12 Simptom Disleksia Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

Apa itu ‘Disleksia’? Disleksia merupakan sejenis masalah yang melibatkan pembelajaran yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur lingkungan 5 ataupun 6 tahun. Permasalahan ini merupakan perbezaan cara otak berfungsi secara visual dan bunyi. Contohnya, mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai masalah membaca, menulis dan sukar memahami sesuatu perkara.

Berikut adalah antara simptom yang boleh diambil kira sekiranya anak-anak anda ataupun ahli keluarga anda mempunyai masalah disleksia:

1. Sukar memasang butang baju, mengikat tali kasut dan memakai kasut
2. Sering kali cuai dalam pergerakan sendiri sehingga terjatuh
3. Sukar untuk melakukan lompatan hop dan skip
4. Sukar bermain permainan sukan seperti permainan yang melibatkan bola
5. Sering kali tersalah tafsir jenis arah seperti kiri, kanan, depan dan belakang serta atas dan bawah
6. Tidak mendengar sebarang arahan ataupun degil
7. Mempunyai masalah lambat bercakap semasa kecil
8. Percakapan yang seakan-akan tidak jelas dan sukar menyebut perkataan penuh
9. Tulisan tangan yang seakan terbalik ataupun tidak kemas. Contohnya, huruf ‘d’ untuk ‘b’, huruf ‘n’ untuk ‘u’
10. Sukar untuk menulis, membaca, mengenal pasti nombor dan sukar untuk memahami arahan
11. Mempunyai daya ingatan yang lemah seperti susunan hari dalam satu minggu
12. Mudah berasa penat dan letih

Peningkatan permasalahan Disleksia dalam kalangan kanak-kanak terus meningkat dari tahun 2013 hingga tahun 2017 di negara Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif bagi permasalahan tersebut seperti melancarkan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Program ini dilaksanakan bagi mengenal pasti para pelajar yang mempunyai masalah Disleksia. Jika terdapat dalam kalangan para pelajar mahupun anak-anak anda yang menghadapi masalah ini, segeralah pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan yang berdekatan.

Penulis

  • Kamazila Binti Amran adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca