11 Hari Bertumpah Darah, Takbir Raya Akhirnya Bergema Di Palestin

Setelah hampir 11 hari rakyat Palestin menderita dan bertumpah darah, pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata yang berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan yang akhirnya menamatkan pertempuran tersebut.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netahanyu pada Khamis.

Kabinet Netahanyu sebulat suara menerima saranan yang diusulkan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.

Meskipun demikian, beberapa minit selepas pengumuman dibuat, kedua-dua belah pihak tersebut tetap melancarkan serangan dengan beberapa buah roket.

Seorang anggota kabinet Israel memaklumkan bahawa gencatan senjata itu akan berkuat kuasa kira-kira tiga jam selepas pengumuman dibuat iaitu bermula jam 2 pagi Jumaat waktu tempatan (jam 7 pagi waktu Malaysia).

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendesak Netanyahu untuk meredakan ketegangan sementara Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian.

Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Mesir itu mengarahkan dua delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.

Perang sengit antara kedua-dua belah pihak yang berlangsung selama 11 hari bermula dari 10 Mei itu telah meragut nyawa rakyat Palestin seramai 232 orang, termasuk 65 orang kanak-kanak.

Setakat ini, angka korban Zionis Israel yang maut pula disahkan seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.

Pada Khamis semalam, Biden membincangkan situasi Gaza bersama Presiden Mesir dan White House yang menyatakan laporan gerakan menuju gencatan senjata adalah positif.

Kebebasan sementara tersebut telah diraikan oleh para rakyat Palestin yang telah berjuang selama 11 hari lamanya dengan melakukan sujud syukur dan melaungkan takbir raya tanda kemenangan mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca