Tidak dapat dinafikan lagi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah sebuah novel yang agak popular daripada Hamka atau nama penuhnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1938.
Kehebatan novel ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia pastinya telah membuat ramai pembaca mengalirkan air mata. Kalau anda betul-betul menghayati jalan cerita ini, pasti anda mengetahui ungkapan menarik yang terdapat di dalam novel tersebut seperti “demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walaupun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.”
Ungkapan ini seakan-akan sudah sebati dalam jiwa setiap penggemar novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck kerana ia melambangkan identiti watak utama di dalam novel tersebut iaitu Hayati. Sebenarnya, terdapat banyak lagi ungkapan yang ditulis oleh Hamka berdasarkan novel tersebut dan ia sangat menarik sehingga boleh menggugah akal untuk merenung. Di sini kami kongsikan 11 ungkapan menarik daripada petikan novel tersebut.
Antaranya adalah:
1. “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.”
2. “Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.”
3. “Kerana apabila saya bertemu dengan engkau, maka matamu yg sebagai bintang timur itu sentiasa menghilangkan susun kataku.”
4. “Murid-murid telah boleh berdasi, boleh berpakaian cara Barat, karena agama bukan pakaian, tetapi sanggup bertempur, berjuang di dalam menjalankan agama.”
5. “Katanya hendak mengobati hati tetapi percuma, karena tidaklah akan sembuh sesuatu penyakit, kalau nama penyakit lain dan obatnya lain pula, bukan menyembuhkan, tetapi menambah dalam penyakit saja.”
6. “Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.”
7. “Jangan pernah bersedih. Jangan putus asa. Cinta itu bukan memakan hati, bukan membawa tangis, bukan membuat putus asa. Tetapi cinta itu menguatkan hati, menghidupkan pengharapan.”
8. “Sejauh-jauhnya kita tersesat, pada kebenaran kita akan kembali.”
9. “Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.”
10. “Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.”
11. “Kejatuhan kita bukan permulaan bagi kesedihan kita. Sebaliknya permulaan bagi kebangkitan kita. Jangan sekali-kali biarkan sedih dan duka mengawal diri kita.”
Sememangnya setiap ungkapan yang ditulis oleh Hamka mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Kepada mereka yang meminati penulisan Hamka menerusi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini, pastinya ungkapan tersebut masih lagi terngiang-ngiang di fikiran anda.
Walau bagaimanapun, artikel sebelum ini sudah dinyatakan mengenai kisah antara dua novel iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dengan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck. Di samping itu, novel Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck ini merupakan novel terbaru keluaran Nami Cob Nobbler. Di bawah merupakan sedikit petikan sinopsis daripada novel tersebut.
Sinopsis Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck
Tahu tak cerita kapal Var Der Wijck yang popular tu? Betul ke ia berdasarkan kisah benar? Mesti ada sebab kenapa kapal itu tenggelam, adakah ia disengajakan?
Adli menjumpai sekeping peta lama yang menunjukkan lokasi kapal Van Der Wijck itu tenggelam. Dia dan rakan-rakan ke kampung Eleena di Melaka kerana kakak saudaranya, Merlina Hashim dikatakan mempunyai peta sambungan.
Namun, mereka dikejar segerombolan pengganas yang mahu merampas peta tersebut.
Berbekalkan buku Hamka di tangan serta semangat setiakawan yang tinggi. Adli, Eleena dan rakan-rakan berusaha menyelamatkan peta harta karun mereka daripada terjatuh ke tangan pengganas.
Jika anda masih ingat novel Rumah No.6, ini adalah kesinambungan kepada novel tersebut. Ia adalah siri ke-2 Novel Cheras Perdana.
Untuk mendapatkan novel terbaru ini, anda boleh membuat pra-tempah melalui web Lejen.my atau WhatsApp Lejen.
Ada 3 pakej pra-tempahan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck tulisan Nami Cob Nobbler:
1. TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK
2 cara untuk anda membuat pra-tempahan iaitu:
1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen
2. KOMBO TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1)
2 cara untuk anda membuat pra-tempahan iaitu:
1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen
3. KOMBO 3 BUKU: TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1) + SATU JUDUL BUKU NAMI YANG LAIN
2 cara untuk anda membuat pra-tempahan iaitu:
1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen
Tarikh pra tempahan dibuka sehingga 28 Februari 2019 sahaja. Jadilah 100 yang terawal mendapatkan buku ini!