13 Negara Ini Masih Bebas COVID-19

Setakat hari ini, wabak pandemik yang melanda negara sudah menjangkiti lebih 3.6 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan 252,000 kematian.

Sementara itu, lebih daripada 1 juta orang dilaporkan telah sembuh. Jumlah kes tertinggi masih dicatatkan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 1 juta kes, diikuti oleh Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis.

Angka itu adalah berdasarkan data dari Pusat Kajian Koronavirus Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Virus COVID-19 dilaporkan sudah menular ke 210 negara dan wilayah, sejak ia mula dikesan di China, pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat 4 Mei, terdapat 13 negara yang masih bebas daripada pandemik berkenaan. Negara tersebut ialah Korea Utara, Turkmenistan, Lesotho, Solomon Island, Vanuatu, Samoa dan Kiribati. Termasuk juga negara Micronesia, Tonga, Marshall Islands, Palau, Tuvalu dan Nauru.

Majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan ada yang masih dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

Sejak penularan COVID-19, banyak pihak yang mempertikaikan ketiadaan laporan jangkitan virus itu di Korea Utara.

Bagaimanapun, ianya dikatakan disebabkan oleh status negara itu yang menjadi negara paling terasing di dunia.

Selain itu, Turkmenistan pula menjadi negara yang paling sukar dilawati dan ‘menutup pintu’ kepada negara luar.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca