119 Hari Merentas Lautan Atlantik, Naik Kereta Terapung

“Jauh perjalanan, luas pemandangan.”

Apabila sebut tentang travel, kebiasaannya pengembara akan menaiki kapal terbang, keretapi atau bas menuju ke suatu destinasi.

Namun para pencari petualangan mempunyai pendapat yang berbeza- mereka mencari pengalaman dan keseronokan daripada kembara yang lebih mencabar dan berbahaya.

Kredit gambar: autonauti

Mengikut perkongsian laman Bored Panda, dua sahabat bernama Marco Amoretti dan Marculino dari Sepanyol telah menyeberangi Lautan Atlantik dengan menggunakan kereta terapung.

Impian ayah

Idea gila ini bertitik tolak daripada Giorgio, ayah Marco. Setelah setahun disahkan menghidap kanser, beliau telah mereka cipta sebuah ‘kereta laut’ dan mengimpikan untuk menyeberang lautan dengan menggunakannya.

Namun hasrat tersebut tinggal mimpi kerana lelaki itu jatuh sakit. Oleh itu, tiga anak lelakinya dan sahabat mereka, Marculino berusaha merealisasikan impian itu.

Kredit gambar: autonauti

Pada 4 Mei 1999, empat orang anak muda telah menyeberangi Lautan Atlantik dari kepulauan Canary, Sepanyol dengan menaiki kereta jenis Volkswagen Passat dan Ford Taunus yang terapung dengan menggunakan getah busa.

Kompartmen pemandu dan penumpang dijadikan tempat berteduh manakala di atas kereta pula didirikan bot getah untuk mereka melepak di situ.

Kredit gambar: autonauti
Kredit gambar: autonauti

Gelora di laut

Bagaimanapun dua lagi saudara Marco tidak mampu menghabiskan pengembaraan itu dan perlu pulang ke rumah sebab mabuk laut teruk.

Tapi hal ini tidak mematahkan semangat dua orang sekawan itu untuk meneruskan pelayaran merentas lautan walaupun ribut taufan melanda turut menyukarkan perjalanan mereka. Pernah sekali, Marco dan kawannya terputus terus hubungan dengan dunia sebab telefon satelit rosak.

Kredit gambar: autonauti

Bila dapat menghubungi semula, Marco telefon rumah dan selalu bertanya khabar ayah tapi keluarganya tak beritahu apa-apa sebab tak nak buat lelaki itu risau.

Setelah empat bulan berlayar, akhirnya ‘kereta laut’ ini mendarat di kepulauan Caribbean. Sebelum tiba di Martinique, Marco dapat tahu ayahnya telah meninggal dunia.

Memang pedih untuk merelakan pemergian bapa tersayang namun Marco tetap berbangga sebab dapat tunjuk kepada satu dunia bahawa impian ayahnya itu tidak mustahil.

Untuk baca lagi artikel berkaitan, klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca