Koronavirus: 13 Negara Berada Pada Kedudukan Bersedia Sepenuhnya Hadapi Wabak, Di Manakah Malaysia?

Majoriti negara di seluruh dunia tidak bersedia untuk menghadapi ancaman biologi seperti wabak dan penyakit berjangkit yang lain.

Menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada bulan Oktober 2019, purata skor yang dicatatkan di 195 buah negara ialah pada kira-kira 40.5 peratus.

Jelas laporan berkenaan, kesediaan antarabangsa bagi melawan sebarang wabak atau penyakit masih lagi lemah.

Menurut Economist Intelligence Unit, GHS berfungsi sebagai pengukur sesebuah negara meliputi pengesanan, pencegahan, tindakan, risiko serta komitmen untuk meningkatkan kapasiti nasional.

Sehingga bulan Oktober 2019 yakni tahun laporan berkenaan diterbitkan, sebanyak 13 negara sahaja di dunia yang berada pada kedudukan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi ancaman wabak termasuk Thailand dan Korea Selatan.

Menerusi indeks sama, negara Malaysia dapat dilihat berada di tangga ke-18 dunia dengan markah kesuluruhan 62.2 peratus iaitu pada kategori lebih bersedia.

Menjadi negara di Asia Tenggara yang paling bersedia untuk menghadapi situasi wabak, Thailand dijadikan contoh kerajaan yang berjaya menghentikan penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) pada tahun 2015.

Pada ketika itu, wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) telah menjangkiti seramai 186 individu dan meragut nyawa 38 yang lain di Korea Selatan.

Selain itu, pada tahun sama, Thailand telah mengesahkan kes import yang berlaku dan segera memaklumkannya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Thailand berjaya mengenal pasti dan menghentikan penularan MERS sekali gus menjadikannya sebagai negara contoh terbaik dalam pembangunan sistem keselamatan kesihatan bagi menghentikan wabak dari sumbernya,” jelas laporan berkenaan.

Secara keseluruhan, Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) mengambil masa lebih dua tahun untuk dikeluarkan. Lebih 100 penyelidik di seluruh dunia terlibat dalam laporan berkenaan.

Di samping itu, laporan ini turut menjadi indikator penting kepada pembuat dasar bagi menentukan keutamaan demi memastikan keselamatan negara masing-masing.

Berikut merupakan senarai 30 negara teratas pada tahap kesiapsiagaan ancaman kesihatan global.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca