14 Maut, Kanak-Kanak Cedera Akibat Kereta Kabel Terhempas

Angka kematian setelah sebuah kereta kabel terhempas ke tanah di utara Itali meningkat kepada 14 orang.

Kemalangan ini turut melibatkan dua kanak-kanak berusia lima dan sembilan tahun sebelumnya dibawa ke hospital, tetapi seorang telah disahkan meninggal dunia.

Ia dipercayai berlaku kira-kira 300 meter dari puncak gunung, di mana stesen ketibaan berada.

Sumber: Metro UK

Tambahan pula, operasi menyelamat menjadi sukar dilaksanakan kerana kereta kabel itu mendarat di kawasan perhutanan.

Jurucakap pasukan penyelamat Alpine, Walter Milan berkata, kereta kabel itu jatuh berhampiran puncak garis Stresa-Mottarone dan ia sangat tinggi dari darat.

Milan mendakwa garis kabel berkenaan diubah suai pada 2016 dan baru-baru ini dibuka semula selepas ia ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Buat masa ini, punca sebenar kemalangan belum dapat ditentukan.

Artikel-artikel berkaitan untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca