15 Pelancong Malaysia Terkandas Di Filipina, Ini Berikutan Sijil Vaksinasi Mereka Di MySejahtera Tidak Diterima

Seramai 15 pelancong Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas kumpulan pelancong itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak imigresen berikutan menerima vaksin di Malaysia.

Menurut portal The Star pada Ahad, seorang penumpang dilaporkan berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak imigresen negara itu bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.

Pihak berkuasa Filipina tidak membenarkan kemasukan 15 penumpang yang tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad manakala pasport mereka turut dirampas dan dimaklumkan akan dihantar pulang pada Selasa ini.

“Walau bagaimanapun, penumpang yang berada dalam penerbangan dari KLIA tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom dibenarkan akses ke negara itu.”

“Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” katanya.

Penumpang itu turut berkata, pihak imigresen Filipina memberitahu mereka perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

13 orang daripada kumpulan pelancong itu adalah warga Malaysia dan dua lagi warganegara asing tiba di Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca