-Sakit kepala
-Cirit-birit
-Keradangan tekak
-Selesema
-Tonsil yang menyakitkan
-Kurang selera makan
Tiada rawatan khas untuk demam virus. Doktor akan memberi ubat tahan sakit dan ubat demam untuk mengurangkan kesakitan dan suhu badan anda. Ubat antibiotik tidak diberikan untuk jangkitan virus kerana ia tidak berkesan terhadap virus. Rawatan vaksin disyorkan untuk demam virus. Hal ini kerana vaksin telah secara drastik mengurangkan bilangan kes penyakit-penyakit virus seperti polio, campak, dan cacar air. Di samping itu, vaksin boleh mencegah jangkitan seperti selesema, hepatitis A, hepatitis B, “human papilloma virus” (HPV), dan lain-lain.
Kepada para pembaca sekiranya anda sedang mengalami tanda-tanda seperti di atas, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Sumber: DoctorOnCall