13 Tempat Makan ‘Best’ Di Shah Alam Yang Anda Wajib Pergi (TERKINI)

Shah Alam memang terkenal sebagai tempat yang mempunyai pelbagai tarikan menarik. Pada masa yang sama, Shah Alam juga turut dibanjiri dengan kafe dan restoran sekali gus menjadikan ia lokasi paling sesuai untuk kaki makan. Dari masa ke masa, ada sahaja kafe dan restoran baharu yang wujud di Shah Alam.

Bagi menjimatkan masa anda membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan 13 tempat makan best di Shah Alam yang anda wajib pergi:

Nota: Jika sedang lapar, baca atas risiko sendiri.

1. Restoran Tomyam Kaw 2

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang restoran ini di 7 Tempat Makan ‘Best’ Di Petaling Jaya Yang Anda Wajib Pergi dan kali ini pula kami berkunjung ke cawangan Restoran Tomyam Kaw 2 yang terletak di Bukit Subang, Shah Alam.

Mengetengahkan konsep makanan persis lima bintang dengan harga jalanan, Restoran Tomyam Kaw 2 merupakan tempat makan yang wajib peminat makanan Cina Muslim kunjungi.

Meskipun nama restoran ini Restoran Tomyam Kaw 2, menunya bukan sekadar tomyam semata-mata tetapi ada juga hidangan Cina Muslim yang cukup autentik.

Sekiranya berkunjung ke sini, hidangan yang wajib anda cuba ialah Cantonese Yin Yong. Hidangan ini terdiri daripada kuetiau yang dimasak dengan cara Kantonis dan diserikan lagi dengan bihun yang digoreng begitu sahaja.

Cantonese Yin Yong – RM9

Hendaklah digaul terlebih dahulu bersama-sama bihun sebelum makan, menu ini cukup hebat dengan gabungan serasi kuetiau hangat dan kerangupan bihun.

Hidangan yang menjadi igauan ramai di Restoran Tomyam Kaw 2 adalah Mi Wantan Kering yang digoreng bersama kicap istimewa. Hidangan ini tidak lengkap tanpa Sup Wantan yang dilengkapi sekali dengan ladu ayam.

Jika anda tidak suka yang kering, jangan risau. Mi Wantan basah juga ada dan memang akan membuatkan sesiapa sahaja berpuas hati dengan rasanya yang menenangkan jiwa.

Mi Wantan Kering (Kosong)- RM2

Apa yang membuatkan tomyam di restoran ini berbeza dengan kedai-kedai lain adalah ia menggunakan susu cair yang membuatkan kuahnya cukup berlemak dan ‘kaw’! Selain itu, lauk tomyam ini sungguh padat dengan isi ayam dan makanan laut.

Tomyam Campur- RM7.50

Cukup istimewa dengan hidangan unik Mongolian Beef, gabungan rasa manis sos cili dan kepedasan lada hitam yang diapit sekali dengan rasa lemak-lemak susu ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terpesona. Keunikan masakan ini pasti anda tidak dapat jumpa di mana-mana lagi.

Mongolian Beef- RM16

Satu lagi juadah yang patut anda cuba adalah Kung Po Chicken. Sekali suap, pasti nak lagi dan lagi. Rasanya manis-manis pedas yang terdiri daripada gabungan pes kacang bercili, kicap cair dan pekat, cuka serta cili kering yang menghangatkan lagi selera anda.

Kung Po Chicken – RM16

Kepada penggemar hidangan Buttermilk, Restoran Tomyam Kaw turut menghidangkan Buttermilk Prawn yang juga merupakan hidangan yang wajib anda cuba.

Dihidangkan dengan kuantiti udang yang banyak, pasti anda akan rasa puas bila makan sekali dengan kuah Buttermilk yang sungguh mengasyikkan.

Buttermilk Prawn – RM20

Di samping itu, Sotong Goreng Tepung di Restoran Tomyam Kaw 2 juga merupakan salah satu hidangan yang unik. Difahamkan, tepung goreng yang digunakan untuk makanan sampingan ini dibuat khas dengan resipi tersendiri yang terdiri daripada enam jenis tepung.

Sotong Goreng Tepung- RM14

Sekiranya anda tidak sempat untuk berkunjung ke sini, jangan risau. Restoran Tomyam Kaw turut menyediakan penghantaran makanan melalui Foodpanda dan GrabFood.

Hanya perlu membuat pesanan di hujung jari sahaja, makanan lima bintang ini akan sampai terus ke hadapan pintu rumah anda.
Selain di Shah Alam, Restoran Tomyam Kaw mempunyai satu lagi cawangan lain yang bertempat di Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya.

Sementara itu, anda boleh follow kami di TikTok untuk menonton banyak video menarik termasuk makanan yang dihidangkan di restoran ini.

@lejendigital

Restoran Tomyam Kaw, Bukit Subang. Dekat dengan Denai Alam. #food #foodies #fyp #tempatmakanbest #shahalam #foodlover

♬ Eat It – “Weird Al” Yankovic

Alamat: Blok 15 Pangsapuri Melati, Jalan Metafasa U16/3, Taman Bukit Subang, Shah Alam

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11.30 pagi -9.15 malam)

Facebook: https://www.facebook.com/restorantomyamkaw

Nombor telefon: 011-6226 6949

2. Tiffany’s Cafe

Mengetengahkan konsep breakfast & brunch all-day, Tiffany’s Cafe merupakan salah satu tempat makan yang anda wajib pergi di Shah Alam.

Breakfast at Tiffany’s – RM22.50
Pancake with Maple Syrup – RM8.50
Country Fried Chicken – RM18.00
Eggs Bolognese – RM15.00

Terdapat pelbagai pilihan menu mengikut cita rasa anda di Tiffany’s Cafe dan harga bagi setiap satu daripadanya memang sangat berpatutan.

Tiramisu – RM11.50

Bagi penggemar pencuci mulut, anda wajib untuk cuba Tiramisu di Tiffany’s Cafe. Apa yang menariknya adalah Tiramisu di sini datang bersama dengan sos karamel yang sekali gus menyeimbangkan rasa pahit kopi.

Iced Latte – RM10.00

Tiffany’s Cafe juga sesuai buat penggemar kopi di luar sana kerana terdapat pelbagai pilihan kopi di sini. Sekiranya anda merupakan seorang coffee hunter, anda wajib masukkan Tiffany’s Cafe ke dalam senarai kafe untuk dikunjungi.

Iced Matcha Latte – RM11.50
Cream Screwpine Milk – RM10.90
Hot Chocolate – RM12.50

Sekiranya anda bukan penggemar kopi, jangan risau kerana terdapat juga pilihan minuman-minuman lain yang ditawarkan di kafe ini.

Selain kepelbagaian menu dan makanan yang enak, kafe ini memang cukup Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar. Tiffany’s Cafe juga merupakan lokasi yang sesuai jika anda ingin mengadakan sambutan hari jadi atau apa-apa sambutan sekali pun. Malah, mereka ada menyediakan pakej majlis sambutan hari jadi berserta dengan dekorasi dan kek.

Alamat: 3, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Khamis (8 pagi-8 malam), Jumaat (8 pagi-10 malam) & Sabtu-Ahad (10 pagi-10 malam)

Instagram:www.instagram.com/tiffanyscafemy

3. Nasi Kukus Sotong Besar

Jika anda sudah bosan dengan nasi kukus biasa, anda wajib berkunjung ke kedai Nasi Kukus Sotong Besar kerana apa yang ditawarkan sini cukup berbeza dengan kedai-kedai nasi kukus yang lain.

Sotong Besar – RM13.80

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di restoran ini adalah Sotong Besar. Sesuai dengan namanya, sotong yang anda dapat memang bersaiz XXL dan boleh bikin anda kenyang seminggu. Ia juga datang bersama sos istimewa untuk dicicah dengan sotong yang disalut dengan tepung.

Kambing Bakar – RM14.90

Selain itu, anda wajib untuk mencuba Kambing Bakar di sini. Menariknya, kambing yang diperap dan dibakar bersama sos lada hitam ini langsung tiada bau hamis. Jadi, sekiranya anda sebelum ini tidak gemar makan daging kambing kerana bau hamisnya, anda tidak perlu risau lagi dan boleh cuba Kambing Bakar di sini. Kami berani jamin, pasti termimpi-mimpi dibuatnya!

Ayam Bakar Herba – RM10.50

Satu lagi menu yang popular di sini ialah Ayam Bakar Herba. Kami percaya ia diperap dengan lama dan sempurna kerana perapannya terasa sampai ke isi. Kesemua menu ini juga boleh didapati bersama set nasi mengikut cita rasa anda iaitu sama ada nasi kukus, nasi kerabu ataupun nasi lemak.

Alamat: 1, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Rabu-Isnin (12 tengah hari-11 malam)

Instagram: www.instagram.com/nasi_kukus_sotong_besar

4. Chicken Rice Guys (CRG)

Roasted Chicken Rice Set – RM5.50

Restoran Chicken Rice Guys atau lebih dikenali sebagai CRG memang terkenal dalam kalangan penduduk Shah Alam. Apa yang kami boleh katakan adalah sekiranya anda masih belum pernah menjejakkan kaki di sini, anda memang rugi. Ini kerana menu utama mereka, Roasted Chicken Rice iaitu nasi ayam Hainan bersama ayam panggang memang layak dilabel sebagai the best in town.

Lagi berita gembira untuk anda si kaki makan, tiada menu berharga lebih daripada RM10 di restoran yang menawarkan masakan Cina yang enak dan halal ini.

CRG Fried Rice – RM5.50

Selain nasi ayam, hidangan lain yang ditawarkan di CRG tidak kurang hebatnya. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Goreng CRG. Apa yang membuatkan nasi goreng ini istimewa dan lain daripada lain, nasi yang digunakan ialah nasi ayam. Ini sekali gus membuatkan juadah ini penuh dengan perisa. Ditambah lagi dengan isi ayam yang dicarikkan, memang menjilat jari!

Wantan Mee Special Roasted Chicken – RM9
CRG Fried Cantonese Kuey Teow – RM6.50

Di samping itu, kedua-dua menu di atas ini juga mendapat tempat di hati para pelanggan. Jika anda tidak mahukan sesuatu yang berat, mungkin boleh cuba salah satu daripada menu ini.

Mee Udang CRG – RM5.50

Sekiranya pada hari tersebut anda mahu makan sesuatu yang berkuah, jangan risau kerana CRG juga ada tawarkannya.

Fried Wantan – RM3

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke CRG, jangan lupa untuk pesan Wantan mereka. Ini kerana ia adalah home-made dan bukannya wantan sejuk beku.

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi-7 malam) *pesanan terakhir pada jam 6.30 petang

Instagram: www.instagram.com/crgchickenriceguys

5. Bowl Cafe 1.90

Antara pilihan nasi di Bowl Cafe 1.90

Satu lagi tempat makan best di Shah Alam yang wajib anda kunjungi ialah Bowl Cafe 1.90. Percaya atau tidak, kesemua menu yang ditawarkan di kafe ini hanya berharga RM1.90 sahaja.

Terdapat lapan kategori menu pilihan di kafe ini iaitu nasi, tom yam, sup, kari, menu istimewa, western, menu santai dan juga pencuci mulut.

Antara pilihan menu tom yam di Bowl Cafe 1.90
Antara pilihan menu sup di Bowl Cafe 1.90
Antara pilihan menu istimewa di Bowl Cafe 1.90
Antara pilihan menu western di Bowl Cafe 1.90
Antara pilihan menu santai di Bowl Cafe 1.90
Antara pilihan menu pencuci mulut di Bowl Cafe 1.90

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar-gambar di atas, saiz setiap hidangan cukup besar meskipun harganya cuma RM1.90. Kena lima hidangan sudah cukup untuk buat anda kenyang dan tersenyum gembira.

Alamat: C-3-G, Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10 pagi-10 malam)

Instagram: www.instagram.com/bowlcaferm1.90

6. Mios Kitchen

Grilled Chicken Chop – RM16.90

Sekiranya anda merupakan ‘hantu’ makanan Barat, anda wajib berkunjung ke Mios Kitchen yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam masakan tersebut. Di Mios Kitchen, mereka menjanjikan makanan yang dipesan sampai kepada para pelanggan dalam masa 15 minit.

Buttermilk Chicken Rice – RM15.90

Selain di Shah Alam, Mios Kitchen juga mempunyai dua cawangan lain yang bertempat di Bandar Kinrara, Puchong dan Precint 15, Putrajaya.

Alamat: 13, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Ahad-Khamis (12 petang-11 malam) & Jumaat-Sabtu (12 petang-11.30 petang)

Instagram: www.instagram.com/mioskitchen_official

7. Selera Nasi Kak Wok

Nasi Kak Wok yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan memang cukup terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia. Ia terdiri daripada nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu dan lengkap bersama gulai pekat serta sambal belacan.

Nasi Kak Wok – RM6

Apa yang membezakan Nasi Kak Wok di Selera Nasi Kak Wok dengan restoran-restoran lain adalah rasanya sama dengan versi asal nasi ini. Jadi, jika anda ingin rasa Nasi Kak Wok yang asli, anda wajib untuk berkunjung ke sini.

Nasi Kerutub Daging – RM6.50

Selain Nasi Kak Wok, terdapat juga menu-menu lain di restoran ini. Bagi penggemar daging, anda wajib untuk cuba Nasi Kerutub Daging. Kuahnya yang likat dan rasa rempah padu pasti buat anda tidak pandang lagi kerutub daging di kedai lain.

Nasi Gulai Ikan Tongkol – RM6

Selera Nasi Kak Wok juga ada tawarkan Nasi Gulai Ikan Tongkol buat penggemar ikan di luar sana. Ikan tongkol yang digunakan memang segar sehinggakan rasa manis ikan turut dapat dirasai dalam kuah gulai. Memang menjilat jari!

Roti Titab – RM5 / Lokching – RM2 untuk 4 cucuk

Antara menu yang menerima permintaan ramai termasuklah Roti Titab dan juga Lokching (sate ikan). Anda tidak perlu berkunjung ke Kelantan lagi semata-mata untuk makan Lokching kerana Selera Nasi Kak Wok ada bawakannya kepada anda dalam menu mereka.

Alamat: 7, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10 pagi-10 malam)

Instagram: www.instagram.com/seleranasikakwok

8. Red’s Corner

Sekiranya anda merupakan seorang penggemar makanan Barat, anda wajib berkunjung ke Red’s Corner yang terletak bersebelahan Pak Li Kopitiam.

Country Fried Steak – RM19.90

Menu yang paling menjadi igauan ramai di Red’s Corner ialah Country Fried Steak. Daging yang empuk dilengkapi dengan kuah karbonara yang pekat mampu membuat anda termimpi-mimpi. 

Beef Short Ribs with Pasta – RM19.90

Selain itu, Beef Short Ribs With Pasta turut menjadi salah satu hidangan laku keras di Red’s Corner. Anda boleh pilih sama ada mahu makan beef short ribs ini bersama sos barbeku, cendawan atau lada hitam. Menariknya, semua makanan di sini adalah home-made dan harganya sangat berbaloi.

Red’s Fried Chicken Chop – RM13.90

Untuk Red’s Fried Chicken Chop pula, ia merupakan gabungan terbaik bersama kuah lada hitam. Sekali anda cuba, pasti mahu datang lagi.

Alamat: 4, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa (12.30 tengah hari-11.00 malam)

Instagram: www.instagram.com/reds_corner_section_13

9. Efa Western

Meatball – RM6.50

Salah satu menu yang anda wajib cuba jika berkunjung ke Efa Western ialah Meatball mereka. Keunikan hidangan ini terletak pada kuahnya di mana ia sudah digunakan sejak tahun 1999. Resipi untuk kuah ini merupakan sambungan daripada legasi yang ditinggalkan oleh bapa pemilik restoran sendiri.

Sizzling Chicken Chop – RM15

Menu yang paling menjadi igauan ramai di Efa Western ialah Sizzling Chicken Chop. Ia tidak mempunyai mi seperti hidangan sizzling lain tetapi rasanya yang enak pasti buat anda datang semula ke restoran ini.

Chicken Chop – RM14

Selain itu, anda juga perlu memesan hidangan Chicken Chop mereka kerana bukan sahaja ayamnya lembut tetapi rasa manis potato salad turut melengkapi hidangan ini.

Alamat: 46G, Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Jumaat-Rabu (5 petang-11 malam)

Instagram: www.instagram.com/efawestern

10. Restoran Bisik-Bisik

Bagi anda yang gemarkan atau ingin mencuba masakan Johor, anda wajib datang ke Restoran Bisik Bisik yang terletak berdekatan dengan UNISEL.

Mi Bandung Udang Galah B – RM22.90

Sekiranya anda berkunjung ke sini, menu yang anda wajib cuba ialah Mee Bandung Udang Galah. Rasa kuahnya yang pekat disempurnakan lagi dengan udang galah yang sangat segar dan menyelerakan. Pelanggan boleh memilih saiz udang galah sama ada saiz A, B atau C.

Mee Rebus Tulang Gearbox Kambing – RM16.90
Set Asam Pedas Ikan Siakap – RM12.90

Selain itu, makanan yang turut menjadi igauan pelanggan di sini ialah Mee Rebus Tulang serta set Asam Pedas Ikan Siakap yang dimakan bersama nasi putih dan telur masin.

Laksa Johor – RM9.90
Kacang Pol & Tauhu Bakar – RM6

Tidak dilupakan, makanan Johor yang lain iaitu Laksa Johor, Kacang Pol dan Tauhu Bakar pasti akan membuatkan anda terbayang-bayang kelazatannya selepas anda pulang nanti.

Nasi Ambeng – RM9.90

Satu lagi menu yang unik dan anda perlu cuba sekiranya berkunjung ke Restoran Bisik-Bisik ialah Nasi Ambeng. Nasi Ambeng ini terdiri daripada nasi putih, mi goreng, kerisik kelapa, ikan masin, keropok ikan, ayam goreng dan sayur goreng kicap. Memang menjilat jari!

Alamat: Medan Selera Anjung 7 No 9 & 10, Jalan Zirkon B7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11 pagi- 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/restoran_bisikbisik

11. Nippon Sushi

Apa yang membezakan Nippon Sushi dengan kedai sushi yang lain adalah ia merupakan restoran sushi halal pertama di Malaysia yang menggunakan robot untuk menghantar pesanan sebagai tarikan utama kepada pelanggan. Menariknya, Nippon Sushi menyediakan sebanyak 300 jenis menu yang tidak terhad kepada sushi semata-mata. 

 Chicken Gyoza Mentai – RM16.40

Sebagai pembuka selera, anda wajib cuba hidangan Chicken Gyoza Mentai. Gyoza ataupun dumpling ini diisi dengan ayam dan sayur-sayuran kemudian dibalut dengan doh yang nipis. Chicken Gyoza Mentai ini dihidangkan bersama sos tarako yang menjadikannya sangat berkrim.

Cheesy Tori Karaage (Chicken) – RM16.10

Selain itu, jika anda merupakan penggemar keju, anda wajib untuk cuba Cheesy Tori Karaage. Ayam goreng cincang yang dihidangkan bersama sos manis pedas dengan keju cair ini pasti akan membuatkan anda ingin datang lagi ke sini.

Salmon Teppanyaki – RM25.90
Torikatsu Curry – RM17.30

Bagi anda yang baru pertama kali ingin mencuba makanan Jepun, anda wajib cuba menu Salmon Teppanyaki dan Torikatsu Curry. Jangan risau kerana kedua-dua hidangan ini bukan berasaskan sushi.

Crunchy Salmon – RM14.50

Selain itu, Crunchy Salmon juga merupakan antara salah satu menu yang popular di sini. Jika anda merupakan penggemar sushi, anda wajib cuba menu ini.

Nippon Sushi turut menghidangkan menu untuk penggemar kerang iaitu Hotate Mentaiyaki. Kerang panggang yang disajikan di atas cendawan enoki ini merupakan antara hidangan paling laku keras di sini.

Matcha Ice Blended + Red Bean – RM12.30 / Mocha Ice Blended – RM10.80

Pilihan air di Nippon Sushi juga tidak kurang hebatnya. Kalau sebelum ini anda selalu minum Green Tea, tetapi di sini anda kena cuba Matcha Ice Blended + Red Bean dan Mocha Ice Blended mereka. Kami berani jamin memang sedap habis!

Selain di Shah Alam, Nippon Sushi juga mempunyai 11 cawangan lain iaitu di Bangi, Batu Caves, Klang, Kelana Jaya, Subang Parade, Ampang, Kajang, Seremban, Batu Pahat, Muar dan Melaka.

Alamat: Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11:30 pagi- 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my

Website: nipponsushi.com.my

12. Gula Cakery, Kota Kemuning

Syurga buat penggemar kek, Gula Cakery ialah salah satu tempat makan yang anda wajib pergi di Shah Alam.

Spicy Butter Chicken Pasta – RM17.90

Bagi penggemar makanan Barat, anda wajib untuk cuba Spicy Butter Chicken Pasta di Gula Cakery. Apa yang menariknya tentang hidangan ini ialah rasa pedasnya cukup menyengat sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Grilled Chicken Chop – RM24.90

Selain itu, anda juga wajib cuba Grilled Chicken Chop mereka yang merupakan salah satu hidangan utama yang ditawarkan di sini. Grilled Chicken Chop ini datang bersama sos lada hitam, cendawan panggang, tomato, french fries dan coleslaw.

Berry Pavlova – RM17

Bagi penggemar pencuci mulut, Berry Pavlova di Gula Cakery ini merupakan pilihan terbaik buat anda. Pavlova ini rangup dan tidak terlalu manis jadi ia sesuai untuk semua lapisan umur.

Double Chocolate Nutella Cake – RM16

Double Chocolate Nutella Cake pula mempunyai rasa yang cukup pekat. Ia sesuai untuk penggemar manisan kerana tekstur kek ini sangat berkrim dan rasa coklatnya juga cukup padat.

Original Burnt Cheesecake – RM16

Bagi penggemar kek keju, tekstur Original Burnt Cheesecake ini yang sangat padat dan berkrim serta pasti bakal menepati cita rasa anda. Sekali cuba, pasti mahu lagi.

Selain di Kota Kemuning, Gula Cakery turut mempunyai beberapa buah cawangan lain yang bertempat di Tropicana Gardens Mall, Andra by Gula Cakery di Setia Alam dan Gula Petite IOI City Mall di Putrajaya.

Waktu operasi: Isnin – Khamis (12 tengah hari – 8 malam) & Jumaat – Ahad (12 tengah hari – 8.30 malam)

Alamat: 11, Jalan Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor

Instagram: www.instagram.com/gulacakery

13. My Own Bakes Cafe

Sekiranya anda adalah seorang yang suka membeli-belah dan meminati pencuci mulut seperti kek dan pastri, My Own Bakes Cafe adalah tempat yang sesuai untuk anda. Ini kerana kafe ini terletak di dalam Sogo dekat Central i-City.

Cinnamon Rolls Salted Caramel – RM6.50

Antara menu yang anda wajib cuba ialah Cinnamon Rolls Salted Caramel. Tekstur karamelnya yang manis di mulut dan rasanya yang cukup sempurna pasti membuatkan anda ingin datang dan menikmatinya lagi.

MOB Premium Waffle – RM14

Antara pencuci mulut yang mendapat tempat di hati para pelanggan ialah MOB Premium Waffle. Wafelnya yang gebu dan dihidangkan bersama dua skup aiskrim ini memang sesuai dimakan setelah penat membeli-belah di Central i-City.

Spaghetti Beef Carbonara – RM17

Bagi penggemar makanan Barat, anda wajib untuk cuba Spaghetti Beef Carbonara di My Own Bakes Cafe. Apa yang menariknya tentang hidangan ini ialah rasanya sangat berlemak dan tidak terlalu pedas jadi ia sesuai untuk semua lapisan umur.

(Dari kiri ke kanan) Carrot Walnut Square Cake, Death by Chocolate Square Cake, The Red Kebaya Square Cake & Baba Nyonya Square Cake – RM5 setiap satu

Anda juga wajib cuba pelbagai jenis pilihan kek di sini iaitu Carrot Walnut Square Cake, Death by Chocolate Square Cake, The Red Kebaya Square Cake dan Baba Nyonya Square Cake.

Bagi penggemar kek, rasanya yang cukup manis dan teksturnya yang cukup padat pasti akan membangkitkan selera anda. Sekali cuba, pasti mahu lagi.

Ice Latte Macchiato – RM12.50 / Kool Fizi Kiwi – RM10

Dengan cuaca panas yang seperti tidak berpenghujung, anda pasti mahukan minuman yang boleh menyegarkan tekak. Jika datang ke My Own Bakes Cafe, anda wajib cuba Kool Fizi Kiwi mereka kerana kombinasi kiwi dan air soda adalah pilihan terbaik ketika cuaca panas.

Sekiranya anda bukan penggemar minuman masam pula, jangan risau kerana terdapat juga pilihan minuman-minuman lain yang ditawarkan di kafe ini.

Selain di Shah Alam, My Own Bakes Cafe juga mempunyai satu cawangan lain yang bertempat di Eight Kinrara, Puchong, Selangor.

Alamat:  2nd Floor, Sogo Department, 2F 01, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (11 pagi-8 malam), Sabtu-Ahad (11 pagi-10 malam)

Instagram: https://www.instagram.com/myownbakescafe/

Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?

Artikel Lain Untuk Di Baca