15 Keistimewaan Pelakon Yang Pernah Diarah Pengarah Filem Pusaka, Razaisyam Rashid

Buat sesiapa yang tidak mengenali beliau, Razaisyam Rashid merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyunting filem Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda Sastera di Universiti Malay (UM), beliau terkenal sebagai pengarah filem CEO (2014) dan Pusaka (2019).

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memenangi beberapa anugerah seperti Pengarah Terbaik Drama di pentas Anugerah Skrin 2016 dan Pengarah Terbaik Anugerah Telenovela 2018.

Menerusi bebenang yang dibuat di laman sosial Twitter, Razaiman Rasyid ada berkongsikan tentang makna seorang artis.

“Artis adalah orang yang mencipta seni. Tidak kira la ia merupakan sebuah lukisan, muzik, fotografi, pereka grafik, penulisan, filem sehinggalah lakonan. Terma artis tidak hanya merujuk kepada seorang pelakon kerana ia sebenarnya merupakan satu profesion yang mencabar dari segi intelektual.”

“Seseorang pelakon itu perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk menghidupkan watak yang dibawa,” ujarnya.

Berikut merupakan keistimewaan 15 orang pelakon yang pernah diarahkan oleh Razaiman Rasyid.

1. Beto Kusyairy

Menurut Razaiman Rasyid, pelakon Beto Kusyairy yang pernah membintangi filem Juvana pada tahun 2011 mempunyai magisnya yang tersendiri ketika mahu memulakan sesebuah lakonan. Tambahnya lagi, selebriti terbabit merupakan artis paling berbakat pernah bekerjasama dengannya.

2. Amerul Affendi

Dilahirkan pada tahun 1986, pelakon filem Terbaik dari Langit (2014) ini disifatkan sebagai seorang yang terus berubah apabila berada di hadapan kamera. Selain itu, Razaiman Rasyid berkata, selebriti ini sering membuat pilihan yang menarik namun sukar dijangka.

3. Anas Ridzuan

Mula menempa nama di persada dunia hiburan apabila menyertai rancangan nyanyian Mentor musim keenam, Anas Ridzuan dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri di mana jenaka komedi yang dihasilkannya sering berlaku pada masa yang tepat.

4. Sharifah Amani

Menurut Razaisyam Rashid, selebriti Sharifah Amani merupakan seorang pelakon yang penuh aura. Beliau dikatakan mampu untuk menterjemahkan subteks skrip pada wajahnya dengan tepat dan jelas.

5. Nadiya Nisaa

Dikatakan mempunyai emosi dalaman yang besar. Razaiman Rasyid berpendapat keistimewaan selebriti ini terletak pada kebolehannya untuk membenarkan penonton menyedari wataknya tanpa perlu melakukan perkara yang drastik.

6. Tiz Zaqyah

Mula dikenali ramai selepas membintangi drama Nur Kasih, pelakon Tiz Zaqyah dikatakan sebagai seseorang individu yang berbakat secara semulajadi. Razaisyam Rashid menambah, selebriti itu tidak perlu terlalu bersungguh apabila berlakon kerana bakatnya sudah menyerlah.

7. Redza Minhat

Menurut Razaisyam Rashid, pelakon filem KIL (2013) yakni Redza Minhat merupakan definisi sebenar kepada simbol intelek yang seksi.

8. Khir Rahman

Keistimewaan Khir Rahman menurut Razaisyam Rashid terletak pada kebolehannya untuk bermain lensa kamera dan tenaga lakonannya. Selain itu, selebriti kelahiran Johor Bahru ini turut dipuji kerana lontaran suaranya yang kuat.

9. Azhan Rani

Razaisyam Rashid berpendapat keistimewaan yang ada pada pelakon Azhan Rani adalah di mana dia mampu untuk melontarkan pelbagai idea sehingga pengarah ini buntu bagaimana selebriti ini mampu mempunyai begitu banyak cadangan.

10. Syafie Naswip

Dilahirkan pada 2 Ogos 1992, Syafie Naswip merupakan seorang pelakon yang mempunyai jiwa yang mendalam. Tambah Razaiman Rasyid, setiap gerakan yang dipilihnya sangat berharga kerana ia dipilih dengan penuh ketelitian.

11. Aeril Zafrel

Menurut Razaiman Rashid, keistimewaan mengenai pelakon Aeril Zafrel yang disukainya adalah kebolehan bahasa badan yang ditunjukkan. Tambahnya, selebriti ini mampu untuk memberi pelbagai pilihan bahasa badan kepadanya.

12. Syafiq Kyle

Keistimewaan pelakon Syafiq Kyle dikatakan terletak pada kebolehannya untuk menyampaikan sesebuah perasaan hanya melalui mata. Menurut pengarah filem terbabit, perkara itu amat mahal kerana ia sukar untuk dirakam lensa kamera.

13. Nam Ron

Bagi Razaisyam Rashid sendiri tiada kata yang mampu diungkapkan mengenai keistimewaan yang terletak pada pelakon veteran Razaisyam Rashid. Selebriti yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1989, Nam Ron merupakan guru kepada ramai artis-artis pada masa kini.

14. Faizal Hussein

Merupakan seorang lagi pelakon veteran yang mula berlakon di layar perak dalam filem Darah Panglima pada tahun 1972, Faizal Hussein dikatakan mempunyai keistimewaan dari segi reaksi kukuh yang diberikan kepada kamera.

15. Mimi Lana

Memulakan kerjaya selepas berjaya menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2014 dan 2015, Mimi Lana dikatakan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Hal itu sekaligus menjadikannya sebagai seseorang yang cepat belajar perkara baharu.

Adakah selebriti pujaan hati anda tersenarai di atas? Jangan lupa untuk teruskan memberi sokongan kepada industri filem tempatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca