16 Nyawa Diragut Petir, Hari Bahagia Bertukar Mimpi Ngeri

16-nyawa-diragut-petir-hari-bahagia-bertukar-mimpi-ngeri
16-nyawa-diragut-petir-hari-bahagia-bertukar-mimpi-ngeri
Sumber: BH Online

Pada Rabu lalu, panahan kilat yang menyambar satu majlis perkahwinan di Bangladesh telah meragut nyawa seramai 16 orang dan mencederakan pengantin lelaki, kata pegawai yang merekodkan kes terbabit.

Difahamkan, rombongan wakil pengantin lelaki itu baru sahaja meninggalkan bot di tepi sungai bandar Shibganj untuk mendapatkan perlindungan ketika ribut petir melanda, menurut seorang pentadbir kerajaan bandar tersebut.

Ketika kejadian, pengantin perempuan tidak berada di majlis perkahwinan tersebut.

Sakib Al-Rabby memaklumkan AFP dan mengesahkan seramai 16 orang maut ketika beberapa panahan petir menyambar di daerah barat Chapainawabganj.

Menurut laporan daripada sumber dipercayai, ribut monsun yang teruk telah melanda Bangaldesh.

Selama seminggu hujan lebat melanda di daerah tenggara Cox’s Bazar telah mengorbankan nyawa 20 orang mangsa, termasuk enam pelarian Rohingya.

Setiap tahun, panahan kilat dilaporkan telah membunuh ratusan orang di negara Asia Selatan.

Pada tahun 2016, terdapat lebih daripada 200 kematian disebabkan panahan petir dan 82 orang maut setiap hari pada bulan Mei.

Bagaimanapun, banyak kematian tidak pernah direkodkan secara rasmi, dan satu badan bebas menyatakan bahawa sekurang-kurangnya seramai 349 maut akibat panahan kilat.

Pun begitu, sebilangan pakar menyatakan bahawa penebangan hutan telah meningkatkan jumlah kematian.

Ekoran daripada itu, Bangladesh dilaporkan telah menanam ratusan ribu pokok kelapa sawit dalam usaha meredakan kesan perubahan iklim serta mengurangkan jumlah kematian akibat daripada kilat. Memetik laporan portal Siakap Keli.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca