14 Tempat Berbuka Puasa ‘Best’ Sepanjang Ramadan 2022

tempat berbuka best

Ramadan 2022 sudah pun tiba dan inilah masanya anda mula merancang berkunjung ke tempat berbuka puasa best sepanjang bulan ini.

Seperti yang kita tahu, perkara yang paling membahagiakan ketika berbuka puasa mestilah apabila makan bersama yang tersayang terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jadi, anda semua pasti mahukan yang terbaik bukan? Tambahan pula, sekarang ini memang ada pelbagai jenis promosi buka puasa ditawarkan oleh restoran-restoran.

Bagi memudahkan anda untuk mencari lokasi makan yang paling best sepanjang iftar tahun ini, berikut kami kongsikan 14 tempat makan menarik sepanjang Ramadan 2022 yang patut anda cuba:

1. Mios Kitchen

Tahun ini Mios Kitchen membawakan satu menu istimewa Ramadan yang bertemakan masakan Melayu Tradisional.

Set Iftar Simpul Kaseh memberikan anda merasai suasana ala-ala kampung dengan menghidangkan makanan di dalam talam.

Set Iftar Simpul Kaseh – RM 49.90

Satu set yang dilengkapi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Ikan Sweet Sour, Kurma Daging, Pajeri Nanas, papadom, kurma, ulam-ulaman dan sambal belacan ini boleh dimakan dua hingga tiga orang.  

Anda boleh mendapatkan set Ramadan ini di semua cawangan Mios Kitchen dan ianya juga boleh dibungkus untuk takeaway dan delivery (Foodpanda & Grab) selain daripada makan di sana.

Selain itu, hidangan nasi yang lain juga ada di sini seperti Nasi Ayam Berlado dan Nasi Ayam Penyet. Setiap menu yang ada di sini sangat berbaloi untuk dinikmati dengan saiz hidangan mereka yang memang cukup mengenyangkan perut anda.

Grilled Chicken Goma Salads – RM 18.90

Yang nak pergi sini untuk rasa makanan Barat dari Mios Kitchen, jangan risau kerana mereka masih menghidangkannya sewaktu bulan puasa ini.

Seperti yang ramai tahu, restoran ini memang cukup terkenal dengan kepakaran mereka dalam masakan western.

Mac & Cheese Chicken Chop – RM 17.90 / Combo Chor – RM 65.90

Tengok sahajalah gambar menu Mac & Cheese Chicken Chop, Grilled Chicken Goma Salads dan Combo Chor ini. Memang terliur tak sabar nak datang ke sini untuk berbuka nanti.

Selain daripada makanan mestilah anda akan ternanti-nanti pilihan air apa sahaja yang ada di sini. Minuman yang ada dekat Mios Kitchen pun beraneka rasa seperti air jus Tembikai, Apple Juice dan Fresh Orange.

Selain itu, mereka juga ada pilihan lain seperti Ice Lemon Tea dan Choc Blended. Yang pasti semua air dekat sini sejuk-sejuk belaka!

Kepada yang tertanya-tanya di mana cawangan Mios Kitchen berada, restoran ini sudah mempunyai lima cawangan iaitu di Bandar Baru Ampang, Bandar Kinrara, Seksyen 15 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam dan Putrajaya, Presint 15.

Jadi, untuk anda yang berada di sekitar lokasi-lokasi itu bolehlah untuk mencuba buka puasa di situ.

Alamat: 1-14-1, Blok 1, Presint Alami, Persiaran Aquatic, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Waktu operasi sepanjang Ramadan:  12.00 tengah hari – 10.00 malam (Setiap hari)

Waktu operasi biasa:  11.00 pagi – 11 malam (Setiap hari)

Website: www.mioskitchen.com

Facebook: www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL

Instagram: www.instagram.com/mioskitchen_official

Twitter: twitter.com/mioskitchen

2. Ikan Bakar Terangkat

Buat mereka yang teringin berbuka dengan hidangan makanan laut khususnya ikan bakar, restoran ini pasti menambat hati anda.

Mencari kedai ikan bakar memang banyak, tetapi kalau nak dapatkan yang ikut selera sendiri memang susah.

Namun anda tak perlu risau lagi sebab hidangan ikan bakar dekat sini menyediakan pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih mengikut selera dan keinginan masing-masing.

Rasanya manis-manis pedas sangat sesuai dimakan oleh semua golongan. Keenakan sos pes istimewa buatan sendiri pemilik restoran ini kami jamin akan membuatkan anda termimpi-mimpi sering mengingatkannya.

Senang cerita memang sedap sampai terangkatlah!

Pakej Terangkat Medium (4 pax)- RM 59.90 / Shell Platter Terangkat (2 pax) – RM 27.00

Harga makanan di sini juga sangat berpatutan lebih-lebih lagi bila anda memesan set hidangan mereka.

Ikan Bakar Terangkat menyediakan beberapa pakej makanan yang sangat berbaloi untuk dimakan beramai-ramai. 

Jika anda yang inginkan set untuk empat orang makan, bolehlah memesan Pakej Terangkat Medium yang terdiri daripada Siakap 3 Rasa atau Siakap Bakar, Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, empat pinggan nasi putih dan empat gelas Sirap Sejuk Selasih.

Manakala anda juga boleh memesan Shell Platter Terangkat yang sangat ngam untuk seafood lovers di luar sana.

Udang Butter (Medium)- RM 25.00  /  Lala Paprik – RM12.00/Set / Ketam Telur Masin – RM 9.00/100gram

Selain itu, menu ala carte yang lain seperti Sotong Goreng Tepung, Lala Paprik, Udang Butter dan Ketam Telur Masin juga wajib dicuba apabila datang ke sini.

Pilihan air tidak kurang hebatnya. Kehausan sepanjang berpuasa pasti akan dapat dipuaskan dengan kesegaran air di sini yang mampu menyegarkan tekak.

Antara signature air yang menarik di sini adalah Tropika, Teh Hijau 3 Layer, Terangkat Smoothies, Awan Nano dan D’Serai.

Ikan Bakar Terangkat terletak di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang berdekatan sempadan Bangi dan Putrajaya.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan meja untuk berbuka, hubungi sahaja nombor ini.

Alamat: Ikan Bakar Terangkat, Jalan Ayer Itam, Kpg Sungai Merab Luar, Kajang

Waktu operasi:  4.30 petang – 12.00 tengah malam (Setiap hari)

Website: www.ikanbakarterangkat.com

Facebook: https://www.facebook.com/ikanbakarterangkatHQ/

Instagram: https://www.instagram.com/ikanbakarterangkat/

3. Big Tas’ Tea

Jika anda teringin nak makan western dengan portion yang besar, anda boleh pergi ke Big Tas’ Tea. Terdapat pelbagai pilihan makanan western yang mampu untuk membuat anda kenyang sampai tersandar.

Big Tas Tea Platter didatangi bersama pasta carbonara dan bolognese, dihidangkan bersama chicken chop,lamb grill, meatball bersama fries dan juga sauteed vegetable dan anda akan dapat percuma air jus sparkling. Set hidangan ini sesuai untuk empat hingga lima orang makan.

Big Tas Tea Platter- RM 58.80

Kalau anda peminat shellout, anda boleh cuba Set Ramadan Seafood Turbo untuk berbuka.

Set Turbo – RM89.80

Set Seafood Turbo ini dihidangkan sekali bersama nasi, sup fishball, deep fried prawn berserta kurma dan air passion fruit tea. Rasa kuah seafood shellout yang pedas ini sedap dan menggiurkan.

Selain itu, Classic Lasagna yang sering menjadi pilihan ramai semestinya anda harus cuba jika datang ke sini.

Classic Lasagna – RM 15.80

Terdapat pelbagai pilihan air yang boleh anda order ketika berbuka antaranya adalah Milk Tea Brown Sugar, Popcorn, Kewi Delight dan Chocolate Horlicks.

Jika anda peminat kopi, anda harus cuba Big Tas Tea (Gempak kopi) yang sedap dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Big Tas Tea (Gempak Kopi) – RM 10.80

Terdapat empat outlet Big Tas’ Tea di Selangor. Antaranya di Pandan Indah, Kajang, Klang dan Sungai Buloh.

Untuk peminat makanan western dan shellout, anda wajib cuba Big Tas’ Tea ini. Sekali cuba pasti teringat sampai bila-bila.

Alamat: No.5, Jalan LGSB 1/3, Off, Jalan Hospital, Pusat Komersial LGSB, 47000 Sungai Buloh

Waktu Operasi: 4.00 petang – 11.15 malam (Setiap hari)

Nombor Telefon Untuk Tempahan: http://wasap.my/60103179457

Facebook: https://www.facebook.com/bigtastealightgreysb/

Instagram: https://instagram.com/bigtasteaselangorkl

4. 3ffy’s (Formerly Tiffany’s Cafe)

Dahulunya dikenali sebagai Tiffany’s Cafe, kafe yang terletak di atas FamilyMart Glenmarie ini berjaya menambat hati ramai dengan menawarkan pelbagai hidangan yang confirm sedap sampai menjilat jari.

Untuk yang mahu berbuka puasa bersama insan tersayang, Set Ramadan di 3ffy’s ini memang highly recommended kerana portion makanannya yang sangat besar dan berbaloi dengan harga.

Set Ramadan-RM160+

Sesuai dinikmati untuk tiga ke empat orang, Set Ramadan ini didatangkan bersama Fattoush Salad, Pilaf Rice with Cashew and Sultanas, Satay Marinated Half Chicken yang dihidangkan dengan kuah kacang, Nestum Buttercream Prawns, Pan Seared Striploin Steak dengan sos lada hitam dan 4 Sparkling Rose Selasih.

Pan Seared Striploin Steak dengan sos lada hitam ini sungguh empuk, lembut dan tidak liat apabila dimakan. Sos lada hitam yang menyaluti daging itu pun pedas dan memang sedap!

Nestum Buttercream Prawns pula menjadi fenomena dalam kalangan pelanggan 3ffy’s kerana udangnya yang manis-manis ditambah pula dengan kuah buttercream yang pekat dan sungguh mengasyikkan.

Nestum Buttercream Prawns

Ayam sebelah (half chicken) diperap dengan kuah sate yang cukup nutty, pekat dan creamy memang sungguh memuaskan kerana ia sungguh lembut dan mampu membuatkan anda termimpi-mimpi. Nasi pilaf itu pula memang lazat dan aromanya pula menggoda selera.

Pilaf Rice with Cashew and Sultanas dan Satay Marinated Half Chicken

Lebih menarik lagi, set ini didatangkan bersama empat Sparkling Rose Selasih yang cukup menyegarkan dan menyamankan tekak.

Selain itu, terdapat juga Set Ramadan yang boleh dinikmati oleh dua orang pada harga RM50+.

Dalam set ini, anda akan dapat Satay Marinated Half Chicken, kentang jejari (French fries), Fattoush Salad, Signature Gravy, Kuah Kacang dan 2 Sparkling Rose Selasih.

Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal dengan hubungi 03-5569 9643 sekiranya mahu menikmati Set Ramadan di cawangan Glenmarie Shah Alam ataupun 03-3292 7787 (3ffy’s Rantau Panjang, Klang).

Selain Set Ramadan, anda wajib cuba Seafood Spaghetti yang memang superb kerana ia dimasak bersama sambal belacan buatan sendiri.

Didatangkan bersama anak sotong, bayam, tomato ceri dan dua udang besar yang digoreng terendam (deepfried), Seafood Spaghetti di 3ffy’s ini berjaya memenuhi selera pencinta tegar spageti kerana rasanya yang sungguh enak dan menyelerakan.

Seafood Spaghetti- RM24.90

Sebagai penutup selera, anda wajib cuba Peanut Butter Banana Pancake kerana pankek coklat pisang yang disapu dengan mentega kacang sebelum ditaburi caramelised banana dan cukur coklat (chocolate shavings) ini sangat gebu, lembut dan cair dalam mulut.

Peanut Butter Banana Pancake- RM18.90

3ffy’s menjamin kelainan dengan memperkenalkan Buttercream Chicken Pancake dalam menu mereka.

Pankek dengan ayam buttercream yang rangup, kruton dan cendawan goreng ini memang membuatkan nafsu makan anda ingin datang lagi ke 3ffy’s kerana kuahnya yang pedas, pekat dan berlemak dan ayamnya juga boleh dimakan begitu sahaja.

Buttercream Chicken Pancake- RM20.90

Jika anda mahukan hidangan alternatif kepada nasi untuk juadah berbuka puasa nanti, The Eggmond adalah pilihan terbaik kerana ia sama sahaja dengan menu Classic Eggs Benedict di 3ffy’s tetapi ia menawarkan sedikit kelainan.

Berbeza dengan Classic Eggs Benedict, The Eggmond dihidangkan bersama potongan salmon yang keemasan dan membangkitkan selera sebelum ia ditaburi telur ikan di atasnya.

The Eggmond-RM31.90

3ffy’s juga sesuai buat penggemar kopi di luar sana kerana terdapat pelbagai pilihan kopi di sini. Ice Blended Coffee Smoothie didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Latte, Butterscotch atau Caramel untuk menyamankan tekak anda ketika berbuka puasa nanti.

Ice Blended Coffee Smoothie- RM23.50

Sekiranya anda merupakan seorang coffee hunter, anda wajib masukkan 3ffy’s ke dalam senarai kafe untuk dikunjungi.

Alamat: 3-1, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-Glenmarie Industrial Park 40150 Shah Alam,

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan: 8 pagi – 10 malam (Setiap hari)

Waktu operasi: 8 pagi – 8 malam (Setiap hari)

Waze: 3ffy’s, Glenmarie (Formerly Tiffany’s Cafe)

Facebook: 3ffy’s, Glenmarie Shah Alam

Instagram: @threeffysmy

Beepit: 3ffy’s

GrabFood: Tiffany’s Cafe – Glenmarie

Foodpanda: Tiffany’s Cafe

Nombor telefon: 03-5569 9643

5. Karnivor Malaya

Sekiranya anda peminat smoked beef, anda wajib berkunjung ke Karnivor Malaya. Di sini smoked beef seperti daging lembu dan kambing yang dimasak dengan sempurna mengambil masa selama 16 jam menggunakan asap, kayu api.

Terdapat set hidangan khas untuk berbuka yang anda wajib cuba di sini dan memandangkan saiz hidangannya yang besar dan rasanya yang enak. Anda dijamin akan berpuas hati terhadap makanan berbuka di Karnivor Malaya.

Set Iftar ini didatangi dengan Mediterranean Rice yang percuma untuk ditambah,300g Smoked Brisket bersama salad. Selain itu, satu hirisan Rosemary Lamb, satu hirisan Grilled Chicken, Spaghetti Ayam Arrabbiata dan Nibble. Set makanan ini sesuai untuk dua hingga tiga orang makan.

Set Iftar – RM 199.00

Anda juga boleh menambah pilihan ala carte yang lain. Antara menu ala carte yang disediakan adalah Wagyu (J) Smoked Brisket per 200g dengan salad atau Wagyu (A) Smoked Brisket per 200g dengan salad. 

Selain itu, bagi peminat daging dari Australia, anda boleh memesan Australian Prime Brisket per 200g bersama salad.

Australian Prime Brisket per 200g bersama salad – RM 59.00

Kalau anda datang ke Karnivor Malaya, rugi jika anda tak cuba burgernya. Karnivor Beef Burger paling mantap kerana beef patty yang dibuat sendiri.

Saiz hidangan juga adalah besar dan berbaloi untuk anda. Jika anda meminati ayam, anda boleh order Karnivor Chicken Burger.

Karnivor Chicken Burger – RM 27.00

Anda juga boleh memesan minuman jus buah seperti jus epal, oren dan watermelon.

Kalau anda teringin nak makan makanan western untuk berbuka, Karnivor Malaya wajib masuk dalam senarai anda. Tunggu apa lagi, jom serbu Karnivor Malaya sekarang!

Alamat: No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 5.00 petang -10.00 malam (Khamis hingga Selasa)

Website: https://www.karnivormalaya.com/

Facebook: https://www.facebook.com/karnivormalaya/

Instagram: https://www.instagram.com/karnivormalaya/

6. MAKAN @ Melatee

MAKAN @ Melatee yang terletak di Sungai Buloh mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan tahun ini dengan menawarkan pelbagai makanan enak berasaskan pilihan tempatan.

Tempat makan best di Sungai Buloh ini menawarkan 12 set untuk Istimewa Ramadhan yang kemudiannya dibahagikan ke Single Set (dua orang), Double Set (empat orang) dan Family Set (enam orang).

Bermula harga RM41, anda akan dapat menikmati pelbagai juadah yang sedap dan berpatutan di MAKAN @ Melatee. Lebih menarik lagi, semua set Istimewa Ramadhan turut didatangkan bersama air balang pilihan (free refill), kuih dan kurma.

Single 3 – RM48.00

Single 3 yang didatangkan bersama dua nasi putih, satu sayur, Paprik Ayam, Tomyam Seafood, Daging Goreng Crispy dan telur bistik pasti membuka selera para pelanggan dengan saiz hidangan yang sangat memuaskan dan rasanya yang sungguh enak.

Enak dimakan bersama nasi panas dan telur, Paprik Ayam memang seimbang dari segi rasa dengan kombinasi rasa pedas, masam dan aroma lazatnya yang memang sedap tidak terkata.

Tomyam Seafood ini memikat selera kami dengan rasa kuah yang pekat, sedap, masam dan pedas. Udang dan sotongnya juga sangat lembut, segar dan besar. Memang puas hati!

Anda tidak akan dapat berhenti mengunyah Daging Goreng Crispy yang rangup di luar tetapi lembut di dalam.

Daging Goreng Crispy

Walaupun ia kelihatan sangat simple, telur bistik ini memang sedap dan mengenyangkan. Untuk Set Ramadan di MAKAN @ Melatee, anda perlu membuat tempahan awal dengan menghubungi 019-219 6635 ataupun 03-6087 5035.

Selain itu, Udang Goreng Tepung adalah salah satu juadah yang wajib dicuba di kedai makan best Sungai Buloh ini kerana udangnya sungguh besar dan cukup rangup.

Udang Goreng Tepung- RM15.00-RM20.00

Juadah ini berjaya menawan hati para pengunjung termasuk kami sendiri kerana udangnya rangup di luar dan isinya pula berjus. Pada pendapat kami, satu pinggan memang tidak cukup lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama ahli keluarga.

Daging Harimau Menangis memang meninggalkan kesan di hati para pelanggan kerana rasanya yang menonjol.

Disaluti sos yang sungguh smoky, dagingnya yang sangat empuk dan lembut ini pasti akan membuatkan anda kenyang sehingga tersandar.

Daging Harimau Menangis- RM15.00

Untuk penggemar hidangan berasaskan daging, anda wajib cuba Sup Gear Box kerana dagingnya bersaiz besar, segar dan sangat empuk.

Sup Gear Box- RM40.00

Saiz tulangnya sangat besar dan kuahnya juga kaya dengan rasa. Sup Gear Box menjadi carian para pelanggan kerana ia mempunyai banyak daging dan sumsum di dalamnya.

Satu perkara yang kami suka tentang MAKAN @ Melatee adalah ia menyediakan ruang parkir yang cukup luas, ruang makan yang besar untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan juga surau yang besar.

Alamat: Lorong Melati, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan: 4 petang – 10 malam (Setiap hari)

Waktu operasi: 12 tengah hari – 11.30 malam (Setiap hari)

Nombor telefon: 019-219 6635 / 03-6087 5035

GrabFood: Makan @ Melate Kuang – Kg Damai

Foodpanda: MAKAN @ Melatee

Facebook: HS NADA Catering and Delivery Service / Makan-Melatee

Instagram: @hsnada_hq

7. Chicken Royale

Sajian yang unik yang mengetengahkan konsep pahlawan Melayu. Apa yang menariknya, restoran ini menggunakan nama pahlawan sebagai nama sajian mereka. Tambahan pula, restoran ini dimiliki oleh 100% Muslim bumiputera.

Antara makanan yang menjadi pilihan ramai di Chicken Royale adalah Set Bersiong yang didatangi dengan set talam Nasi Arab, Ayam Peri-Peri seekor, fries, wedges, nugget, salad timun salut yogurt dan cheese mozarella leleh. Saiz hidangan pun memuaskan. Set ini untuk empat hingga lima orang makan dan sesuai untuk berbuka puasa.

Set Bersiong – RM 109.90

Manakala untuk set makan seorang, anda boleh order Nasi Teja yang didatangi dengan Nasi Arab dengan Ayam Peri-Peri, sos Peri-Peri dan salad timun yogurt. 

Nasi Teja- RM 18.90

Selain itu, anda juga boleh memesan Nasi Mayang yang didatangi dengan Nasi Arab, Chicken Chop pedas, sos Peri-Peri dan salad timun yogurt.                     

Nasi Mayang – RM 18.90

Tak lengkap pengalaman anda, kalau anda tak cuba Burger Parameswara mereka yang didatangi dengan Ayam Krispy berserta hirisan Itik Salai dalam bun Brioche lembut bersama dengan sos istimewa Peri-Peri  dan yogurt. Burger ini bersaiz besar dan didatangi dengan potato wedges.

Burger Parameswara – RM 29.90

Manakala, Set Sapurba didatangi dengan kambing goreng crispy dengan sos korea dan juga wedges.

Set Sapurba – RM 39.90

Apa yang istimewanya di sini adalah sos Peri-Peri yang dibuat sendiri, sos ini pedas dan sangat sesuai dimakan bersama dengan ayam dan nasi arab.  Selain portion yang banyak pasti mengenyangkan.

Jika anda tak tahu nak pergi berbuka di mana sepanjang bulan Ramadan ini, anda boleh berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan di Chicken Royale. Dijamin berpuas hati jika berbuka puasa di sini.

Alamat: 38G, Jalan Publi Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor   

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan: 4.00 petang – 10.00 malam (Setiap hari)

Waktu operasi: 12 tengah hari – 10 malam (Setiap hari)                                             

Website: https://www.chickenroyale.com.my/

Facebook:  https://www.facebook.com/CRchickenroyale/

Instagram:  https://www.instagram.com/chicken_royale/

8. Alwi’s Food

Setelah seharian berpuasa anda mesti nak makan mengikut cita rasa anda. Jadi apabila nak makan dengan family atau kawan mesti pening kepala nak memenuhi kehendak masing-masing.

Jangan risau kerana di Alwi’s Food menyediakan juadah hidangan dari Itali, Barat dan juga lokal. Malah di Alwi’s Food turut menyajikan hidangan makanan laut yang sangat segar dan berkualiti tinggi untuk merasai kelazatan hidangan tersebut.

Lokasi restoran yang sangat strategik iaitu di TSB Sungai Buloh memudahkan pengunjung untuk datang menikmati juadah berbuka puasa.

Roasted Chicken Nusantara / Roasted Chicken Smoked BBQ – RM50 (1 Chicken)

Menu special bulan Ramadan, Roasted Chicken Nusantara dihidang bersama Nasi Hujan Panas dan Cucumber Lemon Salad membuatkan anda terasa kenyang apabila berbuka puasa dengan menu ini.

Manakala Roasted Chicken Smoked BBQ pula mempuyai aroma smoky yang membangkitkan selera kerana ayam ini diperap dengan pelbagai jenis herba BBQ Western dan rempah terpilih.

Paling penting kedua-dua Roasted Chicken ini menggunakan ayam segar bukannya frozen dan setiap ayam didatangi tiga saiz iaitu iaitu satu Chicken (RM 50), 1/2 Chicken (RM30) dan 1/4 Chicken (RM 15).

Alwi’s Food juga terkenal dengan menu makanan barat. Di sini kami kongsikan menu yang paling istimewa untuk menikmatinya.

Steamed Chicken Chop – RM21.90

Kalau anda sedang diet dalam bulan Ramadan, Steamed Chicken Chop adalah menu yang tepat kerana sajian ini penuh berkhasiat tetapi pada masa yang sama sangat sedap.

Fish and Chips – RM18.70

Tekak teringin nak makan makanan laut western? Di Alwi’s Food menu Fish and Chips akan membuatkan anda seperti sedang berbuka di negara barat sambil menikmati kelazatan filet ikan siakap yang segar, isinya gebu dan kulit sangat rangup.

Tidak lengkap juadah berbuka puasa sekiranya tidak merasai pencuci mulut di Alwi’s Food.

Panna Cotta – RM8.70

Panna Cotta pencuci mulut yang berasal dari Itali ini mempunyai tekstur sangat lembut dan rasanya penuh berkrim tapi tidak muak kerana dihidang sekali dengan compote strawberi melengkapkan juadah berbuka anda.

Jadi, tunggu apa lagi tak perlu pening kepala nak cari tempat berbuka. Datang sahaja di Alwi’s Food dan semua hidangan akan memenuhi cita rasa anda sepanjang bulan Ramadan ini.

Alamat: No. 87-G, Jalan Nautika B U20/B Pusat Komersial TSB, 40160 Sungai Buloh  (Depan Pasar Raya Ganda)

Waktu operasi sepanjang Ramadan: 12 tengah hari – 12 tengah malam (Selasa hingga Ahad)

Waktu operasi biasa: 10 pagi – 11 malam (Selasa hingga Ahad)

Facebook: https://www.facebook.com/Alwis-Food-Restaurant-109393344881908

Instagram: https://www.instagram.com/alwis_food/

9. Sisik Medan Ikan Bakar

Sebut sahaja mengenai hidangan makanan laut terbaik di Shah Alam dan Selangor, pastinya Restoran Sisik Medan Ikan Bakar menjadi pilihan warga tempatan.

Jika anda penggemar makanan seafood, jangan lepaskan peluang untuk berbuka di restoran ini yang menyajikan menu makanan laut yang segar dan berkualiti.

Untuk bulan puasa ini mereka tawarkan pakej menu dengan potongan harga yang banyak sekiranya anda tempah awal melalui WhatsApp ataupun menerusi laman sesawang mereka.

Couple Set (Harga biasa: RM 229.00, harga tempah awal: RM 129.00)

Sesuai dengan namanya, sesuai untuk sesi dua orang makan. Dengan potongan harga ini bolehlah anda bawa yang si dia untuk sesi iftar seafood yang istimewa.

Quadruple Set (Harga biasa: RM 329.00, harga tempah awal: RM 199.00)

Pakej yang sesuai untuk keluarga kecil yang ingin merasa keunikan seafood di Sisik Medan Ikan Bakar.

Set Ekonomi 1 (Harga biasa: RM 649.00, harga tempah awal: RM 429.00)

Dua kali ganda lagi banyak daripada set Quadruple, set ekonomi datang dengan kuantiti yang sesuai untuk 8 hingga 10 orang makan. Pilihan yang bagus untuk keluarga yang ramai.

Set Ekonomi 2 (Harga biasa: RM 849.00, harga tempah awal: RM 679.00)

Set ekonomi 2 juga datang dengan kuantiti yang sesuai untuk 8 hingga 10 orang makan namun terdapat pertambahan dalam hidangannya iaitu anda akan mendapat Ayam Panggang Honey Lemon dan Sotong Goreng Berempah.

Set VVIP 1 (Harga biasa: RM 1229.00, harga tempah awal: RM 899.00)

Pakej VVIP ini amat sesuai jika anda inginkan sesi iftar yang ‘grand’ bersama keluarga ataupun jika anda ingin membuat sambutan yang besar dengan rakan kerja. Ia cukup untuk 10 hingga 12 orang makan. Yang paling best dalam pakej ini ialah Ayam Panggang Honey Lemon dan Ketam Buttermilk.

Set VVIP 2 (Harga biasa: RM 1489.00, harga tempah awal: RM 899.00)

Ini paling paling special dalam kalangan yang spesial. Untuk pakej ini selain ikan siakap anda juga boleh memilih ikan jenahak untuk dijadikan hidangan utama. Dengan kuantiti makanannya yang banyak memang sudah pasti buatkan anda kembung perut kekenyangan.

Dan jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk turut order Ala carte menu-menu killer mereka seperti Sotong Madu.

Sotong Madu

Antara sebab kenapa ia menjadi ‘killer product’ utama di restoran ini adalah kerana saiz sotong yang besar hingga mencecah berat setengah kilogram.

Masakan bakar madu mengandungi kombinasi bahan-bahan lokal dan western bersama campuran madu.

Ia dibakar di atas arang dengan cermat untuk memberikan struktur garing di luar. Lantas menyerlahkan lagi kelembutan isi sotong yang disalut madu dan rempah istimewa.

Sajian ini dilengkapi dengan sambal dan air asam spesial yang akan disiram di atas hidangan bagi menggandingkan rasa manis madu tersebut.

Keseimbangan rasa pedas-pedas manis daripada perapan sotong menjadikan masakan ini antara menu yang sentiasa menjadi kegemaran pelanggan.

Memang wajib try untuk bulan puasa ini.

Asam Pedas Telur Mayong

Selain daripada air asam pedas biasa, bulan puasa ini apa kata pekena air asam pedas bersama telur ikan mayong.

Unik seperti namanya, ikan mayong ini hanya boleh didapati pada musim tertentu. Tetapi di Sisik Medan Ikan Bakar, ikan ini diimport khas dari Indonesia yang dibawa masuk setiap minggu ke Malaysia.

Saiz telur ikan yang dipilih sememangnya besar dan apabila dimasak, teksturnya akan menjadi lembut dan agak kenyal ketika dikunyah.

Penyediaan kuah asam pedas pula adalah mengikut resipi asli tempatan dari Johor dan Melaka. pertama kali mencubanya, Pasti anda akan tertambat hati.

Alamat: No. 1A, Jalan Aerobik 13/43, Persiaran Kayangan, Seksyen 13, 40700 Shah Alam

Waktu operasi sepanjang Ramadan: 5 petang – 12 malam (Rabu hingga Ahad)

Waktu operasi biasa: 5 petang – 12 malam (Isnin hingga Jumaat)

                                    12 tengah hari – 12 malam (Sabtu dan Ahad / pada cuti umum)

Website: https://sisikikanbakar.com/

Facebook: https://www.facebook.com/restoransisik/

Instagram: https://www.instagram.com/sisikmedanikanbakar/

Nombor Telefon:  017-2386361

No WhatsApp Untuk Tempahan: 016-2240474

10. Nasi Daging Pongsu Seribu

Jika anda inginkan kelainan untuk sesi iftar Ramadan, anda mesti cuba menu istimewa di Nasi Daging Pongsu Seribu.

Kalau pada hari biasa, restoran ini Nasi Daging Pongsu Seribu sangat tidak lekang dengan pengunjung yang sering datang kerana menunya yang berasaskan nasi rempah dan daging.

Untuk bulan puasa, restoran ini membawa kelainan dengan menawarkan set talam yang amat meriah untuk dinikmati ramai-ramai.

Sangat sesuai untuk seisi keluarga dan kawan-kawan tambah feel Ramadan dengan iftar bertalam.

Terdapat tiga set talam yang dapat dipilih mengikut citarasa anda:

Talam Prima – RM39.60

Set Talam Prima datang dengan empat mangkuk sup daging dan tiga mangkuk air asam pelengkap rasa. Memang sesuai jika anda sekeluarga semuanya mengidam daging.

Talam Berkawan – RM39.60

Set Talam Kawan mengandungi setengah ekor ayam panggang, empat mangkuk sup berempah dan empat air asam. Sesuai jika anda lebih menggemari ayam.

Talam Kawin- RM39.60

Seperti namanya, set ini menggabungkan antara ayam dan daging. Ia datang dua mangkuk daging dengan ¼ ayam bersama dua air asam.

Semua set talam  ini cukup untuk empat ke lima orang makan. Dengan saiz hidangannya yang besar dan banyak pasti buatkan anda kenyang sampai tersandar.

Untuk setiap set talam anda juga diberikan satu botol air minuman. Paling best, anda juga boleh isi semula air bagi air-air yang tersedia. Jadi kalau tak cukup sebotol boleh tambah lagi dengan air lain.

Namun kalau anda datang secara individu, anda juga boleh menikmati menu killer mereka iaitu Nasi Berempah Sup Daging.

Kalau datang ke Nasi Daging Pongsu Seribu memang tak sah kalau tak makan menu ini.

Nasi Berempah Sup Daging – RM9.90

Oleh kerana aroma nasi rempah yang menusuk dan dagingnya yang empuk, ia sering menjadi juadah pilihan ramai. Anda boleh memilih antara nasi berempah ataupun nasi kukus untuk dihidangkan dengan daging ini mengikut cita rasa anda.

Dicampur lagi dengan air asam yang masam pedas, sekali rasa pasti terangkat selera anda.

Alamat: No 1-G, Jalan Damai Mewah 1A, Taman Damai Mewah, 43000

Waktu operasi sepanjang Ramadan: 2.00 petang – 8.00 malam (Setiap hari)

Waktu operasi biasa: 11.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)

Facebook: https://www.facebook.com/NasiDagingPongsuSeribuKajang/

Instagram: https://www.instagram.com/nasidagingpongsuseribukajang/

Nombor Telefon:  017-2386361

11. Congkak KL

Anda mahukan kelainan? Tengah selera nak makan makanan kampung bulan puasa ini? Congkak adalah tempat yang dapat langsaikan craving anda dengan memberi suasana ala kampung yang mengingatkan kita dengan kepuasan apabila makan makanan di kampung.

Mereka membawa konsep sajian istimewa berasaskan resepi asli Nusantara dan masakan tradisional Melayu.

Cawangan pertama mereka adalah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan cawangan kedua pula terletak di The Curve, Damansara. Kedua-dua cawangan ini menyediakan menu-menuyang istimewa untuk anda semua cuba pada bulan Ramadan ini.

Set Meal (4pax) – RM190.00

Kuih, Kurma dan Bubur Pengat Labu sebagai pembuka selera, Air Bandung yang memuaskan dan semestinya Nasi Putih bersama lauk-lauk istimewa Congkak, Ikan Sambal Hijau, Ayam Panggang Percik, Dendeng Daging Berlado, Gulai Pucuk Paku dan juga Urap Campur. Set makanan berbuka lengkap ini memang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Nasi Ambeng – RM38.00

Nasi Ambeng merupakan menu signature yang ditawarkan di sini dan sangat memuaskan sebagai sajian untuk berbuka puasa. Resipi yang berasal dari Jawa ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia.

Jika anda penggemar makanan Nusantara, Nasi Ambeng sememangnya tidak dapat dikecualikan daripada pilihan sajian utama di Congkak.

Rendang Tok – RM45.00

Bulan puasa ni menu yang selalu terngiang-ngiang mesti rendang. Dalam banyak-banyak pilihan dalam menu Ramadan di Congkak, anda boleh cuba menu ini. Nikmatnya tidak terhingga apabila rasa Rendang Tok special yang terbaik ini terutama di bulan puasa.

Pengunjung sering cuba setiap hidangan di Congkak kerana keaslian sajiannya cukup memuaskan. Rugi kalau tak cuba!

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi mereka di jom.chat/restorancongkak atau WhatsApp.

Alamat: 24, Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Bulan Ramadan: 12 tengah hari – 10 malam (Selasa hingga Ahad)

Facebook: https://www.facebook.com/congkakkl/

Instagram: https://www.instagram.com/congkakkl

Twitter: https://twitter.com/congkakkl

12. KOTAK

Restoran KOTAK sudah tidak asing lagi buat penggemar juadah Indonesia yang autentik, lazat dan pedas. Menu killer-nya seperti I’m Geprek Original (RM14.80) menjadi menu pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa.

I’m Geprek Original – RM14.80

Jika anda hantu pedas, untuk menu ini anda boleh pilih tiga tahap kepedasan: Hot (pedas beshe-beshe), Super Hot (sudah mula berpeluh), atau Extra Hot (sediakan jamban).

Buttermilk Kotak – RM14.80

Jangan risau, bagi anda yang tidak suka meneroka makanan pedas. Mereka ada juga Buttermilk Kotak, sosnya yang creamy dan salty dan tak memuakkan.  

Untuk bulan puasa ini, setiap cawangan Restoran KOTAK menghidangkan set menu spesial Ramadan mereka tersendiri.

Di cawangan Bangi, mereka menawar set yang berharga RM17.80 yang mengandungi satu hidangan utama, pencuci mulut, kurma, dan segelas minuman.

Ayam Panggang / Chicken Mayo – RM17.80

Kelazatan Ayam Panggang tidak dapat dinafikan. Gabungan ayam, sambal, dan sayur bersama nasi yang panas dan empuk sumpah sedap.

Manakala sos mayonis dari Chicken Mayo menghasilkan rasa sweet and creamy. Memang menyenangkan dan amat digemari oleh mereka yang kurang suka pedas dan kanak-kanak.

Sweet and Sour Chicken / Ayam Kecap – RM17.80

Kombinasi masam dan manis tidak pernah mengecewakan. Hidangan Sweet and Sour Chicken memang superb.

Rasa enak hidangan Ayam Kecap pula memang tak boleh bawak bincanglah. Rasa manis dari sos kicap boleh membuatkan anda ketagih.

Di SS15 pula, ada empat menu Ramadan yang datang dengan hidangan utama dan tiga pencuci mulut.

Pilihan hidangan utama adalah:

Nasi Pedas – RM15.80

Konfem untuk memikat selera penggemar masakan pedas berapi. Rasa Nasi Pedas memang kaw!

Ayam Cobek – RM15.80

Kepada anda yang bertekak lebih ke masakan kampung, menu ini disyorkan untuk memuaskan selera anda. Sambal petai dia, syok sungguh!

Ayam Bakar / Nasi Kuning – RM15.80

Dimasak dengan sempurna, Ayam Bakar Restoran Kotak Nampak ringkas tetapi sedap. Sekali makan, pasti mahu lagi.

Untuk menu Nasi Kuning pula anda akan rambang mata melihat sambal udang. Dari gambar sahaja boleh terpukau, apatah lagi bila pinggan itu berada betul-betul depan anda.

Bagi pencuci mulut pula, ada tiga pilihan yang cukup sempurna sebagai penghabis sesebuah pengalaman bermakan. Pilihannya adalah:

Bubur Sum Sum / Pulut Hitam / Sago Aceh – RM7.80

Jemputlah datang ke dua-dua outlet yang disenaraikan dibawah atau jika ingin menjamu selera di rumah boleh juga menggunakan servis-servis penghantaran makanan mereka.

Cawangan Bangi

Alamat: No.15, Ground Floor, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang

Waktu operasi sepanjang Ramadan: 3 petang – 10 malam (Setiap hari)

Waktu Operasi biasa: 10 pagi – 5 petang (Isnin hingga Sabtu)

Cawangan SS15, Subang Jaya

Alamat: No. 10, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan: 11 pagi – 11.30 malam (Setiap hari)

Waktu Operasi: 11 pagi – 9.45 malam (Setiap hari)

Website: www.kotakplus.com

Facebook: https://www.facebook.com/kotakplus/

Instagram: https://www.instagram.com/kotakplus/

Twitter: https://twitter.com/kotakmalaysia

13. Port Mamam

Nak ajak kawan atau keluarga berbuka sama-sama, tapi semua tak tahu nak makan apa? Datang je ke Port Mamam, pasti semua selera kena.

Merupakan sebuah food court, Port Mamam memang dikenali ramai sebagai tempat makan yang mempunyai pilihan menu yang pelbagai. Daripada makanan bergoreng kepada makanan sup berkuah, semuanya ada.

Nak Sizzling? ada. Nak Buttermilk Chicken? ada. Nak makanan lokal macam nasi lemak, ada. Bahkan, kalau nak ayam korea pun ada. Senang kata Port Mamam ini adalah pilihan sesuai untuk orang yang tak boleh buat pilihan tentang juadah berbuka yang diingini.

Sizzling Seafood / Buttermilk Chicken

Datang sahaja ke Port Mamam dan anda pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan makanan yang tersedia di sini.

Kalau anda berkunjung ke Port Mamam di Subang ini, selain daripada pelbagai makanannya, Port Mamam juga ada air yang wajib anda cuba.

Kopi Premium & Mango Float

Sekali teguk pasti tidak puas dengan Mango Float ini. Tambah-tambah lagi bulan puasa ini, kadang-kadang tak cukup segelas.

Port Mamam juga menyediakan air kopi yang sangat sedap sesuai untuk jika anda minat kopi. Minum kopi ini sambil makan hidangan utama pasti makin terangkat selera anda.

ABC & Waffle

Kalau masa bulan puasa, semangkuk abc ini akan nampak dua kali ganda lagi menggoda daripada biasa. ABC yang begitu manis, sejuk dan penuh dengan inti amat sedap untuk dijadikan pilihan minuman bagi membuka selera.

Untuk pencuci mulut, Port Mamam juga menyediakan waffle. Waffle Paling spesial ialah waffle aiskrim. Sekali makan pasti terus hilang kering di mulut.

Anda tidak perlu risau tentang tempat duduk di sini kerana ruang di Port Mamam amatlah luas.

Dengan kawasannya yang besar dan pelbagai pilihan makanan dan minuman, tidak pelik lagi kenapa Port Mamam merupakan tempat paling best untuk lepak bersama kawan-kawan.

Apabila anda buntu nak makan apa untuk berbuka, datang sahaja ke Port Mamam, dan pilih saja.

AlamatJalan TS 6/4, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi sepanjang ramadan: 4.00 petang – 2.00 pagi (Rabu-hingga Isnin)

Waktu operasi biasa: 12.00 tengah hari – 12.00 malam (Setiap hari)

Facebook: https://www.facebook.com/portmamam/

Instagram: https://www.instagram.com/portmamam/?hl=en

Nombor Telefon:  012-678 9517

14. The Merchant

The Merchant ialah kafe berkonsepkan minimalis yang wajib anda cuba di The Curve sempena bulan Ramadan ini. Pencinta kopi dan kaki makan memang tak boleh say no berbuka puasa di The Merchant kerana selain pilihan kopinya yang padu oleh barista di sini, makanannya juga sangat memuaskan selera.

Sebagai Instagrammable café, menu mereka tetap sesuai bagi yang hendak berbuka puasa bersama keluarga. Singgah sahaja di The Curve, Petaling Jaya ini untuk mencuba makanan di The Merchant.

Nasi Bebijan Ayam Salted Egg- RM10.90

Nasi Bebijan bersama Ayam Salted Egg boleh dinikmati dengan tenang bagi yang tidak gemar makanan pedas. Dengan kerangupan Ayamnya bergabung dengan kelazatan kuah salted egg yang berlemak sangat tidak boleh dilupakan.

Jangan risau, memang berlemak dan creamy tetapi ianya cukup dan tidak langsung memuakkan.

Nasi Bebijan Daging/Ayam Sambal-RM10.90

Kelebihan sambal The Merchant adalah rasanya yang sangat unik. Ini kerana The Merchant menggunakan cili yang tidak terlalu pedas tetapi cukup memuaskan bagi yang gemarkan makanan pedas dan sesuai untuk semua bangsa di Malaysia.

Nasi Bebijan Daging Kicap- RM10.90

Kepedasan Daging Kicap ini hanya rasa di bibir sahaja membuatkan ia terasa seperti makanan kampung yang authentic. Jika mencari Nasi Bebijan Daging Kicap terbaik untuk berbuka, The Merchant adalah pilihan yang tepat.

Vietnamese Coffee- RM11.90

Sekiranya anda memang hantu kopi, kami sarankan anda berbuka puasa dengan Vietnamese Coffee di The Merchant. Vietnamese Coffee ini memang pekat, tidak mengecewakan dan betul-betul padu. Sekali hirup terasa macam di Vietnam!

Jadi apa tunggu lagi! Jom bawa keluarga atau kawan-kawan untuk berbuka puasa di The Merchant sekarang!

Alamat: Lot K-G16-W, The Curve, No. 6, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap hari)

Facebook: https://www.facebook.com/themerchant.lwa/ 

Instagram: https://www.instagram.com/themerchant.lwa/

Jadi, kedai makan yang mana satu menjadi pilihan anda untuk iftar nanti?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca