Setiap bunga mempunyai maksudnya tersendiri, malah maksudnya juga boleh berubah berdasarkan jumlah kuntum. Berikut adalah maksud kuntuman bunga ros bermula dengan sekuntum hingga 25 kuntum:
1 kuntum: Selalunya sekuntum ros diberi kepada insan yang disukai sebagai tanda ‘cinta pandang pertama’.
2 kuntum: Anda akan memberi 2 kuntum ros kepada orang yang anda terlalu sayang dan cintai.
3 kuntum: “Saya sayangkan awak” atau “Saya cintakan awak”.
4 kuntum: Cara yang sempurna untuk mengatakan “Tiada apa-apa yang boleh pisahkan kita”.
5 kuntum: Juga salah satu cara yang boleh menjadi simbol luahan perasaan terhadap insan yang istimewa. Jika anda ingin menunjuk betapa anda mengambil berat tentang mereka, memberi 5 kuntum bunga ros adalah idea yang bernas.
6 kuntum: Ia melambangkan “Saya ingin menjadi milik anda”. Ia ibarat cara untuk melamar pasangan anda.
7 kuntum: Bermaksud kita mengagumi insan tersebut.
8 kuntum: Sekiranya seseorang yang kita kenal mengalami masalah ataupun saat yang sukar, memberi 8 kuntum bunga ros bermaksud kita ada di sisi mereka ketika mereka berada dalam kesusahan.
9 kuntum: Untuk menunjukkan simbol cinta yang kekal, anda boleh memberi jumlah ros ini kepada insan yang disayangi yang anda ingin menghabiskan masa seumur hidup dengannya.
10 kuntum: Cara yang indah untuk mengatakan “Anda sempurna”.
11 kuntum: “Anda merupakan harta kesayangan saya”.
12 kuntum: Ia bermaksud kita ingin melamar mereka.
13 kuntum: Jumlah ini terdiri daripada 2 maksud iaitu simbol persahabatan yang kekal ataupun peminat rahsia.
14 kuntum: Kita boleh memberi 14 kuntum bunga ros kepada mereka yang kita berasa bangga dengan pencapaiannya.
15 kuntum: Sebagai tanda meminta maaf ataupun jika kita telah mengecewakan seseorang dan mahu mereka tahu yang kita berasa kesal.
16 kuntum: “Selamat tinggal”.
17 kuntum: 17 kuntum bunga ros merupakan antara hadiah yang sempurna untuk diberi kepada isteri tercinta, sama ada pada hari jadinya ataupun pada sambutan istimewa yang lain.
18 kuntum: Jika anda ingin mengatakan kepada insan yang disayangi bahawa “Anda tetap kekal cantik” selama bersama beliau, jumlah ini juga merupakan simbol keikhlasan dan kebenaran.
19 kuntum: Simbol untuk menunjukkan bahawa anda sanggup menunggu si dia tidak kira apa yang terjadi.
20 kuntum: Juga bermaksud keikhlasan dan kepercayaan.
21 kuntum: Menunjukkan bahawa kita memberi komitmen kepada pasangan.
22 kuntum: Ia mempunyai 2 maksud iaitu “Bersama sentiasa” dan tuah.
23 kuntum: Ia bermaksud “Kasih sayang terhadapmu tidak akan luntur”.
24 kuntum: Sebagai mesej kepada si dia iaitu beliau sentiasa berada di minda anda.
25 kuntum: Tanda mendoakan kebahagian dan kegembiraan kepada seseorang.
Menarik bukan maksud setiap jumlah bunga ros ini? Jika and ingin memberi bunga selepas ini kepada insan tersayang, jangan lupa untuk memberi jumlah yang betul!
Penulis
- Siti Aidasyazwani Zolkifli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.